Balik kampung. Perkataan yang digunakan dalam bahasa Melayu yang sehingga kini membawa maksud "pulang ke rumah Mak Ayah atau rumah Atuk dan Nenek". Walaupun hakikatnya kampung aku di Kuala Lumpur, disebelah Putra LRT stesyen Damai. Tiada maksud kampung disitu dari segi pemahaman manusia urban.
Pulang daripada mengundi di Puchong. Tiket sudah dibeli awal-awal semasa di Terminal Amanjaya Ipoh. Menanti bas Plus Liner tiba di belakang Tesco Puchong. Bas agak lambat. Masa sudah pukul 10.30 malam Kepala penuh dengan titisan hujan renyai kerana asyik tersilap pergi ke bas, yang sangkaan bas itu akan pergi ke Ipoh. Titisan hujan itu memberikan perasaan 'blues di hati'. Tak tau sebab apa.
Bas yang aku naiki, lewat lebih dari 35 minit, pukul 11 lebih. Dipenuhi dengan orang-orang yang berbicara pasal esok perlu masuk kerja. Aku ingat mereka akan ke Ipoh, rupanya mereka ingin pulang ke Putrajaya. Baru aku tahu bas ini baru tiba dari Ipoh dan akan kembali ke Ipoh semula. Bas kehabisan minyak dalam perjalanan ke Putrajaya. Penumpang yang akan ke Putrajaya menukar ke bas bantuan, sementara pemandu membeli minyak. Hmm.
Hanya tinggal aku dalam bas itu. Baru aku tahu hanya aku seorang yang akan ke Ipoh. Malam miniti hari, seperti air hujan yang meniti cermin-cermin tingkap. Duduk keseorangan dalam bas. Teringat masa mula-mula belajar naik bas express. Masa tu belajar di IKM Lumut.
Perasaan mula-mula menaiki bas sangat menggamit rasa. Rasa rindu mahu berjumpa Mama dan Abah sangat kuat. Tinggal lagi mata tak mampu dipejamkan, hanya terus melihat cahaya-cahaya jalan sepanjang perjalanan. Suasana sejuk dalam bas, kadang-kadang menjeling kepada jam tangan bilakah bas akan sampai ke Kuala Lumpur. Aku masih teringat.
Sejak daripada peristiwa itu, alangkah kuat di hati tentang pengorbanan keluarga yang selama ini memberikan kita hidup supaya kita belajar berdikari apabila mereka tiada nanti. Setelah kerap kali pergi dan pulang ke kampung hanya menaiki bas express, aku rasakan bahawa kali terakhir aku di Lumut adalah pengalaman paling manis, yang mampu menutup segala kepahitan belajar jauh di negeri orang.
Malam makin kelam. Hujan masih tak berhenti minitis di tiap-tiap sisi cermin. Terus membuat aku teringat bagaimana aku datang keseorangan ke Ipoh pula untuk menyambung pengajian. Aku tiba di Ipoh lewat malam, sepertimana aku duduk keseoarangan dalam bas ini.
Di situ aku belajar berdikari, walaupun aku ingat-ingat lupa asrama aku pada ketika itu. Hanya mengharapkan pakcik teksi menghantar aku ke Cherry Apartment. Waktu malam. Naik tangga apartment, ketuk ketuk pintu mengharapkan penghuni buka. Rupanya silap asrama. Ketuk asrama perempuan pulak tu. Eeww. Macam mana tak silap kalau datang pun dah malam. Akhirnya jumpa juga, cuma salah blok. Harap perempuan itu lupa akan wajah jejaka kacak itu.
Malam makin kelam. Hujan masih tak berhenti minitis di tiap-tiap sisi cermin. Terus membuat aku teringat bagaimana aku datang keseorangan ke Ipoh pula untuk menyambung pengajian. Aku tiba di Ipoh lewat malam, sepertimana aku duduk keseoarangan dalam bas ini.
Di situ aku belajar berdikari, walaupun aku ingat-ingat lupa asrama aku pada ketika itu. Hanya mengharapkan pakcik teksi menghantar aku ke Cherry Apartment. Waktu malam. Naik tangga apartment, ketuk ketuk pintu mengharapkan penghuni buka. Rupanya silap asrama. Ketuk asrama perempuan pulak tu. Eeww. Macam mana tak silap kalau datang pun dah malam. Akhirnya jumpa juga, cuma salah blok. Harap perempuan itu lupa akan wajah jejaka kacak itu.
Tak kenal sesiapa dalam rumah itu. Bermula pertemuan muka-muka baru. Buat kawan, menjadi peneman hati. Walaupun hati ini rasa berkarat untuk mengingati kisah lampau, dan mengharapkan pengajian kali ini boleh melupakan segalanya. Masa bersilih ganti, hari bertukar hari, jam terus berdetik. Tik tik tik bunyinya.
Jiwa sepi akhirnya tidak lagi. Menongkah masa terus mengaji. Belajar menyibukkan diri sampai suatu masa kejayaan terus dicari. Untuk sekian lama bulan terus berubah, sampai sahaja penghujung waktu pengajian aku rasakan itu kali terakhir menggunakan bas express. Rasa-rasa memang macam begitu. Walaupun dalam hati tetap rasa aku akan menaiki bas ekspress lagi sehingga bila-bila.
Hanya tekadkan dalam hati, supaya diri menjadi siapa aku, dan untuk apa aku buat semua ini. Semuanya demi masa depan yang selalu kurang pasti. Kan.
Hanya tekadkan dalam hati, supaya diri menjadi siapa aku, dan untuk apa aku buat semua ini. Semuanya demi masa depan yang selalu kurang pasti. Kan.
Pakcik bas sudah datang. Mengisi minyak yang sudah kering. Hujan sudah berhenti sedikit, walaupun renyai kejap-kejap ada. Selepas 15 minit, bas kembali bergerak. Menusuri jalan yang tiada kenderaan. Sekali-sekala kereta memotong. Aku terus membaringkan diri di dalam bas yang tidak berpenghuni. Fikiran melayang kembali.
Bertahun-tahun aku belajar di tempat orang. Sampai satu ketika ia ibarat menjadi rumah nombor dua. Rumah yang menjadi pelindung aku supaya menjadi manusia yang sentiasa berfikir. Manusia yang sering menghargai sesuatu, walau mereka jahat sekalipun tetap wujud rasa terima kasih untuk tempat yang sentiasa menyediakan waktu berguna.
Mestipun perjalanan ini terasa jauh, namun hati tetap terasa dekat. Walaupun kejap aku bangun, kejap aku tertidur. Rasa bagaikan semua selekoh yang aku rasa sebati walaupun tak sebati mana. Aku serius. Macam kelakar tapi tak berapa kelakar.
Bukan jauh bererti aku melupakan semua. Biar aku jauh, dan suatu hari nanti aku akan pulang membawa apa erti jauh itu sebenarnya. Selagi semua yang aku cari selama ini tidak jumpa, selagi itu rasanya aku tak salah melakukan segala-galanya. Apa yang aku mahu, aku dapat sejuta ilmu baru, walau hakikatnya orang nampak aku ni macam biasa-biasa. Orang kata kalau pandai, jangan nampak sangat. Belajar benda yang kita tak tahu sepanjang masa. Baru rasa semakin banyak belajar rupanya diri kita ini semakin bodoh. Agak kasar tapi itu realiti.
Jangan berhenti mencari diri. Jangan biarkan hati kita hilang keyakinan. Pupuk ia bersama kepercayaan, bahawa Tuhan memang sudah sediakan pelbagai cabaran, iaitu cabaran yang mampu kita tempuhi supaya kita menjadi seorang yang berjaya demi ibu-bapa, agama, bangsa dan tanah air.
Hanya tunggu bila masanya walau ia masih jauh.
Bas berhenti di Terminal Amanjaya tepat pada pukul 4 pagi. Tulisan panjang.
Photograph & Written by
Budak Pensel . May 2013 .
2 comments:
seriously, blog anda sangat menarik.
oh thanks u :)
Post a Comment