Monday, June 1, 2015

Artikel Hujung Selatan - Dari Kuala Lumpur ke Pasir Gudang

June. Artikel Hujung Selatan. Mencapai pertengahan tahun. Ramadhan yang semakin dekat. Raya tahun ini mungkin di selatan tanahair. Kerana banyak faktor seperti jarak dan kondisi orang sekeliling. Suasana baru. Harap indah dicatit sebagai memori dan nostalgia.




Sudah masuk tiga bulan kerja disini. Kerja yang mengembirakan. Rakan sekerja yang baik dan peramah. Bila bekerja benda yang paling penting adalah komunikasi yang baik sesama pekerja yang lain. Kerja sama-sama, keluar gaji pun sama-sama. Hutang je masing-masing tentukan. Haha.




Waktu masuk kerja adalah normal jam 8.30 pagi ke 5.30 petang. Sabtu Ahad cuti. Rehat di rumah. Balik kampung atau sama dengannya. Cuma Operation Shif je yang kerja 24 jam. Kadang-kadang ada panggilan daripada team operation tu boleh la datang sekejap periksa PC dorang. Kalau malam aku datang siap beli roti dengan nescafe. Bukan apa, nanti aku dah balik dorang call, terpaksa aku datang ke ofis semula. Sebaiknya bawak makanan lebih, sebab kedai disini jauh. Hurm.



Dulu nak diceritakan semasa aku mencari pekerjaaan di Pasir Gudang, sebenarnya susah nak cari jawatan yang sesuai dengan kelayakan bidang Multimedia, IT, Graphic dan seangkatan denganya. Pekerjaan disini lebih kepada bidang Logistic, Oil & Gas, Mechanical Engineering. Kalau nak dapatkan bidang IT tu ibarat siapa cepat dia dapat. Bukannya satu-satu syarikat disini memerlukan ramai pakar IT, paling ramai pun dia nak dua orang sahaja dalam satu organisasi. Kena banyak bersabar dan berdoa. Tak pun kau duduk KL, kat sana banyak nak pakai orang. Ngee. 

Di sekitar Tanjung Langsat, Pasir Gudang, kawasan ini bersebelahan dengan Singapura. Kalau pakai talian Maxis tu, selalu saja peranti kitaorang bertukar ke mode Roaming. Silap-silap kalau kitaorang membuat panggilan, terus Maxis memutuskan bahawa panggilan itu merupakan panggilan daripada luar negara. Mungkin tranmission Telco di sekitar kawasan ini tidak berapa kuat dan mantap atau kami memang sudah ditakdirkan berada diluar radius pencawang. 

Kalau DiGi ataupun Celcom aku kurang ada pengalaman pakai di kawasan seperti ini. Jadi kalau ada sesiapa yang membuat panggilan kepada nombor aku sewaktu waktu pejabat, faham-faham la ye kenapa panggilan tidak dijawab. 




Hidup jangan sesekali menjadi sombong. Rezeki selalu datang kepada mereka yang tak sombong. Bila bergaji jangan pula kedekut. Namun bila pemurah jangan pula jadi pemboros. Berjimat tidak akan menjadi kedekut. Selalulah bersedekah, dan sedekah yang lebih baik adalah kepada keluarga sendiri. Islam itu mudah. 



Yang paling penting bila kita bekerja dimana-mana pun, solat jangan tinggal. Kalau solat sengaja kita tinggalkan, boleh jadi rezeki kita tersekat. Bila tersekat, susahlah nak bayar hutang. Sepatutnya ada duit kita bolehlah bayar hutang, kemudian yang lebihan duit tu boleh la buat belanja. Kalau tidak, isi minyak motor pun tak lepas. Malu je kalau nak isi minyak motor pun mintak kawan-kawan tolong isikan. Takpelah, nanti hujung bulan bayar balik. (Hujung bulan bila pun tak tau)


Sebagai penutup sedikit cerita ringkas ni, apa-apa pun kita buat sentiasalah ingat pada Allah yang selalu memberi rezeki. Sentiasa menggunakan rezeki itu untuk digunakan pada tempat yang betul. Semoga kamu semua sentiasa bekerja dalam keadaan yang gembira, tenang dan sentiasa mengingati Allah.

Photograph & Written by 
Budak Pensel . June 1, 2015 .

#yazidalisya
#budakpensel

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...