Tuesday, September 1, 2015

Form of Black and White


Pada cermin, engkau yang jujur, terindah dan impressional. 

Aku perlu senyum tiap kali ku tatap cermin. Aku rasa wajah indah. Aku rasa muka jujur dan jahat dalam masa yang sama. Tak pernah tertipu. 

Cermin aku ada pada dinding. Cermin aku tak perlu ada pada mata orang. Kuat sekali kau memuji aku. Walhal kau tak pernah tahu dalam hati aku berapa banyak tompok hitam berbanding putih. Sampai aku kata "Ah sudahlah, kau puji atau keji aku dalam hati aku memang perlu malu", pujuk seikhlas hati.

Malu sebab aku malas nak kira kebaikan yang aku pernah beri. Cukup sekadar sedar aku pernah buat salah tapi orang lain hanya nampak kebaikan sahaja.

Aku bersyukur dalam kesempatan hidup aku diberi masa untuk bersihkan diri. Bermuhasabah diri. Tingkatkan amalan dalam diri. Bersihkan tanda hitam agar ia kembali putih.

Jauh sekali mahu aku angkuh aku tak pernah buat silap. Lalu bersikap poyo dan merasakan seperti maksum sebab tak pernah buat dosa sejak dalam perut, tambah pulak aku salahkan semua masalah aku berpunca daripada orang lain.

Senyumlah kita semua. InsyaAllah titik putih kembali mekar dalam hati kita. Jangan risau, ini cerita tentang aku, bukan tentang orang lain.

Photograph & Written by 
Budak Pensel . September 1, 2015 .
Kuala Lumpur. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...