Wednesday, March 16, 2016

Pusing Belakang


Sedang godek-godek cakera keras yang lama, terjumpa semula gambar ni. Gambar yang ditangkap oleh Nazrin Shah semasa beliau travel dari Ipoh Perak ke Low Yat KL semata-mata untuk mendapatkan sebuah kamera yang baru pada Khamis November 24, 2011. Siap kasi tarikh dan hari lagi. Hahaha 

Dipendekkan cerita, zaman ni paling aku komited untuk belajar semua benda yang baru. Bagi aku benda itu hanya sekali dalam hidup dan sangat penting untuk baki usia aku yang akan datang. Ibarat dalam flow novel ini merupakan bahagian paling kemuncak untuk usia dan zaman muda aku. Perkataan yang paling penting aku belajar dan terap pada usia ini adalah,

"hidup tak perlu terlalu mengharapkan orang lain, belajar bediri tegak pada kaki sendiri"

Sekarang aku rasa macam nak korek balik motivasi aku dulu, pakai balik dan harung di zaman sekarang. Dalam motivasi itu mengajar aku seandainya aku terjatuh, aku orang paling terakhir yang akan jatuh.

Tak faham takpe. Haha

Written by 
Budak Pensel . Mac 16, 2016 .
Air Cond dah padam, on balik timer dia.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...