Kadang-kadang aku malas terikat dengan pelbagai undang-undang dalam photography. Bagi aku itu sekadar guidelines sahaja. Tak perlu terikat sebab bagi pendapat aku selagi gambar itu boleh jadi cantik sama ada ikut rules atau tidak, ia tetap gambar yang cantik.
Aku pun tak tahu berapa kali mau beritahu semua gambar yang kita tangkap represent apa yang kita mahu kongsi kepada semua orang tentang apa yang kita nampak. Disitu fungsinya kamera. Kadang-kadang kita tak perlu nak ikut kehendak client seratus peratus yang ambil servis kita sedangkan kita sendiri yang ingin menjual perspektif yang bagi kita adalah lebih menarik untuk dikongsikan dan tidak terikut dengan hasil kerja orang lain. Kalau kita buat benda yang sama, kita tidak mempunyai sesuatu yang unik untuk dipasarkan.
Komposisi itu tersangatlah asas dan tak menjadi kesalahan yang besar pun jika mahu ikut ataupun tidak. Ia hanya untuk membantu mereka yang mahu belajar secara asas, dan apabila dia memahami perkara itu mungkin dia boleh membuat komposisi lain yang lebih menarik dan lebih subjektif asalkan orang lain melihat dia ini mempunyai pandangan yang unik berbanding photographer yang lain.
Seni itu abstrak. Jangan risau. Jadikan ia semakin mudah. Banyakkan latihan dan carilah sudut yang menarik yang boleh dikongsikan bersama.
Ibarat menjual Nasi Lemak, selain perlu ada telur, ikan bilis, timun dan kacang, sambal siapa paling sedap.
Ibarat menjual Nasi Lemak, selain perlu ada telur, ikan bilis, timun dan kacang, sambal siapa paling sedap.
Photograph & Written by
Budak Pensel . Mac 08, 2016 .
Dalam Bilik IT Nak Balik Kerja Sudah.
No comments:
Post a Comment