Saturday, April 25, 2026

Fail Lama, Gambar Lama.

Terjumpa balik gambar ni. Gambar ni adalah pada tahun 2011. 

Sampai sekarang aku dah tak tahu kat mana fail-fail ni aku simpan. Tapi setiap satunya banyak pelajaran dengan pengalaman. Benda yang aku tak boleh nak reverse balik, tapi benda ni akan aku nampak pada anak-anak aku di masa sekarang dan yang akan datang. 

Stay tune. Ada banyak benda nak bagitau nanti. 

Tuesday, December 6, 2022

Buat Rindu dari Lelaki Yang Jauh.



Buat kalian
Ini hari terakhirku bersama serata.
Bertahun-tahun lamanya bersama 'keluarga' di sini.
Utusan ini, ada tangis dalam hati yang akan sunyi.

Ampun maaf segala kekhilafan.
Saya minta halal makan dan minum.
Walaupun perasaannya kita semakin jauh.
Kalian tetap terukir dalam doaku, saat jauhnya malam.

Maafkan andai tak mampu melafaskan kata-kata.
Mustahil ada girang melepaskan kalian.
Hanya berbekas kenangan, akan coret senyuman buat kita nanti.

Terima kasih kepada semua.
Jagalah diri baik-baik.
Terima kasih,
menjadi sahabat,
buat diri yang hadir dari jauh.

Tulus Ikhlas.
Mohamad Yazid Bin Rosni
Disember 6, 2022.

Sunday, December 4, 2022

Masa Depan Kau Tentukan






Kalau orang jumpa aku, kemudian orang tu berikan pelbagai janji dan harapan, percayalah, aku jenis tak layan semua tu. Sejak dulu lagi, sejak aku mula layan hidup sorang-sorang. Namun apa yang aku boleh pesan paling penting, kau berjanji dengan diri sendiri, yang kau akan berjaya dan melawan semua benda yang menghalang kau capai impian kau. Kau buktikan diri sendiri kau mampu, bukan kau sibuk buktikan kepada orang lain. 

Kau nak orang lain happy, tak susah. Kau gagalkan diri kau. Ramai orang happy. 

#budakpensel #2daysleft

Friday, December 31, 2021

Pembuka dan Penutup 2021

Selamat Jalan 2021. Tahun yang mengajar manusia supaya setiap hari berbicara dengan tuhan. 

Tuesday, April 28, 2020

Aku dan Notebook



Sepanjang malam aku perlu berada di hadapan notebook. Secara tiba-tiba apa yang terjadi ni mengubah cara aku bekerja setiap hari dan malam. Pandemik dan Ramadhan datang bukan kebetulan. Ia kombinasi yang sangat teliti dari Allah untuk kita huraikan istimewanya masa ini. 

Siang kerja, malam berjaga. Benda ni pernah terjadi masa aku belajar di Ipoh. Sebelum tu lagi. Mungkin semasa aku berada di Seri Manjung. Tak, mungkin masa aku berada di tingkatan 5. Teringat pula masa belajar dulu, parent dah tidur, tapi aku masih berjaga.

Manusia itu memang perlukan banyak masa untuk bersendirian. Mungkin apabila bersendirian itu manusia akan bertindak lebih kreatif dan kritikal untuk sesuatu perkara yang akan berlaku esok. Gelap itu indah. Kelam itu sunyi. Indah dan sunyi untuk setiap orang bercita-cita untuk lebih pandang ke hadapan.

Tiada yang menjadi kebetulan. Nikmati pentas dunia dalan gelap yang indah. 

Photograph & Written by 
Budak Pensel . April 28, 2020 
OBD 

Sunday, April 26, 2020

Ramadhan 2020



Nak beritahu, Ramadhan 2020 ni aku lebih banyak habiskan masa depan notebook. 

Perintah Kawalan Pergerakan Ke-4. Sejak 18 Mac 2020. Ada yang baik, ada yang hilang. Itulah nikmat. Nikmat kebebasan selama ni ditarik sebentar. Kadang-kadang biarlah ditarik sebentar, agar kita akan menghargai benda yang hilang sekejap. 

Sifat manusia, yang semulajadi. Menghargai benda yang sudah tiada. Besar harapan, sekiranya PKP ini berakhir, nikmat kebebasan itu disyukuri sehingga bila-bila. 

Setiap ujian ada rahmat. Semoga aku lebih dekat dengan rahmat itu, walaupun disebalik rahmat itu adalah kesukaran yang memerlukan aku bersabar. 

Photograph & Written by 
Budak Pensel . April 26, 2020 
Perintah Kawalan Pergerakan 4. 

Monday, November 18, 2019

Torque vs Horsepower

Selalu aku buat review video berkaitan dengan kenderaan, mesti mereka ada bincangkan tentang Torque dan Horsepower. Sampai satu masa aku pening apa benda dua benda alah ni. Aku tahu lagi tinggi horsepower lagi berkuasa kereta tu. Jadi aku terlayan la video ni sekejap. Sampai satu part tu dia compare tentang torque yang membuatkan aku nak tahu lebih tau apa penjelasan tentang torque.



Jadi boleh rujuk kepada video di bawah sebab dia terangkan dengan mudah.

Thursday, October 31, 2019

26 Oktober



26 Oktober 2019. 

Maka agak sebarislah tarikh lahir kami pada bulan Oktober. 24 October (Iman Levinia), 25 October (Aku), 26 October (New Born). 

Anugerah Allah yang tidak terhingga. Amanah untuk dijaga. Semoga dengan kehadiran insan baru dalam keluarga kami akan menyerikan keluarga. InsyaAllah. 

#budakpensel

Tuesday, September 10, 2019

Camera Transition - Jesse Driftwood



Antara Youtuber untuk tutorial camera video yang aku suka, sebab dalam satu video tu dia punya share knowledge dengan banyak, contoh yang mudah, ringkas dan padat. 

Wednesday, September 4, 2019

MOBILEGRAPHY : Approaching Strangers on the Street



Antara video yang aku suka tonton, sebab benda yang dia kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman dan bagi aku ia sangat baru untuk aku. 

Tuesday, September 3, 2019

About September

Rasa macam tahun ni diam-diam dah rasa di penghujungnya. Terasa seperti bulan lepas baru habis Ramadhan, hakikatnya Raya Haji pun dah berlalu. Berbaki lagi tiga bulan sebelum 2019 menamatkan ceritanya. 


Apa yang aku dapat sepanjang tahun ni? Tiada yang lebih indah daripada memanfaatkan masa itu bersama keluarga. Kalau masa ini dapat diputarkan kembali, nescaya aku akan habiskan masa lebih lama dengan keluarga. Aku tinggalkan perkara yang tidak membawa faedah, yang membuang masa lalu aku isikan ruang itu untuk mereka yang selamanya ada diwaktu aku susah. 


Apa yang terbaik pernah aku lalukan sepanjang tahun ini? Perbanyakkan masa untuk cuba menjadi yang terbaik, walaupun hasilnya hanya secebis. Banyak kali gagal untuk capai apa yang aku impikan, namun sebahagiannya yang berjaya itu menyimpan motivasi bahawa kejayaan itu tidak pernah datang tanpa usaha. 



Masa untuk kembali kepada blog ini, sedikit sebanyak memberi aku motivasi dan cerminan diri aku sendiri untuk mengimbau kembali apa yang pernah aku lalukan sepanjang mulanya aku menulis di sini. Tulisan yang aku dokumentarikan mengikut sedap hati aku, tanpa perlu berahsia kepada semua orang.



Setiap orang ada inspirasi hidup. Bebeza cara terjemahan kepada umum. Namun apa yang aku buat ini adalah diri aku sendiri, untuk apa berahsia benda yang umum sedangkan umur kita bukan semakin bertambah. 

Jadi terima kasih kerana kamu yang membaca blog ini. Semoga ada yang baik itu, kekal menjadi baik untuk tiap-tiap orang.

Photograph & Written by 
Budak Pensel . Sept 03, 2019 
Besok perlu banyak rehat. 

Sunday, August 18, 2019

Alhamdulillah




Alhamdulillah.

Sabda Nabi SAW: "Rahsia kebaikan seorang muslim adalah apabila ia bahagia, ia bersyukur dan jika ditimpa kesulitan ia bersabar." - HR Muslim

"Barang siapa yg tidak mensyukuri yg sedikit, maka ia tidak akan mampu mensyukuri sesuatu yg banyak." - HR. Ahmad 

Pernah jadi kepada aku ketika perbuatan baik yang aku lakukan tidak dihargai orang lain, kemudian aku bertekad tidak meneruskan kebaikan selagi ia mereka tidak ucapkan "terima kasih". Kemudian terlintas dalam diri aku apabila setiap pemberian Allah SWT itu aku tidak balaskan perkataan syukur, bagaimana pula Allah SWT akan tambahkan pemberian yang akan datang.

Pernah tak korang mengidam nak makan KFC namun tidak kesampaian. Cuba check kali terakhir dapat makan KFC itu ada tak ucapkan Alhamdulillah? Sebut "Alhamdulillah" sekarang untuk benda yang penah kau terlepas nak sebut ketika dulu.

Photograph & Written by 
Budak Pensel . Aug 18, 2019 
Kaki rasa lebih stabil. 

Thursday, August 15, 2019

Lain Orang Lain Cara



Lain orang, lain cara. Lain orang lain feeling. Lagi lama hidup dalam dunia gambar, semakin banyak terasa ilmu yang ada tu sedikit. Namun aku sharekan video ni agar korang boleh dapat sedikit idea untuk membuat editing.

Memang aku suka share info dalam blog ni, kemudian kau tengok berapa ramai orang gunakan ilmu yang kau sharekan, selagi itu la akaun pahala kau berterusan top up tak berhenti.

Tuesday, August 13, 2019

Kembali Kepada Blog

Dah lama tinggal blog. Bila rajin semula, rasa seronok. Ada content, ada benda nak share, ada rujukan sendiri, dan yang penting ia ibarat public diary untuk aku dan orang lain. 

Walaupun kekangan masa, tapi sebenarnya dalam kekangan itu banyak idea baru. Fresh dan ia sangat berguna jika kita tahu bagaimana untuk dikongsikan. Namun bila masa berlalu begitu sahaja tanpa kau cerita dalam personal blog, idea tu jadi lapuk, nak share pun macam tak berguna kerana topik tidak kena pada masa. 

Kenapa aku kembali pada blog? Sebab nak kongsikan sesuatu dalam media sosial seperti Facebook atau Twitter sekarang semakin semak. Terlalu banyak content tak tentu arah. Kemudian apa yang kita bangkitkan akan berlalu macam tu sahaja. Tak sama macam blog, seseorang boleh travers dalam blog tu sendiri. Even aku sendiri akan buka blog sendiri bila ingin merujuk kepada idea, topik, sample kepada rakan-rakan ataupun client. 

Sekarang menjadi trend kepada vlog. Cuma aku tak pasti dan kurang berminat nak fokus kepada content video kerana ia perlukan tambahan masa tak seperti hanya menaip di blog. 

Mungkin akan berguna pada suatu hari nanti. 

Photograph & Written by 
Budak Pensel . Aug 13, 2019 
Dah Dapat MC kaki kiri sakit. 

Monday, August 12, 2019

Izzati Izwan | Engagement

Job di Raya Haji. Tahun ni tak balik kampung. Sebab cuti pendek + hampir pertengahan bulan. Lokasi di Pasir Gudang. Dekat. Shoot sampai petang. Alhamdulillah, lagipun esoknya (hari Isnin) cuti ganti Sabtu sebab Raya jatuh pada hari tersebut.  

Rasa seronok sebab cuaca ketika itu walaupun hujan, tapi sekejap sahaja. Dapatlah buat outdoor portraiture pada waktu petang. Dia jadi lebih best sebab di lokasi portraiture tu tiada pengantin buat outdoor kerana pada masa ini adalah musim cuti Raya Haji.  
  
Apa yang paling aku suka waktu buat outdoor portraiture ini adalah, benda yang kita nak shoot tu adalah selera mata kita sendiri. Walaupun ada kalanya aku admired dengan hasil kerja orang lain, namun bila sampai waktu aku buat portraiture, aku shoot ikut mata aku suka lihat apa, langsung tak boleh nak apply view photographer lain. 

Alhamdulillah sebab lighting semua okay, cuaca semua okay, location dan client juga okay. Tahun depan? Tahun depan dah kena ada jadual. Perancangan masa yang lebih teliti demi kejayaan diri sendiri. Ewah ! 


Photograph & Written by 
Budak Pensel . Aug 12, 2019 
Kaki kiri sakit, minggu ni ada ISO. Nak MC pun serba salah. 

Sunday, August 11, 2019

Levinia + Fredrix | Selamat Hari Raya Aidiladha

Membesar bersama. Hari-hari pandang dua orang ni. Tiap kali lihat mereka tidur, berkata dalam hati "Dah semakin besar dorang ni, rasa macam baru semalam je lahir". Dialog yang berulang. Mungkin sampai penghujung usia aku sebut perkataan tu.



Masa. Satu-satunya anugerah Illahi tidak ternilai. Sebab masa semalam tak boleh dibeli. Masa sekarang sedang berlalu. Banyak benda percuma Allah beri seperti udara, hujan, gunung, namun masa benda yang Allah beri ia semakin berkurang, tidak bertambah. Usia meningkat sampai satu titik henti iaitu kepulangan ke hadrat Illahi. 


Benda yang realiti untuk diceritakan, tapi tak ramai orang suka nak dengar. Hakikatnya kita pun semakin dekat kepada kematian. Jangan sia-siakan masa membuat perkara yang kurang memberi faedah. Isikan masa dengan sesuatu yang bermanfaat kepada kita, keluarga, ibu-bapa, masyarakat dan paling utama adalah kepada agama. Sebab, daripada Allah kita datang, kepada-Nya juga kita akan kembali. Sedangkan orang yang telah pergi ke alam barzakh itu hanya ada satu permintaan. Iaitu ingin dibangkitkan semula semata-mata untuk sujud kepada Illahi. 

Indahnya keluarga apabila saling sebutkan nama Allah. Allah beri masa ni tak kurang dan tak lebih, ngam-ngam. Disaat Islam itu akan kembali terasing di akhir zaman maka beruntunglah mereka yang menjadi terasing itu.

Photograph & Written by #budakpensel
Budak Pensel . Aug 11, 2019 
Selamat Hari Raya Aidiladha. 

Monday, August 5, 2019

Kejutan Budaya


Oh aku ada benda nak share. 

Aku mula-mula terjadi kejutan budaya masa aku belajar di IKM Lumut, Perak pada petengahan tahun 2004. Pertama kali berjauhan dengan keluarga dan tinggal bersama-sama orang yang aku tak kenali di dalam satu dorm, dan kebanyakkan mereka berasal daripada Kelantan dan Terengganu. 

Kali kedua aku mengalami kejutan budaya adalah ketika aku melanjutkan pengajian di Ipoh, Perak pada penghujung tahun 2006, dan tinggal di Cherry Aparment dengan housemate yang acah-acah senior namun sangat muda dan comel bagi pandangan aku.

Aku kembali ke Ipoh semula pada tahun 2010 untuk melanjutkan pengajian untuk Sarjana Muda di tempat pengajian yang sama. Namun pada itu tiada kejutan budaya, cuma kejutan wang poket setelah lama merasa gaji bekerja di sektor swasta. Haih.

Kejutan kali ketiga terjadi setelah aku berkahwin dan tinggal di Pasir Gudang pada tahun suku ke empat tahun 2014. Yang part ni sangat panjang rasanya kalau aku nak ceritakan kisah kejutan budaya tapi aku kasi pendeklah.

Kejutan budaya ni terjadi apabila aku tidak membiasakan persekitaran tempat yang baru, sehinggalah ia jadi kebiasaan. Dalam senarai tempat yang telah aku nyatakan tadi, hanya di Pasir Gudang aku mengalami kejutan budaya yang agak panjang. Sehingga aku mendapat ilham dan persediaan untuk perkara atau benda yang perlu aku dapatkan sebelum aku meneruskan ke destinasi  lain selepas ini yang kini masih belum aku ketahuinya lagi. 

Sampailah aku tergerak hati untuk aku mencari sesuatu yang aku perlu diexplore di sini. Berbeza dengan tempat pertama dan kedua aku sebutkan tadi dimana aku dapat keluar daripada tempat tersebut kerana tempoh pengajian yang ditetapkan berakhir pada sekian-sekian tarikh.

Bila aku memiliki tanggungjawab yang wajib, aku tiada pilihan melainkan belajar untuk survive memikul tanggungjawab itu. Sampailah aku termenung dan berfikir, atas sebab apa Allah SWT tu letak aku di tempat yang bukan aku impikan ni. 



"Turn Disadvantages to Advantages". 

Dan akhirnya aku sedar, kejutan budaya pertama dan kedua tadi akan membantu aku untuk berdikari di tempat yang ketiga ini. Allah SWT tu dah susun atur hidup ni cantik sangat, tinggal aku perlu applykan segala ilmu yang aku ada untuk gain kebaikan yang ada.

Ia akan jadi brilliant.

Kau jangan menyerah sebelum kau simpan 'emas' dari tempat tu.  

Photograph & Written by #budakpensel
Budak Pensel . Aug 05, 2019 
Malam ni panas, banyak minum cincau. 

Friday, August 2, 2019

Beza Pasir Gudang dan Ipoh



Apa yang membezakan Pasir Gudang dan Ipoh bagi pandangan peribadi aku seorang yang meminati fotografi ?

Ipoh dikelilingi oleh banjaran manakala Pasir Gudang berdekatan dengan laut. Ipoh sejuk di waktu pagi sebaliknya suasana cepat panas di Pasir Gudang. Ipoh paginya lambat terang namun Pasir Gudang ini cepat menerima cahaya matahari yang terang di waktu pagi. 

Waktu sesuai fotografi bagi kesukaan aku pada waktu pagi di Ipoh adalah sekitar jam 8.30 pagi hingga ke 9.30 pagi. Manakala di Pasir Gudang pula seawal jam 7.30 pagi hingga ke 8.30 pagi. Pada waktu petang pula di Ipoh bagi pendapat aku waktu yang sesuai adalah selepas Asar, 4.30 petang sehingga jam 5.30 petang tapi di Pasir Gudang bermula jam 5.30 petang sehingga 6.45 petang.  

Ada satu benda yang aku sangka bahawa kualiti cahaya matahari di Ipoh adalah lebih baik pada waktu pagi dan petang berbanding di Pasir Gudang namun hakikatnya adalah disebaliknya. 

Disebabkan geografi di Pasir Gudang yang tidak mempunyai bukit ataupun banjaran seperti di Ipoh, drop down cahaya matahari di Pasir Gudang lebih menarik kerana anda boleh menerima cahaya matahari dengan sangat rendah, dan sesuai untuk mereka yang mengejar side lighting cahaya semulajadi. Dalam erti kata yang lain, simbahan cahaya matahari yang rendah, sehingga melewati paras dada secara mendatar. Boleh lihat kebanyakkan posting blog ini untuk gambar di Pasir Gudang memiliki simbahan cahaya seperti yang dinyatakan. 


Kalau waktu tengahari memang aku tak berapa berminat untuk membuat apa-apa photoshoot tapi yang aku perasan setiap kali aku snapshot menggunakan GoPro, rujuk kebanyakan posting di  (https://www.instagram.com/budakpensel/) pada waktu tengahari di Pasir Gudang, kualiti cahaya di sini sangat menarik kerana contrast semulajadi dan pemandangan langit yang sangat cantik mungkin disebabkan faktor lokasi atau geografi kawasan yang mendatar dan berdekatan dengan laut. 

Hey, dan aku perasan di Pengerang juga mempunyai wide-view yang sangat menarik, sebab lokasi yang berdekatan dengan persisiran pantai ini memiliki deep water yang boleh afford laluan kapal kargo yang sangat besar. Nanti aku akan sharekan benda ini di posting yang akan datang. 

Ianya hanyalah sekadar perkongsian ilmu yang percuma dan aku harap you all yang selalu membaca blog ini sentiasa mendapat input berguna daripada perspektif seseorang yang berbeza. Apa kata you all manfaatkan best-view yang ada di tempat you all berada sekarang, mesti menarik !

Photograph & Written by #budakpensel
Budak Pensel . Aug 02, 2019 
Sakit Perut & Tak Boleh Tidur 

Wednesday, July 31, 2019

Teknik Lighting di dalam Kenderaan



Banyak teknik pengcahayaan, dan ini salah satu teknik pengcahayaan yang simple untuk you all belajar bagaimana untuk mendapatkan hasil kerja yang lebih baik, realistik dan natural

Kalau ditanya aku, hasil kerja cahaya natural tu adalah lebih baik berbanding cahaya kuat seperti di dalam studio.  


Tuesday, July 30, 2019

Duit Menjadi Tuhan



Part mula Amir tu susah aku suka. Sebab ia menjadi kebanyakkan kisah yang dilalui semua orang. Dan part akhir Amir tu jatuh tu menunjukkan kebanyakkan manusia ni lupa diri selepas dia senang. 

Content video menarik. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...