Wednesday, May 20, 2009

Chelsea intip pemain Asia

Post kali ini sangat berbahaya kadang-kadang. Jangan baca lebih baik.

Semalam aku terbaca satu berita bola sepak, dimana Chelsea telah setuju mengambil pemain bola sepak dari Asia untuk melengkapkan jentera pasukan Chelsea menjelang kempen bola sepak yang akan datang.

Seperti yang pernah dilakukan oleh pasukan Manchester United dalam mengambil Pak Ji Sung dari Korea untuk pasukan mereka. Telah menjadi trend kelab-kelab bola sepak gergasi mengambil pemain bola sepak yang berkualiti dari Asia. Ini membuktikan pemain Asia ramai yang berbakat, tapi tidak di 'highlight' media antarabangsa.

Pengurus kelab Chelsea mengatakan pemain tersebut berpeluang menjadi bintang yang setaraf dengan Drogba, Frank Lampard, Ballack bila bersama dengan Chelsea kelak. Ini berdasarkan ujian ujian yang dijalankan setaraf dengan pemain sedia ada Chelsea. Kepantasannya berguna untuk menyerang benteng pertahanan lawan bagi Chelsea.

"Pemain Asia ini mampu digilap menjadi pemain terkenal di dunia seuatu hari nanti. Kehebatannya menjaringkan gol dari jarak jauh menarik minat kami." kata Naib Pengurus Chelsea apabila ditemui wartawan di Stamford Bridge.

Untuk maklumat lanjut, klik link ini. Asian for Chelsea Future

4 comments:

epullani said...

kau try la...
ane taw dapat lak.. huhuu

nana~ said...

tak mungkin pemain msia dipilih. heheheh

Budak Pensel Yazid said...

ade la..cuba tekan link tu

nana~ said...

tidak mungkin!!! siapakah yang layak? adik beradik kembar??? hehehe... dah lama tak tengok bola. so tak tau sape yang terer. ;P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...