Sunday, August 30, 2009

Bila sebut tentang 'Fly'

Antara yang menarik semalam adalah demonstrasi membuat insect lure oleh Dron, seorang penggiat Fly Fishing di Malaysia ini.

Gambar ini aku kongsi bersama kamu, bagaimana insect palsu ini dibuat menggunakan tangan sepenuhnya sebagai umpan pancing layang.

Ikan selalu kena tipu kan.

Thursday, August 27, 2009

Blog Pintu Akhirat

Beberapa hari ini aku ada sedikit sibuk, walaupun hanya membuat kerja-kerja di rumah.

Walaupun sebenarnya kerja itu tidaklah sebanyak mana, tapi dalam Ramadhan ini kadang kala perbuatan itu membataskan kita, terutamanya kerja-kerja yang membuatkan kita mudah haus.

Ya, bulan puasa bukan cerita tentang lapar, tapi cerita tentang dahaga. Kita minum air dahulu baru menjamah makanan tiap kali berbuka. Tak tahulah orang lain.

Bercerita tentang blog, terima kasih kepada penulis entri yang menyampaikan sedikit ilmu, tak kiralah ilmu apa pun, asalkan bermanfaat.

Aku suka baca blog seperti ini. Aku harap kamu juga suka.

Sekurang-kurangnya kamu menyahut seruan kerajaan supaya selalu membaca bukan?

Dalam agama juga diajar ilmu itu selalu hampir kepada mereka yang selalu membaca.

Teruskan menulis, mana tahu saya akan baca.

Sunday, August 23, 2009

Krisis Tidur

Baru-baru ni, aku cepat rasa mengantuk.

Asalkan selepas makan di waktu pagi je, aku akan tertidur tak kira la depan tv ker, kat kerusi ker ataupun laluan ke dapur.

Selalu tertidur sampai 3 jam. Tengahari ataupun pukul dua baru bangun. Kadang kala adik aku dah balik sekolah pun aku tak perasan. Seolah-olah aku ni macam anak kucing. Kucing pun jeles la tengok aku.

Dulu aku jenis tak tidur malam. Tinggal seorang kat First Garden, Ipoh dulu, movie la teman kebosanan aku. Hidup yang sunyi itulah, sebenarnya kenangan yang paling sukar dilupakan, sebab ia penguji ketabahan berdikari tau. Cewah.

Ada tak mesin yang boleh campak aku ke 4 bulan lepas. Kalau ada, jual kat aku sekarang.

Friday, August 21, 2009

Bulan yang Ceria

Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan ” “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
  • Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada).
  • Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri.
  • Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kitabayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Jadi, kesempatan ini, saya memohon beribu-ribu ampun maaf sekiranya saya pernah melakukan kesilapan kepada anda, sebagai pembaca blog ini, mahupun kenalan-kenalan saya di luar sana. Sesungguhnya kita manusia yang tidak lepas melakukan kesilapan.

Semoga Ramadhan kali ini kita isi dengan setiap amalan yang penuh makna, disisi Allah S.W.T. InsyaAllah.

Wednesday, August 19, 2009

Ramadhan al Murtabak

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang bakal jelma nih. Kepada anda semua sebagai bloggers, teruskan menulis di bulan yang baik ini. Kepada pembaca juga, terima kasih banyak-banyak.

Penulisan yang berguna, membawa pahala yang bertimbun. InsyaAllah.

Jangan lupa juga bila bulan Ramadhan, ramailah ke bazaar membeli murtabak daging dan ayam.

"Walaupun bulan Ramadhan bukan bulan makan" tapi individu yang berkata demikian juga adalah mereka yang sebenarnya kuat ke bazaar.

Bak kata Khulafa Ar Rasyiddin "Manusia itu berselindung disebalik lidahnya"

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, semoga kita kian erat sesama muslim. Semoga Ramadhan kali ini mengeratkan sesama Islam di Malaysia. Ewah ewah.

Tuesday, August 18, 2009

Secara taktikal

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

Motivasinya : Kalau kita tak pandai, tak salah bertanya.

p/s : nak ambil buah cempedak perlu ke pakai galah?

Surat Cinta Untuk Si Mabuk

Manusia semua ada sabar. Nah, posmen bagi surat.

Apa kata bila kamu bercinta, kamu jangan terlalu poyo romantik sangat.
kepada mereka yang frust menonggeng sebelum, semasa atau selepas putus.

Apa kata kamu jangan meletakkan harapan tinggi kepada cinta.
kepada mereka yang terlupa tentang ibu bapa lagi penting dari boy/girl friend.

Apa kata kamu lebih gentelmen menghadapi masalah cinta, bukan meleleh airmata manjang.
kepada lelaki luar sana yang bajet awek dia perempuan terakhir di dunia ni.

Apa kata kamu lebihkan kepada ibu-bapa kamu dari boy/girl friend kamu.
kepada mereka yang takut ditinggalkan cinta, 24 jam bergayut cam mo*ny*t.

Apa kata kamu ada sedikit selfish kepada diri.
kepada mereka yang terlupa peperiksaan PMR, SPM dan golongan baru dapat kerja.

Apa kata kamu jangan percaya pada cinta.
kepada mereka yang semakin tak tahu nak uruskan diri, tak mandi pagi dan makin melawan cakap orang tua.

Apa kata kamu fokus belajar atau kerja dulu.
kepada mereka yang masih mak belikan seluar dalam, makan dan minum tiap-tiap hari.

Ada pape nak tambah, oder oder..

Wednesday, August 12, 2009

Dari Kaca Mata

Semua orang ada minat. Minat manusia berbeza-beza. Antara dua objek ini, yang mana menjadi jiwa diri anda?

Sportcar

Superbike

Monday, August 10, 2009

Sedikit Silap Manusia

Kamu ada rakan, rakan yang kurang baik dan rakan yang sangat baik. Logiknya, kamu akan suka pada yang baik, dan menjauhkan pada yang kurang baik.

Kamu suka berpolitik, mungkin membincangkan politik hari-hari. Pada masa yang sama, kamu terguris hati rakan yang mungkin tidak sealiran dengan isu politik kamu.

Rakan kamu memberikan pendapat, walau sebenarnya pendapat itu salah, jadi kamu membidas pendapat mereka.

Ini adalah sedikit kesilapan, kamu tidak menjadi hebat walaupun satu peratus.

Dekatkan diri pada rakan kamu yang kurang baik, kerana kebanyakan mereka ini, adalah rakan rapat kamu suatu hari nanti. Pepatah, "Seorang rakan yang baik, adalah rakan yang pernah menjadi musuh kamu suatu ketika".

Kamu tidak perlu bercerita politik, untuk dikalangan majoriti yang kamu tidak kenali. Kamu hanya perlu perjuangkan kebenaran. Kebenaran tidak pernah memihak sesiapa. Kamu tidak perlu hilang rakan kerana politik semasa. Bak kata "Kerana Politik, Lawan jadi Kawan, Kawan jadi Lawan".

Seorang rakan memberi pendapat yang salah. Biarkan saja. Manusia yang berpendapat, tidak suka dibidas, melainkan dia mahu komen dari kamu untuk pendapatnya. Ingat"Seorang rakan yang baik, membenarkan rakanya berkata-kata".

Itu kerana Rasullullah mahu kita bersikap baik, positif, dan menerima seadanya. Kerana sedikit kesilapan, anda mahu rasa hebat, tetapi ia sebaliknya terjadi.

Kamu positif? Apa kata kamu pula?

Tuesday, August 4, 2009

Rentak Yang Pop!

Tak tahu bermain bowling? Suka melihat orang bermain bowling? Ingin bermain bowling?

Post kali ini, adalah untuk pembaca yang ingin bermain bowling, yang tak pernah dan jarang bermain bowling. Pernah rakan-rakan anda ajak bermain bersama, namun disebabkan anda 'kurang berkeyakinan dan malu' untuk bermain, jadi anda leburkan niat anda begitu saja.

Ayuh, kalahkan rakan anda! Sahut cabaran rakan anda itu dengan beberapa tips yang berguna ini. Tips ini sangat berjaya untuk anda yang 'tak pernah bermain bowling' selama ini. Apa yang anda akan lakukan adalah 'membuat saingan sengit kepada mereka'.
  1. Gunakan bola yang paling ringan, dan lubang jari yang luas, bagi memudahkan anda melepaskan bola itu nanti.
  2. Walaupun anda orang baru dalam arena ini, anda perlu berlagak sedikit gaya melepaskan bola, lebih-lebih lagi gaya menyilang kaki.
  3. Semasa anda melepaskan bola, pastikan bola anda 'landing' betul-betul atas lantai, elakkan bola tercampak dan akhirnya ke longkang.
  4. Tips paling penting atau key dalam strike pin-pin yang ada, JANGAN SESEKALI MELIHAT BOLA semasa anda ingin melepaskan bola. Daripada anda berdiri, berlari, anda HARUS MELIHAT PIN tengah-tengah sahaja. Otak anda akan mengawal pergerakan anda seterusnya bola yang dilepaskan akan melanggar pin tengah tersebut. Tips ini 90% akan berjaya.

Sebagai fakta, pin tengah hanya perlu bergerak beberapa cm untuk menjatuhkan pin-pin yang lain.

Cubalah! Mungkin anda akan lebih kerap ke tempat bowling selepas anda mencuba tips ini untuk pertama kali. Semoga anda semua berjaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...