Wednesday, April 14, 2010

Politik Malaysia kian gila

Sampai sekarang, aku mula menyampah dengan politik negara kini.

Tiap-tiap hari Jumaat, orang Islam khususnya bangsa Melayu akan memenuhkan masjid untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam. Ini baik, bagus dan aku suka.

Tapi realitinya orang Melayu telah berpecah dan tidak bersatu kerana kepercayaan politik masing-masing. Ini aku akur. Sebab biarlah aku melihat dari mata aku sendiri, dan bukan melihat dari pancaindera orang lain. Kalau pergi kenduri pun, kadang-kadang nak salam pun pilih-pilih tangan. Betul, biar Dia yang mengetahuinya.

Bila tengok bangsa Arab khususnya, kita selalu cakap yang mereka tak membantu walaupun sesama agama. Kes Palestin tu satu contoh dimana bangsa Arab sangat mementingkan diri sendiri dan tidak membantu menyelamatkan saudara sendiri. Pendek kata, bodoh.

Tidakkah sama apabila kita melihat situasi di Malaysia?

Mungkin ada blogger yang akan fikir aku ingin memenangkan satu pihak politik. Sorry, aku golongan yang mahu umat Islam di Malaysia bersatu, bukan bersatu dalam politik atau parti, baik pihak kerajaan atau pembangkang, tetapi bersatu menguatkan ummah hanya kerana kita ini bersaudara. Bersatu kerana kita ini hamba Allah.

Aku tulis bukan kerana parti atau pejuang slogan, tetapi kerana umat Islam kian ditindas kini walau di Malaysia mahunpun di dunia. Kepada pemimpin-pemimpin politik, sudah-sudah la bertikam lidah antara sesama saudara. Kalau anda semua pejuang Islam yang mahu diredhai, bukan jalannya untuk bergaduh.

Hentikanlah slogan-slogan perjuangan yang nampak manis, sebenarnya Islam itu semakin berpuak-puak.

Tak perlu komen, sebab komen hanya mengeruhkan keadaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...