Sunday, April 25, 2010

Buat-buat tak nampak jahat orang

Jangan pandang seseorang pada luaran, sebab luaran belum tentu mencerminkan apa yang ada di dalam.

Dan seandainya apa yang kamu lihat luaran itu indah, jangan sesekali mengharapkan seperti yang indah juga didalam.

Sebagai manusia, sebaiknya kamu utamakan yang di dalam tak kisahlah kat luar itu cantik atau sebaliknya. Pepatah orang putih pernah mengatakan, 'Don't judge a book by it's cover'. Sedangkan Allah juga tidak melihat rupa dan pakaian, dia melihat hati dan amalan.

Maka, bersihkanlah hati kita kerana bersihnya hati, akan terpancar pada perbuatan. Dan lebih baik kita mengkritik hati kita dahulu, daripada menilai hati dan perbuatan orang lain. Menyedari kesilapan diri adalah lebih baik, untuk kebaikan diri sendiri dan bukan untuk orang lain.

Rasulullah juga berpesan hati yang baik akan terlihat pada sikap dan perbuatannya.

8 comments:

Firol said...

dalam dah bagus,kalau luaran indah itu satu bonus pada manusia

Budak Pensel Yazid said...

yup, tu macam melengkapkan diri untuk nampak lebih baik..

min said...

ye berpesan-pesan la utk kebaikan semua..

Budak Pensel Yazid said...

min : yup, just remind

epullani said...

agree :>

Budak Pensel Yazid said...

bayar saman rm70 epul..

Kinjunx said...

berpesan perkara yang baik itu dakwah (=

Budak Pensel Yazid said...

kinjunx ; thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...