Friday, August 6, 2010

Gambar, Filem dan Era Digital.

nostalgia 0701 copy
Mac 25, 2009. Gambar aku bersama rakan kelas di Ipoh, Perak.

Bila aku rasa semuanya yang hari ini, adalah semalam untuk hari esok. Kadang-kadang orang bertanya kat aku, "Kenapa kau ni selalu amik gambar? Kau tak ada kerja ker?."

Sebab aku buat macam tu, aku sedar masa ni cepat berlalu. Gambar hari ini sudah menjadi semalam, dan semalam tak akan muncul lagi buat selamanya. Gambar bagi aku, merupakan satu cerita yang akan kita kenang sehingga ke hujung hayat kita.

Pada suatu hari nanti orang yang sama akan cakap pada aku "Wah, best la gambar ni. Teringat masa kita belajar satu kolej dulu, tak sangka kau masih simpan lagi gambar ni." Nilai gambar yang aku atau kamu ambil pada waktu sekarang, tidak bernilai sehinggalah mereka sudah melupakannya saat setahun sudah berlalu.

IMG_1397 2
Sebenarnya, masa aku kecil lagi abah aku selalu ambil gambar aku. Aku pernah bertanya kat abah aku, "Kenapa suka amik gambar orang?", dan lantas abah aku akan jawab "Gambar kau kecil-kecil suatu hari nanti takkan ada lagi dah, sebab tu abah ambil gambar kau sekarang." Abah banyak mengajar aku tentang apa itu nilai sebuah kenangan bila kita semakin dewasa. Dan gambar kamera di atas merupakan kamera yang abah aku beli pada tahun 1992, dimana abah banyak mengajar aku tentang kamera filem, cara mengendalikan kamera yang sepenuhnya manual.

Abah seorang freelance photographer, selalu buat fotografi kahwin. Sejak tahun 1992, dah banyak abah buat kerja freelance ni. Sampai satu kampung tu, asalkan ada orang nak kahwin, mesti abah yang akan buat. Abah berhenti buat kerja kahwin, bila era kamera compact mula diperkenalkan. Orang kata pakai digital senang, tekan-tekan je. Kalau salah boleh padam.

Dulu, abah kira roll. Satu roll filem 36 frame, cas seratus. Biasanya pakai empat roll filem kalau satu majlis. Pernah gambar akad nikah satu roll rosak disebabkan filem tu dah damage sejak dikeluarkan dari kilang lagi. Tapi kalau kesilapan sendiri jarang berlaku, sebab kalau handling ok, tiada masalah.

Orang kampung panggil cameraman, tapi abah aku cakap cameraman pakai video. Kalau ambil gambar macam ni panggil photographer, tu lagi betul. Tapi orang kampung, tak pe la. Asalkan mereka faham sudah la. Nak sebut photographer dorang tak ada gigi. Betul jugak kan.

So, kamu macam mana? Bagi aku zaman sekarang ni tak kisah dah pakai kamera apa pun. Rakamlah kenangan hari ini, sebab hari ini adalah semalam untuk hari esok.

p/s : aku lebih suka pakai kamera compact, sebab senang bawak mana-mana.

6 comments:

makdara TERDIVA said...

yelah! kdg2 semakin dah berumur, byk benda yg dah lupa, so, bila ada gambar, boleh gak ingat semua tu..

dan paling penting boleh tag gambar kawan2 lama yg sememeh mase kecik2 dulu..haha!

Kinjunx said...

at last ko kate gak ko suke kata compact sbb senang di bawa ke mana mana.hee..

kenangan yang dirakam mengimbau seribu peristiwa.

Firol said...

skrg kamera snng nak dapat dulu kamera kodak nak beli pun susah..kengn pun suku je dapat ..selebihnya dalam fotomemori

Budak Pensel said...

mak dara : ooh, facebook la ni..hehe

Budak Pensel said...

kinjunx : kamera compact sebenarnya wajib untuk orang yang selalu amik gambar, sebab kamera digital dslr kadang-kadang payah nak jaga kebersihan dia. habuk masuk lens sikit pun xleh..

Budak Pensel said...

firol : betul, kamera compact filem yang lama pun harga lebih kurang harga kamera compact digital sekarang.

kamera handphone yang bawak perubahan manusia suka digital

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...