Thursday, August 19, 2010

Janji Yang Paling Rahsia

Linked
Hidup yang bersendirian bukan bermakna hidup tiada kawan. Hidup yang tenang, dan menjauhkan daripada bercakap tentang hal dunia setiap hari lebih baik dengan melihat setiap ciptaan alam yang ada di muka bumi ini. Kerana dengan melihat kehijauan ciptaan-Nya lebih mudah kita merapatkan diri kepada hubungan dengan yang Maha Esa.

Semua orang mahukan ketenangan. Bagi aku, itu adalah perkara paling utama dalam diri manusia untuk hidup di muka bumi. Tak kira sama manusia itu seorang pelajar, pekerja, sebagai anak ataupun seorang yang telah berumah tangga.

Sebab itu kebanyakan musician di Barat dalam mencipta lagu hanyalah untuk mencari ketenangan. Ia boleh dijadikan contoh bagaimana mereka dapat membuat muzik yang berkesan disebalik tujuan penciptaannya.

Sunset
Hidup merupakan satu peluang untuk mencari sesuatu yang boleh dibawa pulang ke tempat asal manusia itu sendiri. Perlukah manusia untuk berkira melakukan kebaikan sedangkan hidup itu hanya peluang sekali untuk melakukan pelbagai perkara yang baik.

Maka manusia perlu selalu menghargai sebuah kebaikan yang selalunya kita melihat ia kecil, dan melupakan kesilapan orang lain. Kerana keburukan manusia lain itu hanyalah ujian dari Maha Esa bagaimana kita melihat atas kesilapan kita sendiri.

Manusia perlu sedar bahawa usia bukan penjamin hidup disebaliknya mati adalah sesuatu cerita yang paling realiti bagaimana usia hidup mewarnai permulaan sebuah pengakhiran - Budak Pensel, Ogos 19, 2010

6 comments:

citahrudin said...

sendiri tak bermaksud sepi
dan kalu tiba-tiba nak rasa sepi tu, kira ngada-ngada je tu

DIA kan selalu ada , bakpe nak sepi-sepi ye tak?

Budak Pensel said...

dia macam Rasulullah menyepikan diri dalam gua..

lebih kurang la tujuan dia

MOFASAD said...

Manusia perlu sedar bahawa usia bukan penjamin hidup disebaliknya mati adalah sesuatu cerita yang paling realiti bagaimana usia hidup mewarnai permulaan sebuah pengakhiran



gua suka ayat lu nie...

penuh makna..

kehidupan di dunia hanyalah persinggahan roh kita....

Kinjunx said...

beru'zlah iaitu menyepikan diri/bersendirian itu adalah perkara yang dituntut. dengan niat untuk merendah diri dan Mengelakkan orang lain drpd membuat kesalahan/silap drpd sikap buruk kita.

Manusia mmg perlu masa untuk bersendiri. dan membuat perkara yang baik.Bukan tujuan mendapat balasan yang baik. Tp memberikan kebaikan kepada org lain. Itu ahlak mulia.

squesha said...

tatkala membaca entri kamu,air mata bergelinangan kerana sampai sekarang,ketenangan itu masih belum dapat dijumpa.

Firol said...

apa seklipun kita kena di landasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...