Friday, December 30, 2011

Selamat Tinggal 2011


Three Cubes Colliding from Jimandtonic on Vimeo.

Selamat tinggal 2011. Mari memulakan 2012 dengan lebih baik daripada yang lepas. InsyaAllah.

Tuesday, December 27, 2011

The Nostalgia

IMG_8885

Bitter, even a little bit. Walaupun masa depan itu belum tentu kita nampak sepenuhnya. Tiada lagi yang penting, melainkan sesuatu yang selalu mendekati kita walaupun kita tak selalu sedar. 

Maryam & Osama : Reception


Maryam & Osama : Reception from syaiful bahri on Vimeo.

Wayang Pacak By Jangguttouch
Cameraman : Syaiful | Edzuan | Yazid
Photographer : Yuri Abas | Asrul | Ayie Muqrish
Wedding Planner : Roll Em Production
Venue : FRIM, Kepong Kuala Lumpur

Contact :
www.jangguttouch.com
info@jangguttouch.com
+605.548.7908
No. 5 Jln S.C.I. 1/7 Dataran Sunway, Sunway City Ipoh
31150 Ipoh, Perak. MALAYSIA 

Monday, December 26, 2011

Maryam & Osama : The Solemnization


Maryam & Osama : The Solemnization from jangguttouch on Vimeo.

Wayang Pacak By Jangguttouch
Cameraman : Syaiful | Edzuan | Yazid
Photographer : Yuri Abas | Asrul | Ayie Muqrish
Wedding Planner : Roll Em Production
Venue : Masjid Sultan Mizan, Putrajaya

Contact :
www.jangguttouch.com
info@jangguttouch.com
+605.548.7908
No. 5 Jln S.C.I. 1/7 Dataran Sunway, Sunway City Ipoh
31150 Ipoh, Perak. MALAYSIA

Sunday, December 25, 2011

Raffiq & Nadira - Nafas Chenta

_MG_8757
_MG_8535

Disember 24, 2011, Meru, Klang Selangor. Satu cerita, satu kegembiraan pada hari yang penuh erti buat pasangan Raffiq dan Nadira.

_MG_8562 _MG_8812 _MG_8723 _MG_8769

Tahniah kepada pasangan Raffiq & Nadira. Semoga kalian terus mencintai sehingga ke akhir hayat. Cewah.

_MG_8808

Hari tersebut sangat istimewa, kerana satay ayam terhidang lebih dari 4 jam majlis berlangsung. Sangat bermakna buat diri ini. Hehe.

Friday, December 23, 2011

Adelaide Sky

_MG_7763

"One turning point. Thousand step ahead. Menjadikan sesuatu yang mustahil itu sesuatu yang membanggakan untuk semua yang melihat. Berfikir lalu menghargai setiap perkara yang mampu menjadikan dunia ini semakin luas." - Budak Pensel, December 23, 2011. 

Tuesday, December 20, 2011

Second Minutes

solo (akid)

For the last time aku bersama mereka, kadang-kadang aku mahu kembali pada masa itu walaupun masa semakin jauh meninggalkan memori itu.

Thanks Adekk, Ghazali, Syafiq, Meen dan juga Akid. Remember this time.

Friday, December 16, 2011

Coming Soon - Short Film with Kamal Sabran

387676_2841669768839_1472171052_32946655_633642843_n

"Ordinary, Immortal Malay Boy". Short Film with Kamal Sabran. Nantikan.

Tuesday, December 6, 2011

Video Post Zahiril Adzim + Shera Aiyob


Zahiril Adzim + Shera Aiyob // 20.11.2011 // Highlights from Sweet Motion Production on Vimeo.

Thanks to Jieja Rizal Rashid, Principal Cinematographer of Sweet Motion and the crew, also WAQ Jangguttouch. All the best for good future.

Official Photographer : Jangguttouch
Official Videographer : Sweet Motion Production

Friday, November 25, 2011

The Legend Reborn - Nazrin Shah

_MG_7718
_MG_7726

Ke Kuala Lumpur dengan keadaan tergesa-gesa. Itu benda yang sangat pelik sejak aku kenal mamat yang bernama Nazrin Shah ini. Keputusan yang sangat muktamad di saat aku mahu tidur pada pukul 11 pagi.

Ya, aku menjadi GPS yang boleh ajak bersembang pada hari tersebut. Pergi ke Kuala Lumpur pada pukul 11.30 pagi dan tiba ke destinasi pilihan pada pukul 4 petang akibat kesesakan jalan raya di ibu negara. Terbaik bukan. Tak mengapa. Aku mahu teruskan bercerita.

_MG_7730

Setelah menunggu hampir sejam untuk menantikan 1 set kotak yang dipegang di atas, ternyata senyuman manis terpancul dari raut wajah Nazrin Shah. Tak perlu aku memaparkan wajah manis beliau, cukuplah kotak itu mampu menceritakan segalanya.

_MG_7742
_MG_7744

Tahniah Nazrin, kerana berjaya memiliki kotak idaman aku selama ini. Selamat datang ke Red Company. Oh ia sangat mengujakan aku. Terima kasih kerana membelanja aku makan ayam penyet di Sungei Wang Plaza tadi ya. Pedas bangat.

Monday, November 21, 2011

Zahiril Adzim & Shera Ayob

317235_10150389866658004_611758003_8642666_992473737_n

Congrats to Zahiril & Shera. After 3 days wedding for Osama & Maryam at FRIM on 11.11.2011, majlis seterusnya adalah untuk Zahiril & Shera on 20.11.2011. Always a good number for everybody especially for me. Also congrats to Madinna Haizum & Zam Jangguttouch kerana melangsungkan majlis pertunangan pada hari yang sama.

Picture by WAQ Jangguttouch

Sunday, November 20, 2011

Film Hours

IMG_7100

Short Film with Kamal Sabran at Pekan Lama Ipoh. Ada benda yang aku baru belajar tentang video setting on DSLR secara tak sengaja. Tak sabar tunggu full version. Keep it up!

IMG_7075

Tuesday, November 15, 2011

JT : 'Behind The Scene'

_MG_6635

Maryam and Osama Reception, from Nov 10 until Nov 12, 2011. Malaysian Australian + Sudanese. Majlis yang menggabungkan pelbagai budaya. Budaya Melayu mix Sudan.

_MG_6765 _MG_6637

Photographer yang ditugaskan pada majlis penting tersebut adalah Yuri Abas, Ayie dan Asrul manakala bahagian video sepenuhnya dikendalikan oleh Encik Syaiful, Edzuan serta aku bersama Muiz a.k.a orang paling penting sebelum, semasa dan selepas majlis berlangsung.

_MG_6724 _MG_6640 _MG_6658

3 hari yang penuh dengan kerja-kerja keras disamping kesulitan memilih jalan dikala menempuhi kehidupan dan jalanraya Kuala Lumpur yang penuh dengan pancaroba seperti yang pernah diluahkan oleh Yuri Abas.

_MG_6283 q 
Gambar-gambar di atas hanya untuk tujuan 'behind the scene'. Sila layari laman web Jangguttouch untuk melihat koleksi karya seni Jangguttouch yang terbaru.

Untuk maklumat lanjut, hubungi :
Jangguttouch
Tu-khang tangkap gambar + Wayang Pacak
www.jangguttouch.com
info@jangguttouch.com
+605.548.7908
No. 5 Jln S.C.I. 1/7 Dataran Sunway, Sunway City Ipoh
31150 Ipoh, Perak.
MALAYSIA

Thursday, November 3, 2011

Week and Weak

IMG_0512

Susah sangat nak cerita untuk kisah beberapa hari ni. Baik diam untuk seketika dan berjalan-jalan sana sini.

Sabda Nabi SAW, maksudnya; "kecantikan pada seorang lelaki itu ialah pada lisannya"
Riwayat Al Hakim

Monday, October 24, 2011

Nafas Terakhir Marco Simoncelli di MotoGP Sepang 2011

4 wc 
Seorang yang berani, lucu, dan penyayang. Juara 250cc pada tahun 2008 dan berhijrah ke kelas pertama sukan MotoGP dunia pada tahun 2010 dengan pasukan Honda. Kali terakhir aku melihat bagaimana semangat beliau berusaha untuk menjuarai juara dunia kelas 250cc di Sepang pada tahun 2010 dan akhirnya tewas kepada pelumba Jepun, Hiroshi Aoyama.

Itu merupakan detik pertarungan yang paling istimewa dalam kalendar MotoGP 2010. Seluruh penonton bersorak melihat aksi dua pelumba ini masing-masing ingin merebut tempat pertama dalam perlumbaan tersebut pada setiap selekoh. Akhirnya pada pusingan terakhir dalam pelumbaan itu, kemenangan ditentukan dengan menggunakan high speed kamera untuk melihat secara perlahan siapa yang sampai ke garisan dulu, walaupun beza hanya beberapa inci.

3

20 January 1987 – 23 October 2011. Beliau pergi dalam masa umur yang sangat muda. Diishtiharkan meninggal dunia dalam ambulans semasa perjalanan ke hospital setelah mengalami hentakan yang kuat pada kepala, leher dan dada pada kemalangan maut di pusingan ke 11. Seluruh dunia sukan permotoran memberikan penghormatan kali terakhir pada hari tersebut. Litar Sepang menjadi titik akhir penamat karier hidupnya dalam sukan MotoGP, namun inspirasi beliau tetap akan menjadi pendorong kepada semua peminatnya untuk tidak mengaku kalah dalam mencapai cita-cita.

"Dia bukanlah seorang yang terbaik, namun semangat dan berusaha untuk tidak mengaku kalah walau apa pun jua cabaran menjadikan dia adalah yang terbaik buat peminatnya di seluruh dunia - Tribute to Marco Simoncelli" - Budak Pensel, Oktober 24 2011.

Tribute to Marco Simoncelli - MotoGP Sepang 2011

1
 Gambar terakhir Marco Simoncelli di MotoGP Sepang, Malaysia 2011

Pelumba MotoGP Itali Marco Simoncelli yang meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di Grand Prix Malaysia di Sepang pada hari Ahad 23 Oktober 2011, melengkapkan tragedi seminggu yang mengerikan untuk dunia sukan permotoran selepas pemandu British IndyCar Dan Wheldon menemui ajal pada hujung minggu lalu.

Simoncelli, 24, berdepan dengan kemalangan maut pada pusingan kedua setelah dilanggar oleh jentera Colin Edwards dan Valentino Rossi setelah beliau terperosok dengan jentera Hondanya di trek. Bahagian topi keledarnya dirempuh dalam kejadian itu dan perlumbaan kedua terakhir musim dalam MotoGP 2011 ini dihentikan apabila bendera merah dengan serta merta dinaikkan.  Edwards dari pasukan Yamaha yang merempuh Simoncelli dapat mengelak dari kecederaan serius, manakala Rossi masih dapat mengawal jentera Ducatinya dan kembali ke pit.

Simoncelli terbujur kaku di trek sebelum dibawa ke pusat perubatan litar di mana beliau telah pun diisytiharkan meninggal dunia. "Semua orang yang terlibat dalam MotoGP memanjangkan ucapan takziah kepada keluarga Marco, rakan-rakan dan pasukan dalam insiden yang sangat tragis ini" dalam satu kenyataan dari pihak MotoGP. Casey Stoner, yang memenangi gelaran MotoGP untuk kali kedua di negaranya, Australia Grand Prix pada minggu lepas berkata: "Sebaik sahaja saya melihat rakaman itu, ia hanya menjadikan saya merasa sangat pilu. "Apabila topi keledar itu tertanggal semasa kemalangan, itu bukanlah satu petanda yang baik."

Perubatan Pengarah Michele Macchiagodena berkata Simoncelli sudah tidak sedarkan diri apabila pasukan medik tiba kepadanya. "Beliau telah dirempuh oleh dua pelumba lain, beliau mengalami trauma yang sangat serius kepada kepala, leher dan dada," katanya. "Dalam ambulans itu Simoncelli mengalami serangan jantung." tambah Macchiagodena.

Kematian Simoncelli adalah kes yang pertama dalam kelas utama sukan MotoGP selepas pelumba Honda, Daijiro Kato, telah maut di Grand Prix Jepun 2003. Rakan sepasukan Jepun, Shoya Tomizawa juga meninggal dunia dalam kemalangan yang serupa seperti Simoncelli dalam kelas Moto2, kelas di bawah MotoGP pada tahun lepas. Simoncelli, yang dikenali dengan fesyen rambut Afro dan memiliki personaliti yang sangat lucu serta penyayang, merupakan peminat kelab bolasepak AC Milan. Simoncelli bermula pada kelas 125cc pada tahun 2002 sebelum berpindah ke kelas 250cc pada tahun 2006. Beliau memenangi gelaran juara dunia 250cc pada tahun 2008.

Semua acara-acara sukan Itali pada hari Ahad itu mendiamkan diri untuk berberapa minit sebagai penghormatan kali terakhir kepada Simoncelli, Jawatankuasa Olimpik Itali berkata dalam satu kenyataan.

2 

Sunday, October 23, 2011

Kasih Illahi Untuk Semua

soulo minimize dari hitam kelabu putih

Kita tak akan hidup selamanya bergantung pada orang lain. Kita harus belajar untuk berdikari dan mengejar cita-cita tiap masa kita. Walaupun mati itu semakin dekat dengan kita, walaupun kita tidak sedar bahawa dunia ini sebenarnya tidak akan menjanjikan sesuatu yang istimewa melainkan kita memberikan sedikit kasih sayang terhadap tiap-tiap anugerah dari Illahi.

Hidup manusia yang selalu dibebani dengan ujian. Kita tidak akan mampu melepasi ujian itu sekiranya kita tidak menyerahkan segala urusan kita pada yang Maha Mengetahui. Antara manusia dengan Pencipta, tiadalah penghalang untuk manusia itu meminta dan meluahkan segala keperitan hidup di dalam dunia yang penuh dengan titik-titik hitam. Merupakan antara tanda kasih Allah kepada semua hamba-Nya yang sentiasa mengingati-Nya.

_MG_3659 2

Perjalanan manusia itu tidak akan jauh. Tidak sesekali akan semakin jauh. Menuju satu destinasi yang akan pasti membawa manusia itu semakin dekat akan kematian. Jangan sesekali takut untuk mengingati mati, sebab mati itu janji yang pasti. Masa untuk manusia itu meneruskan perjalanan dalam satu tempoh yang sangat sunyi untuk selamanya.

Akhirat itu sangat luas. Seluas-luasnya nikmat. Tiada apa yang manusia tidak akan dapat di akhirat berbanding dengan di dunia. Dunia ini sangatlah kecil. Manusia perlu bersifat zuhud, yakni merasakan hidup di dunia hanya sekadar sahaja. Menuntut ilmu, bersedekah, menghormati ibu-bapa serta guru-guru, agar perbuatan itu mendapat keredhaan dari Maha Esa.

IMG_0404

"Seandainya manusia itu bersendirian di dalam dunia, manusia itu masih mempunyai Allah yang Maha Pengasih, Maha Mengetahui dan Maha Penyayang untuk tiap manusia itu memberikan jiwa dan mendapatkan ketenangan yang tiada bandingnya" - Budak Pensel - Oktober 23, 2011.

Photograph by Budak Pensel Yazid & Salikin Nordin.
Oktober 21, 2011.

Saturday, October 22, 2011

My Short Advertising Video



My short advertising for KPTM Ipoh collaborate with Coventry University, UK.

Adobe After Effect CS5
Vegas Movie Studio HD Platinum 10
Sound Forge Pro 10
Canon EOS 550D
EF-S18-55mm f/3.5-5.6 IS
EF50mm f/1.8 II

Songs :
Keep Holding On (Boyce Avenue acoustic)

Tuesday, October 11, 2011

Fish Eye Lens Baru

_MG_3432

Singgah-singgah di kedai kamera. Akhirnya Fish Eye juga pujaan hati. Lens baru, tak mahal pun cuma dalam RM1200. Best guna. Satu kedai boleh capture.

_MG_3434

Inilah lens terbaru dari aku. Ya ia baru, baru pinjam dari tokey kedai tapi tak beli. Datang kedai just nak beli lens hood ET-60 untuk tele lens aku. Hehe

Sunday, October 9, 2011

Hari Biasa Untuk Melakukan Yang Luar Biasa

SADSADA

Dari Ipoh ke Lumut. 9 Oktober 2011 yang bersamaan dengan 09/10/11, satu tarikh yang menarik. Jatuh pula pada hari Ahad, dan cuaca pada hari itu sangat baik. Berjalan-jalan sambil membawa gadjet ke tempat yang juga agak menarik + baik di Perak.

_MG_3296 _MG_3309

Teluk Batik, destinasi pertama kami pada hari tersebut. 'Kami' merujuk kepada orang-orang yang kuat berjalan + yang baru ada kamera baru. Berjalan-jalan melihat alam sekitar, ibarat pelancong. Bezanya kami pelancong yang melancong dalam negara sendiri.

_MG_3330 _MG_3329 _MG_3374 _MG_3377 _MG_337s7

Satu hari yang bermakna untuk belajar tentang hobi photography secara percuma. Dulu masa aku mula-mula menjadikan ia sebagai hobi, satu perubahan yang baik adalah ia menjadikan aku seorang yang kuat berjalan-jalan. Mencari subjek baru untuk dikongsi bersama, dan lebih utama menjadikan aku sebagai manusia yang semakin teliti dan menghargai setiap keindahan alam ciptaan Illahi.

ssss sdfsd

Aku harap kamu semua yang membaca juga boleh buat lebih baik daripada apa yang aku buat selama ini. Aku sendiri akui aku masih berada ditaraf bawahan untuk dibandingkan dengan mereka yang lebih baik. Bezanya setiap manusia itu mempunyai kreativiti yang boleh dikongsi bersama masyarakat secara umumnya. Dan yang paling penting, merendahkan diri untuk mereka yang ingin menuntut ilmu bersama kita.

Saturday, October 8, 2011

2 Days, 2 New DSLR

IMG_0003

Jumaat dan Sabtu , congrats kepada Fareeza dan Salikin yang telah memiliki DSLR yang kamu indamkan selama ini. Dan gunakanlah ia sebaik-baiknya kerana ia mampu menjadi peneman anda sehingga akhirnya. Dan aku rasa berbaloi juga bila aku deal habis-habisan dengan Vincent di Lam Loong Airport, Ipoh. Nak dapatkan price yang abis rendah biasanya kena 'pandai' sikit. Kalau tak, rugi je nak beli tergesa-gesa sangat.

_MG_3263

Sakit mata jugak la duduk lama-lama dalam kedai ni. Ternampak body Canon 7D baru, harga pun baru RM5000. Ada sesiapa yang bermurah hati nak belikan tak, saya janji saya akan gunakan baik-baik.

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia

_MG_3193 _MG_3221

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia dan Pencegahan Kanser Payudara Peringkat Daerah Kinta 2011 yang berlangsung di Dewan Perbandaran Batu Gajah, Perak.

Kolej hantar wakil ke sana. Seramai 2 orang ditemani dengan sorang pengajar dan staff. Nak dipendekkan cerita aku dan seorang lagi student dihantar ke sana untuk menyertai pertandingan melukis poster dan multimedia.

_MG_3196 _MG_3245 _MG_3250 _MG_3211 _MG_3238

Nak dipendekkan cerita lagi, kami pulang bukan dengan tangan kosong sebab dua-dua pertandingan dapat hadiah terbaik. Dan kami happy-happy sepanjang event ini berlangsung. Rezeki baru atas meja aku malam ni. 

Dan terima kasih kepada pihak kolej yang sudi memberikan laluan untuk ke pertandingan ini, serta staff dan pengajar yang terlibat.

_MG_3254
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...