Kita tak akan hidup selamanya bergantung pada orang lain. Kita harus belajar untuk berdikari dan mengejar cita-cita tiap masa kita. Walaupun mati itu semakin dekat dengan kita, walaupun kita tidak sedar bahawa dunia ini sebenarnya tidak akan menjanjikan sesuatu yang istimewa melainkan kita memberikan sedikit kasih sayang terhadap tiap-tiap anugerah dari Illahi.
Hidup manusia yang selalu dibebani dengan ujian. Kita tidak akan mampu melepasi ujian itu sekiranya kita tidak menyerahkan segala urusan kita pada yang Maha Mengetahui. Antara manusia dengan Pencipta, tiadalah penghalang untuk manusia itu meminta dan meluahkan segala keperitan hidup di dalam dunia yang penuh dengan titik-titik hitam. Merupakan antara tanda kasih Allah kepada semua hamba-Nya yang sentiasa mengingati-Nya.
Perjalanan manusia itu tidak akan jauh. Tidak sesekali akan semakin jauh. Menuju satu destinasi yang akan pasti membawa manusia itu semakin dekat akan kematian. Jangan sesekali takut untuk mengingati mati, sebab mati itu janji yang pasti. Masa untuk manusia itu meneruskan perjalanan dalam satu tempoh yang sangat sunyi untuk selamanya.
Akhirat itu sangat luas. Seluas-luasnya nikmat. Tiada apa yang manusia tidak akan dapat di akhirat berbanding dengan di dunia. Dunia ini sangatlah kecil. Manusia perlu bersifat zuhud, yakni merasakan hidup di dunia hanya sekadar sahaja. Menuntut ilmu, bersedekah, menghormati ibu-bapa serta guru-guru, agar perbuatan itu mendapat keredhaan dari Maha Esa.

"Seandainya manusia itu bersendirian di dalam dunia, manusia itu masih mempunyai Allah yang Maha Pengasih, Maha Mengetahui dan Maha Penyayang untuk tiap manusia itu memberikan jiwa dan mendapatkan ketenangan yang tiada bandingnya" - Budak Pensel - Oktober 23, 2011.
Photograph by Budak Pensel Yazid & Salikin Nordin.
Oktober 21, 2011.
Photograph by Budak Pensel Yazid & Salikin Nordin.
Oktober 21, 2011.
No comments:
Post a Comment