Monday, October 24, 2011

Tribute to Marco Simoncelli - MotoGP Sepang 2011

1
 Gambar terakhir Marco Simoncelli di MotoGP Sepang, Malaysia 2011

Pelumba MotoGP Itali Marco Simoncelli yang meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di Grand Prix Malaysia di Sepang pada hari Ahad 23 Oktober 2011, melengkapkan tragedi seminggu yang mengerikan untuk dunia sukan permotoran selepas pemandu British IndyCar Dan Wheldon menemui ajal pada hujung minggu lalu.

Simoncelli, 24, berdepan dengan kemalangan maut pada pusingan kedua setelah dilanggar oleh jentera Colin Edwards dan Valentino Rossi setelah beliau terperosok dengan jentera Hondanya di trek. Bahagian topi keledarnya dirempuh dalam kejadian itu dan perlumbaan kedua terakhir musim dalam MotoGP 2011 ini dihentikan apabila bendera merah dengan serta merta dinaikkan.  Edwards dari pasukan Yamaha yang merempuh Simoncelli dapat mengelak dari kecederaan serius, manakala Rossi masih dapat mengawal jentera Ducatinya dan kembali ke pit.

Simoncelli terbujur kaku di trek sebelum dibawa ke pusat perubatan litar di mana beliau telah pun diisytiharkan meninggal dunia. "Semua orang yang terlibat dalam MotoGP memanjangkan ucapan takziah kepada keluarga Marco, rakan-rakan dan pasukan dalam insiden yang sangat tragis ini" dalam satu kenyataan dari pihak MotoGP. Casey Stoner, yang memenangi gelaran MotoGP untuk kali kedua di negaranya, Australia Grand Prix pada minggu lepas berkata: "Sebaik sahaja saya melihat rakaman itu, ia hanya menjadikan saya merasa sangat pilu. "Apabila topi keledar itu tertanggal semasa kemalangan, itu bukanlah satu petanda yang baik."

Perubatan Pengarah Michele Macchiagodena berkata Simoncelli sudah tidak sedarkan diri apabila pasukan medik tiba kepadanya. "Beliau telah dirempuh oleh dua pelumba lain, beliau mengalami trauma yang sangat serius kepada kepala, leher dan dada," katanya. "Dalam ambulans itu Simoncelli mengalami serangan jantung." tambah Macchiagodena.

Kematian Simoncelli adalah kes yang pertama dalam kelas utama sukan MotoGP selepas pelumba Honda, Daijiro Kato, telah maut di Grand Prix Jepun 2003. Rakan sepasukan Jepun, Shoya Tomizawa juga meninggal dunia dalam kemalangan yang serupa seperti Simoncelli dalam kelas Moto2, kelas di bawah MotoGP pada tahun lepas. Simoncelli, yang dikenali dengan fesyen rambut Afro dan memiliki personaliti yang sangat lucu serta penyayang, merupakan peminat kelab bolasepak AC Milan. Simoncelli bermula pada kelas 125cc pada tahun 2002 sebelum berpindah ke kelas 250cc pada tahun 2006. Beliau memenangi gelaran juara dunia 250cc pada tahun 2008.

Semua acara-acara sukan Itali pada hari Ahad itu mendiamkan diri untuk berberapa minit sebagai penghormatan kali terakhir kepada Simoncelli, Jawatankuasa Olimpik Itali berkata dalam satu kenyataan.

2 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...