Thursday, March 31, 2011

Photography Tips : White Balance - Perbetulkan Skin Tone


Custom White Balance on T2i (550D) or 7D from Orange Wedding Films on Vimeo.

Satu perkara yang sangat penting untuk kamu mulakan sebelum mengambil gambar. Kebanyakkan pemilik DSLR tidak melakukan perkara ini dan hasilnya, gambar tersebut tidak mendapat kesan warna yang lebih natural.

Kebanyakan gambar yang dihasilkan dibawah cahaya mentol akan menukarkan warna kulit kepada kekuningan dan ini akan memerlukan sedikit masa untuk mengubah kepada warna asal menggunakan fungsi tool Photoshop. Satu perkara yang penting lagi, proses itu boleh mengubah kualiti gambar tersebut.


White Balance from antrabbit on Vimeo.

So aku share kepada kamu, sebab aku sendiri sudah alami perkara yang aku cakap tadi. Jangan sampai gambar pengantin nampak kuning sudah.

First Step To Short Film : Vimeo


Introduction to DSLR Cameras with Philip Bloom from Vimeo Staff on Vimeo.

DSLR stands for digital single lens reflex. DSLR cameras use a mirror to reflect the image from the lens to the viewfinder, behind the mirror is a sensor. The sensor is what takes that light and interprets it as a electronic signal that shows up on your camera's screen. It's more complicated than that, but I don't want to hurt your brain before we even get this lesson started!

The larger the sensor, the better your camera will be in low light, and the larger your field of view will be. Large sensor, or full-frame cameras, are more expensive than cameras with cropped sensors.

Every DSLR camera has pros and cons. To find the right camera for you, you’ll need to research all the features that come with the camera and look around online or on Vimeo for example footage. Vimeo has entire Groups dedicated to many different types of cameras like the 5D Mark II, EOS 7D, Nikon D90 and a catch-all DSLR Cinema Group.

Advantages of shooting video with a DSLR camera.
High Quality -- Nearly every DSLR camera that shoots video can shoot in 1080p, which is very high quality HD.

Film Look -- DSLR cameras can imitate the look of film very well. This means your videos will look like what you see when you go to the movies!

Also a Stills Camera -- Remember, your DSLR is primarily a stills camera, which means you can easy go back and forth between video and photo mode.

When it comes to deciding which camera is the best for you, keep in mind that technology is always advancing, so new cameras will have new features all the time, therefore there will never be a “perfect” camera. In the end, what you can afford is the most important factor.

Sunday, March 27, 2011

Teringat Waktu Itu + Photo Enlargement

IMG_7025
IMG_7036

Kadang kadang mengenangkan masa lalu sangat berharga, mungkin sebab apa yang orang tua-tua selalu bagitahu yang masa itu emas.

Antara satu sebab mengambil gambar itu, kerana gambar itu memberi makna yang membuat kita merindukan masa yang telah lama berlalu.

_MG_3514

Saturday, March 19, 2011

DSLR Review - Canon EOS 60D



Aku suka dengan video ini. Canon adalah antara brand kamera DSLR yang aku minati selain daripada pesaingnya Nikon. Canon EOS 60D merupakan integrasi daripada model sebelumnya, Canon EOS 50D. Segala fungsi kamera model ini terletak di antara Canon EOS 7D dan EOS 550D (EOS 550D merupakan model kamera DSLR yang sedang aku gunakan)

"Iklan macam ini selalu bagi satu semangat untuk berkarya dalam bergambar"

Sebenarnya aku ingin berkongsi iklan sebegini, tak kira kamu peminat Canon atau Nikon, ataupun kamu memang masih tidak memiliki kamera DSLR sekalipun. Sebab iklan sebegini memberi inspirasi kepada kebanyakan photographer untuk mencari idea dan kreativiti dalam fotografi. Aku sendiri pernah embed iklan Chase Jarvis dengan model Nikon D7000 disebabkan aku meminati Chase Jarvis sebagai Nikon tester dan idea-idea beliau dalam fotografi.

Kalau kamu tanya satu soalan kepada aku mengapa aku guna DSLR Canon, disebabkan Canon punya setting white balance, atau tone warna yang mirip kepada gambar yang dihasilkan dari kamera SLR filem. Video ini juga dihasilkan daripada Canon EOS 5D MarkII, EOS 7D dan EOS 60D.

"Dunia fotografi sangat luas, namun segala kreativiti dan idea adalah bergantung lebih daripada seratus peratus milik kamu" - Budak Pensel, Mac 19, 2011.

Thursday, March 17, 2011

Nostalgia Foto - Enlargement HDR

The old bus in the Saturday MorningIpoh Old BuildingIpoh Morning Streetberdiri menanti keretapi

Pengulangan gambar yang pernah di upload dalam blog bezanya ia menaikkan kualiti kepada 640 x 426 pixel. 

Wednesday, March 16, 2011

Sesungguhnya

_MG_6706
Picture 728
Dalam kehidupan manusia seharian, tiada yang lebih baik daripada segala-galanya melainkan manusia itu sentiasa mengingati Allah sepanjang masa.

Dikala manusia itu berada dalam keadaan susah dan senang, tiada yang lebih baik daripada manusia itu sendiri mengucapkan rasa syukur kepada Illahi. Dan tiada yang lebih baik daripada mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu kita sebagai tanda syukur kepada Dia yang memberikan sedikit kesenangan kepada kita.

Kesusahan sering melanda manusia, dan tiada yang lebih baik daripada kehidupan yang lebih berpanjangan, seperti kehidupan di akhirat kelak. 

Antara kebahagiaan di dunia itu, melainkan manusia itu sentiasa bersikap setiap apa yang berlaku itu ada kebaikan yang Allah simpan untuk masa yang lebih baik. Bersedekah satu amalan mulia, dibawa hingga ke alam barzakh. Sesungguhnya sedekah itu sangatlah mudah, dengan hanya senyum untuk sesiapa yang memandang kita.

Dan sesungguhnya manusia yang bijak, dan tiada yang lebih bijak daripadanya melainkan manusia yang sering mengingati mati. Kerana apa yang kita cari di dunia, sudah pasti untuk bekalan di akhirat nanti.

Walau apa pun yang kita lakukan, sampaikan hanya sepotong ayat, demi kita mengingati sesama manusia kerana itu sesuatu yang paling mudah kita lakukan sepanjang hidup kita di dunia. Dan mendoakan kepada saudara-saudara kita doa-doa kebaikan walaupun mereka telah lama meninggalkan kita. Kerana suatu hari nanti kita juga akan meninggalkan orang yang kita sayangi buat selamanya.

Picture 773

"Manusia perlu meyakini bahawa kehidupan yang sederhana dan bahagia itu terletak kepada mereka yang hidup zuhud di dunia." - Budak Pensel, Mac 03, 2011.

Mythbuster Tsunami Dalam Al-Quran

Picture 509
Aku mahu share sedikit tentang satu pemecahan nombor yang berkaitan dengan kejadian Tsunami di Jepun, geografi dan perkaitan masa dengan apa yang ada di Al-Quran.

Terima kasih kepada orang yang membuat perkiraan tentang perkara ini. Bagi aku, blogger The Other Khairul yang suka untuk mempertikaikan konsep Freemason dan Illuminati pun mengaku ini adalah sesuatu yang sukar dipertikaian kebenaran serta ketepatan nombor ini.

Cuba lihat :

1. Tarikh yang berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. So dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Juzuk ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Juzuk 14 ayat ke 4.

Rujuk di Quran.

1. Juzuk 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

So dalam 1432, 14 dah di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

Ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. Yang di maksudkan dengan no 3 adalah negara Jepun.

Dan di dalam Jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
* proved wilayah yang Allah maksudkan dengan angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

Masa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia. Gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun.

so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
* proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. Maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. So angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat, betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya.

Sinilah kehebatan Al-Quran teserlah. Sebagai umat Islam, kita seharusnya mempercayai apa yang diturunkan kepada kita untuk menjadi pegangan, kerana apa yang kita miliki sekarang hanyalah milik Allah Yang Maha Mengetahui. 

Sunday, March 13, 2011

Be The Man - Walking Arround The Street

_MG_6618
_MG_6622

Kerja banyak tu biasa. Kalau banyak mana sekalipun amanah, kalau kita tidak boleh tunaikan dari awal lagi Allah S.W.T itu takkan bagi tanggungjawab yang tak mampu kita lakukan.

Memang diberi satu ujian bukan untuk merungut, namun untuk kita mempelajari sesuatu supaya kita makin ke depan. Seperti mana yang aku pernah katakan selama ini, berfikir secara positif akan membuat tindakan yang lebih baik untuk masa depan. Dan sering bercakap negatif, adalah satu perkara yang sudah pasti tidak akan membawa kita ke arah yang lebih baik, sebalinya sudah tentu akan membawa diri kita ke belakang sedikit demi sedikit. Percaya satu hakikat kebaikan merupakan satu fikiran yang sangat mematangkan manusia, apatah lagi memunasabah diri disaat ujian melanda hamba-Nya dalam menuntut ilmu khususnya.

Perkataan ini yang membawa diri aku sampai saat aku berada di sini, menceritakan detik-detik aku bermula menuntut ilmu selepas tamat zaman persekolahan pada 9 tahun yang lepas. Tiada yang membanggakan diri aku selain berpegang kepada fakta yang aku sendiri sering menceritakan kepada kamu sebagai pembaca aku, walaupun aku tidak mengenali kamu sepenuhnya.

Kepada rakyat Malaysia yang berada di Jepun, kami doakan keselamatan anda semua. Semoga kamu di sana sentiasa mengingati Allah SWT sepanjang masa. Amin. 

_MG_6639

"Perkataan-perkataan positif dan negatif itu perkara yang sangat berbeza, di mana ia mencerminkan manusia itu sendiri untuk jangka masa yang sangat panjang" - Budak Pensel, Mac 13, 2011.

Friday, March 11, 2011

Sejuk Pagi

_MG_6595
_MG_6614

Pagi ni sahaja dah berapa kali hujan. Dan dah berapa kali aku sukar untuk tidur satu malam tu. Biasanya kalau hujan orang lebih mudah nyenyak tidur. Mungkin disebabkan mimpi kelmarin yang buat aku rasa susah tidur, lebih-lebih lagi hidup seorang diri di suatu tempat yang agak sunyi.

Melayari internet dikala ramai orang  tidak online, mencari sesuatu yang dapat memenuhi masa terluang dengan bertukar-tukar fikiran. Semua itu perkara yang aku mahu lakukan, cuma dalam beberapa hari ni hajat tu macam tak kesampaian. Agak mengecewakan, walaupun mempunyai kadar internet yang berkelajuan tinggi setakat ini. Huh. 

Mungkin menanti perkara yang pasti, yang tidak pasti ia bila akan berlaku. Persoalan ini yang selalu bermain di fikiran aku sekarang. Seolah-olah melambatkan perjalanan darah dalam badan sendiri, ahkirnya mengundang perkara yang sangat bahaya, iaitu malas. Senjata paling patut dijauhi ketika aku masih meneruskan pengajian.

"Setiap saat dan detik yang kita lalui, fikirkannya ia secara positif. Kerana setiap yang berlaku pada ketika dan sebelum itu mempunyai rahsia seribu kebaikan yang telah ditentukan oleh Illahi." - Budak Pensel, Mac 11, 2011.  

The Astronaut's Wedding


Datuk Dr. Sheikh Muszaphar & Datin Dr. Halina Yunos - The Astronaut's Wedding from Saiful Nang on Vimeo.

Video ni simple, dan bermain dengan tone yang lembut, tone yang sangat sesuai untuk menggambarkan suasana pagi. Dan effect wording yang menggunakan software After Effect. After Effect adalah software yang paling aku minat dan bagus untuk dipelajari kerana ia antara software terbaik dalam dunia pasa masa kini.

Pastikan internet  kamu berada dalam kelajuan terbaik untuk view video ini.

Wednesday, March 9, 2011

Proud to my buddy - Omaw Rodzuan

Shahida & Safwan - Kuala Kubu Baru from Saiful Nang on Vimeo.

Fina & Stuart - Wedding Reception @ Holiday Inn Melaka from Saiful Nang on Vimeo.

Bangga dengan Omaw Rodzuan (omawtakmosudah.blogspot.com), sebab dia terlibat dalam editting video ni. Omaw merupakan seorang pelajar KPTM Ipoh jurusan Diploma Multimedia, yang sekarang ni akan tamatkan pengajian Diploma Multimedia selepas menjalani praktikel.

Aku jumpa dia balik semasa aku melanjutkan pengajian untuk Ijazah (Julai 2010) dan Omaw pada masa tu sem 5 (final year) sebelum dia melanjutkan satu sem lagi untuk praktikal. Masa aku sem akhir (Febuari 2009), Omaw baru sem 2, dan aku dengan dia pun tak berapa kenal sangat pada masa tu. Ada sedikit bangga sebab dia mampu mencipta nama dengan kreativiti sendiri. Jeles sikit tu telah wujud, sebab aku tak jeles kalau orang tu tak bagus dalam art ni.

Yang aku nak highlight kan sebab dia bersama dengan Saiful Nang untuk video-video ini. Kamu kenal ke pula Saiful Nang?

Syabas!

"Kebaikan manusia adalah anugerah untuk menjadikan dirinya yang terbaik. Kerana satu kebaikan yang ada dalam dirinya akan mampu membawa dirinya jauh dari sepuluh keburukan" - Budak Pensel, Mac 09, 2011.

Monday, March 7, 2011

Never Sleep

eqweqwe

Sekarang ni aku cuma ingin menumpukan perhatian pada satu meja ni dalam masa 24 hari. Kerja terlalu bertimbun, sampai aku rasa mampukah aku menanggung semua benda yang ada di depan mata. Tapi kalau betul-betul buat, tak mustahil aku boleh lakukan semua ini.

Kepada pembaca blog aku, bukan aku tak update blog ni, mungkin sebab terlalu sibuk, sampai aku tak tau benda apa yang aku nak tuilis untuk post-post yang akan datang. Sebab selalunya aku ada cerita untuk dikongsi setiap minggu.

Mungkin ada benda yang aku mahu cerita, tapi aku kena terima hakikat bahawa ini adalah masa yang sangat rumit dalam hidup aku.

_MG_5257
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...