Friday, March 11, 2011

Sejuk Pagi

_MG_6595
_MG_6614

Pagi ni sahaja dah berapa kali hujan. Dan dah berapa kali aku sukar untuk tidur satu malam tu. Biasanya kalau hujan orang lebih mudah nyenyak tidur. Mungkin disebabkan mimpi kelmarin yang buat aku rasa susah tidur, lebih-lebih lagi hidup seorang diri di suatu tempat yang agak sunyi.

Melayari internet dikala ramai orang  tidak online, mencari sesuatu yang dapat memenuhi masa terluang dengan bertukar-tukar fikiran. Semua itu perkara yang aku mahu lakukan, cuma dalam beberapa hari ni hajat tu macam tak kesampaian. Agak mengecewakan, walaupun mempunyai kadar internet yang berkelajuan tinggi setakat ini. Huh. 

Mungkin menanti perkara yang pasti, yang tidak pasti ia bila akan berlaku. Persoalan ini yang selalu bermain di fikiran aku sekarang. Seolah-olah melambatkan perjalanan darah dalam badan sendiri, ahkirnya mengundang perkara yang sangat bahaya, iaitu malas. Senjata paling patut dijauhi ketika aku masih meneruskan pengajian.

"Setiap saat dan detik yang kita lalui, fikirkannya ia secara positif. Kerana setiap yang berlaku pada ketika dan sebelum itu mempunyai rahsia seribu kebaikan yang telah ditentukan oleh Illahi." - Budak Pensel, Mac 11, 2011.  

2 comments:

admin@blogdiloz.com said...

#1 tu smart.
pakai curve ke?

Budak Pensel Yazid said...

haah. then letakkan sikit color fill kaler pink.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...