Kerja banyak tu biasa. Kalau banyak mana sekalipun amanah, kalau kita tidak boleh tunaikan dari awal lagi Allah S.W.T itu takkan bagi tanggungjawab yang tak mampu kita lakukan.
Memang diberi satu ujian bukan untuk merungut, namun untuk kita mempelajari sesuatu supaya kita makin ke depan. Seperti mana yang aku pernah katakan selama ini, berfikir secara positif akan membuat tindakan yang lebih baik untuk masa depan. Dan sering bercakap negatif, adalah satu perkara yang sudah pasti tidak akan membawa kita ke arah yang lebih baik, sebalinya sudah tentu akan membawa diri kita ke belakang sedikit demi sedikit. Percaya satu hakikat kebaikan merupakan satu fikiran yang sangat mematangkan manusia, apatah lagi memunasabah diri disaat ujian melanda hamba-Nya dalam menuntut ilmu khususnya.
Perkataan ini yang membawa diri aku sampai saat aku berada di sini, menceritakan detik-detik aku bermula menuntut ilmu selepas tamat zaman persekolahan pada 9 tahun yang lepas. Tiada yang membanggakan diri aku selain berpegang kepada fakta yang aku sendiri sering menceritakan kepada kamu sebagai pembaca aku, walaupun aku tidak mengenali kamu sepenuhnya.
Kepada rakyat Malaysia yang berada di Jepun, kami doakan keselamatan anda semua. Semoga kamu di sana sentiasa mengingati Allah SWT sepanjang masa. Amin.
Kepada rakyat Malaysia yang berada di Jepun, kami doakan keselamatan anda semua. Semoga kamu di sana sentiasa mengingati Allah SWT sepanjang masa. Amin.
"Perkataan-perkataan positif dan negatif itu perkara yang sangat berbeza, di mana ia mencerminkan manusia itu sendiri untuk jangka masa yang sangat panjang" - Budak Pensel, Mac 13, 2011.
No comments:
Post a Comment