Yang sangat pasti, hidup kita ini harus berlandaskan kasih sayang. Kasih sayang sesama manusia, ibu-bapa, guru-guru serta haiwan dan tumbuhan. Kasih sayang terhadap diri, bumi, agama serta negara. Kasih sayang akan memastikan kita hidup dalam keadaan yang tenteram, aman dan damai. Kasih sayang yang terjamin segalanya berlaku atas keredhaan Illahi.
Jika ada kebaikan dan kekurangan, pastikan kita mengetahui segalanya berlaku atas ketentuan Illahi. Walaupun kita hanya merancang, namun Tuhan tidak akan mengubah nasib kita jika kita tidak melakukannya. Dan seandainya apa yang kita lakukan itu tidak mendapat hasil yang kita mahukan, sebenarnya Tuhan mahu kita percaya bahawa pilihan-Nya adalah lebih baik dari apa yang kita rancang pada awalnya. Selagi kita masih mengingati Tuhan pada setiap masa, perkara dan takdir.
"Kegelapan selalunya hadir kerana kita tidak menemui cahaya, kerana cahaya itu segalanya milik Illahi" - Budak Pensel April 27, 2010.
No comments:
Post a Comment