Tuesday, September 27, 2011

Apretasi Film - Film Fest Malaysia Ke 24

_MG_3050 _MG_3055 _MG_3082 _MG_3050 1 
Apretasi Film - Film Fest Malaysia Ke 24 yang diadakan pada Isnin 26 September berlangsung di PTTC, Meru Raya Ipoh Perak dibawah kendalian PiNCER. Hari tersebut merupakan kesinambungan daripada Pra Pelancaran Festival Filem Malaysia yang diadakan di Tambun, Ipoh Perak.

Tayangan filem 'Dilarang Masuk' arahan Jeffrey Chiang pada hari itu merupakan satu topik yang dibincangkan oleh panel-panel hadir dari Penapisan Filem Negara, Pengerusi Pengarah-Pengarah Filem, Penulis Skrip dan juga Munif Isa, pelakon utama filem tersebut. Menjadi satu 'highlight' kerana Jeffrey Chiang pengarah yang agak baru serta berani menggunakan sepenuhkan DSLR 5D Mark II untuk membuat filem ini, kurang daripada 20 hari penggambaran.

Antara yang hadir adalah pelajar-pelajar daripada KPTM Ipoh, UiTM Seri Iskandar, Institut Teknologi Perak dan Cosmopoint Kampus Ipoh. Sesi soal jawab juga memberi ruang kepada Mohammad Shoffi Jikan (Sopi, Zombi Kampung Pisang) dan Kencana Dewi untuk berkongsi ilmu dengan mereka yang hadir.
 
_MG_3057

Secara kesimpulannya, tujuan Film Fest dan Apretasi Filem ini dilakukan atas tujuan untuk memberi hala tuju kepada industri filem tanah air. Semoga dengan aktiviti seperti ini dapat memberi masa depan yang cerah kepada Filem Malaysia serta ilmu filem kepada pelajar-pelajar serta masyarakat secara amnya. InsyaAllah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...