Sunday, September 4, 2011

Orang Kampung Vs Orang Kampung Baru

_MG_2433 _MG_2434

Musim perayaan di Kuala Lumpur sudah banyak melihatkan perbezaan dengan beberapa tahun lepas. Kini jalan-jalan di Kuala Lumpur tidak lagi seperti dulu, di mana pada musim perayaan jalan raya nampaknya sudah melihatkan peningkatan kenderaan yang ketara. Beberapa tahun lepas mereka yang memang berasal dari Kuala Lumpur merasakan beraya di Kuala Lumpur sangat lah heaven memandangkan jalan raya pada masa itu sangat sunyi daripada kenderaan.

_MG_2435

Itu cerita yang lepas. Jadi benda yang lepas, kita lupakan sekejap. Asal dari Kuala Lumpur memang beraya sangat lah cepat. Biasanya raya ke-3 pada pagi tersebut aku dengan keluarga akan meluangkan masa untuk bersantai dan mandi manda. Rilek-rilek sudey.

_MG_26d33 _MG_2522 _MG_2488

Orang kata kalau tiada kampung raya macam tak sempurna. Tapi aku punya tempat asal nama dia Kg Dato Keramat Kuala Lumpur, dan satu lagi kampung di Wangsa Maju Kuala Lumpur. Kira dalam satu hari pun boleh kasi one shot semua rumah saudara boleh pergi. Dua-dua rumah nenek boleh pergi naik LRT. 

Jadi walau di mana kita berada, pastikan kita jangan lupakan asal-usul kita. Kalau orang tanya asal dari mana, jawab "ASAL DARI KAMPUNG !".

Yehaa!

_MG_2633

3 comments:

Nia Ridzwan said...

best gambar2. yang air tu paling menarik :)

eszyamin said...

canteknya gambar...sanggup tunggu loading lama2..

Budak Pensel said...

Nia : time freeze!
eszyymin : ooo, memang loading lama eh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...