September 17, 2011. Aku mulakan dengan harapan Allah akan selalu merahmati negara Malaysia yang tercinta. Semoga semalam menjadi permulaan baru masa depan jutaan rakyat Malaysia berbilang agama dan bangsa. InsyaAllah.
Aku kian sibuk sekarang. Ini saat-saat terakhir aku sebelum aku pergi jauh dari tempat di mana aku berada serta kemaskini blog ini. Aku mahu minta maaf kepada kalian jika ada di antara kalian masih tertunggu mengapa aku agak lewat melakukannya. Maaf ya, dan percayalah semuanya aku lakukan apabila aku teringat kamu.
Teringat kamu. Kamu merupakan manusia-manusia yang sangat aku hargai. Aku hargai kamu sebagai tetamu blog aku. Walaupun aku sedar aku dan kamu saling tidak mengenali, tapi kepercayaan aku di dalam dunia blog ini kita saling berinteraksi. Terima kasih banyak-banyak untuk kamu.
Budak Pensel, nama itu tiada rahsia. Aku lebih rela kamu mengenali aku dengan nama itu, supaya aku sentiasa berada disamping kamu sama ada kamu sedar atau tidak. Ia membuatkan aku hidup menjadi seperti rakyat Malaysia yang biasa, jauh dari populariti, menjadi insan yang mudah berdamping dan didampingi.
Terima Kasih 3 Minit. Bukan angka menjadi ukuran. Sebab angka sukar menjanjikan apa-apa. Yang membuatkan aku bahagia, bersama kamu yang terus menghargai blog ini sebagai sebuah karya aku sehingga akhirnya.
Semoga kamu berjaya buat selamanya aku doakan juga. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment