Seorang yang berani, lucu, dan penyayang. Juara 250cc pada tahun 2008 dan berhijrah ke kelas pertama sukan MotoGP dunia pada tahun 2010 dengan pasukan Honda. Kali terakhir aku melihat bagaimana semangat beliau berusaha untuk menjuarai juara dunia kelas 250cc di Sepang pada tahun 2010 dan akhirnya tewas kepada pelumba Jepun, Hiroshi Aoyama.
Itu merupakan detik pertarungan yang paling istimewa dalam kalendar MotoGP 2010. Seluruh penonton bersorak melihat aksi dua pelumba ini masing-masing ingin merebut tempat pertama dalam perlumbaan tersebut pada setiap selekoh. Akhirnya pada pusingan terakhir dalam pelumbaan itu, kemenangan ditentukan dengan menggunakan high speed kamera untuk melihat secara perlahan siapa yang sampai ke garisan dulu, walaupun beza hanya beberapa inci.
20 January 1987 – 23 October 2011. Beliau pergi dalam masa umur yang sangat muda. Diishtiharkan meninggal dunia dalam ambulans semasa perjalanan ke hospital setelah mengalami hentakan yang kuat pada kepala, leher dan dada pada kemalangan maut di pusingan ke 11. Seluruh dunia sukan permotoran memberikan penghormatan kali terakhir pada hari tersebut. Litar Sepang menjadi titik akhir penamat karier hidupnya dalam sukan MotoGP, namun inspirasi beliau tetap akan menjadi pendorong kepada semua peminatnya untuk tidak mengaku kalah dalam mencapai cita-cita.
"Dia bukanlah seorang yang terbaik, namun semangat dan berusaha untuk tidak mengaku kalah walau apa pun jua cabaran menjadikan dia adalah yang terbaik buat peminatnya di seluruh dunia - Tribute to Marco Simoncelli" - Budak Pensel, Oktober 24 2011.
"Dia bukanlah seorang yang terbaik, namun semangat dan berusaha untuk tidak mengaku kalah walau apa pun jua cabaran menjadikan dia adalah yang terbaik buat peminatnya di seluruh dunia - Tribute to Marco Simoncelli" - Budak Pensel, Oktober 24 2011.