Monday, December 26, 2016

Neo.

Sahaja nak beritahu, kadang-kadang kerana terlalu banyak warna kita tak pandai membuat pilihan. Apabila tiada warna pula kadang-kadang memberi banyak inspirasi untuk mewarnakan kehidupan. 

Budak Pensel 
26 Disember 2016.

Tuesday, November 29, 2016

Solat Sunat Dhuha.

Tahukah anda tentang Solat Sunat Dhuha?

Kita hidup di dalam keadaan zaman yang sangat memerlukan wang untuk mencukupkan keperluan harian kita agar kita dapat meneruskan hidup dalam keadaan yang sempurna. Namun dalam keghairahan kita untuk bekerja siang malam untuk mencari rezeki yang halal demi mencukupkan segalanya kadang-kadang kita terlupa untuk menunaikan ibadah yang wajib apatah lagi ibadat yang sunat dimana ia adalah sumber untuk membuka rezeki kita.

Bagi yang ingin lebih mendekatkan diri kepada Allah, solat wajib lima kali sehari semalam sahaja tidaklah mencukupi. Seorang muslim sejati juga rajin melaksanakan amalan-amalan sunnah untuk meningkatkan ketaatannya kepada Allah SWT. Salah satunya adalah melaksanakan solat dhuha

Solat Sunat Dhuha boleh dilaksanakan sebanyak 2 rakaat sehingga 12 Rakaat. Mungkin kita boleh mengambil sedikit masa kita semasa kita bekerja untuk menunaikan solat sunat ini. Setelah selesai menunaikan solat sunat ini, bacalah doa seperti disertakan dibawah.  

Gambar sumber daripada internet.

اَللهُمَّ اِنَّ الضُّحَآءَ ضُحَاءُكَ، وَالْبَهَاءَ بَهَاءُكَ، وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ، وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ، وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ. اَللهُمَّ اِنْ كَانَ رِزْقِى فِى السَّمَآءِ فَأَنْزِلْهُ وَاِنْ كَانَ فِى اْلاَرْضِ فَأَخْرِجْهُ وَاِنْ كَانَ مُعَسَّرًا فَيَسِّرْهُ وَاِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَاِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَاءِكَ وَبَهَاءِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِىْ مَآاَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ

ALLAHUMMA INNADH DHUHA-A DHUHA-UKA, WAL BAHAA-A BAHAA-UKA, WAL JAMAALA JAMAALUKA, WAL QUWWATA QUWWATUKA, WAL QUDRATA QUDRATUKA, WAL ISHMATA ISHMATUKA. ALLAHUMA INKAANA RIZQI FIS SAMMA-I FA ANZILHU, WA INKAANA FIL ARDHI FA-AKHRIJHU, WA INKAANA MU’ASARAN FAYASSIRHU, WAINKAANA HARAAMAN FATHAHHIRHU, WA INKAANA BA’IDAN FA QARIBHU, BIHAQQIDUHAA-IKA WA BAHAAIKA, WA JAMAALIKA WA QUWWATIKA WA QUDRATIKA, AATINI MAA ATAITA ‘IBADIKASH SHALIHIN.

Ertinya :

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagunan-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu, Wahai Tuhanku, apabila rezekiku berada di atas langit maka turunkanlah, apabila berada di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila sukar mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah dengan kebenaran dhuha-Mu, kekuasaan-Mu (Wahai Tuhanku), datangkanlah padaku apa yang Engkau datangkan kepada hamba-hambaMu yang soleh”.


Gambar sumber daripada internet.

Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.

Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.

Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.








Gambar sumber daripada internet.

Fadhilat Solat Dhuha
Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”

Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.” (HR At-Tabrani)

Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an, “Allah berfirman:“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR. Haklim dan Tabrani).

Pautan 
http://www.satujam.com/sholat-duha/
https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-dhuha/
http://www.panduanmalaysia.com/2014/06/panduan-solat-sunat-dhuha.html

Written by 
Budak Pensel . November 29, 2016 .
Di Bilik IT

Wednesday, November 23, 2016

Bagaimana Mengundi Mohd Faiz Subri untuk FIFA Puskas Award Lebih Daripada Sekali.

Akhir-akhir ini heboh apabila sepakan percuma pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri menentang pasukan Pahang dicalonkan untuk memenangi FIFA Puskas Award setanding dengan pemain hebat dunia seperti Lionel Messi dan Neymar. Disini saya memberi sedikit tips untuk anda mengundi beliau lebih daripada sekali bagi menaikkan undi beliau seterusnya membolehkan beliau memenangi anugerah yang berprestij daripada FIFA ini. Ayuh rakyat Malaysia !

Langkah Pertama, buka Internet Explorer, di bahagian URL Browser masukkan link ini. http://www.fifa.com/the-best-fifa-football-awards/puskas-award/ . Sekarang sila undi Mohd Faiz Subri untuk pertama kali. 

Langkah kedua, dibahagian kanan atas, click Tools dan pilih Internet Options. 






























Langkah ketiga, pada Internet Options, click Delete pada bahagian Browsing History.  

 Langkah keempat, dibahagian Delete Browsing History pilih semua dan tekan Delete

Dan langkah terakhir, Refresh Internet Browser anda atau tekan F5. Dan hasilnya semua pilihan undi diaktifkan semula dan anda boleh mengundi beliau sekali lagi sebelum Disember 2016. 

Anda juga boleh mengundi beliau menggunakan semua gadjet yang ada di sekeliling anda. Semoga artikel ini bermanfaat buat anda semua. 

Written by 
Budak Pensel . November 23, 2016 .
Di Bilik IT

Monday, November 21, 2016

10 Perkara Kamu Perlu Tahu Sebagai Seorang Muslim.


Tahukah Kamu
Bahawa ikan yang ribuan tahun lalu menelan Nabi Yunus As itu ternyata masih hidup sampai sekarang, bahkan sampai hari kiamat. hal ini sudah dijelaskan di dalam al-Qur'an: andai Yunus itu tidak beristighfar, tentu ia akan tinggal dalam perut ikan tersebut sampai hari kebangkitan.

Tahukah Kamu.
Bahawa janin semasa dalam kandungan perut ibunya, dia dilihatkan perjalanan hidupnya sejak dari lahir sampai mati. Dan kerana itu kadang-kadang ketika kita berkunjung ke beberapa tempat yang baru tapi seolah-olah tempat tersebut sudah tidak asing bagi kita, dan seolah-olah kita dah pernah nampak pada ketika dulu ataupun semalam.

Tahukah Kamu.
Di saat kita bersin, seluruh anggota tubuh kita berhenti berfungsi, seolah-olah sudah mati. Ini terjadi dalam kiraan detik, setelah itu berfungsi kembali seperti biasa. Inilah sebab mengapa di dalam Islam kita disunnahkan membaca 'Alhamdulillah' setelah bersin sebagai lafaz syukur atas berfungsinya kembali seluruh anggota badan kita.

Tahukah Kamu.
Menguap itu bukan tanda bahawa kita mengantuk, tapi itu adalah pertanda bahwa tubuh kita mermerlukan tambahan oksigen

Tahukah Kamu.
Dengan memakan kurma dalam jumlah genap itu akan menghasilkan gula darah, karena itu Rasulullah menganjurkan kita untuk memakannya dalam jumlah ganjil, agar berubah menjadi karbohidrat.

Tahukah Kamu.
Apabila tepat setelah dikumandangkannya azan itu adalah waktu yang mustajab untuk berdoa.

Tahukah Kamu.
Di mana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita solat?
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya seorang hamba ketika menunaikan solat, dia membawa serta semua dosa-dosanya, kemudian dosa-dosa itu diletakkan di atas kepala dan kedua pundaknya, maka ketika tiap kali ia ruku' atau sujud berjatuhanlah dosa-dosa tersebut". Wahai orang-orang yang biasa tergesa-gesa dalam solatnya, tenanglah, dan tahanlah lebih lama ruku' dan sujudmu, agar lebih banyak lagi berguguran dosa-dosamu.



Tahukah Kamu.
Diceritakan ada seorang wanita solehah yang meninggal, maka tiap kali penduduk kampung ziarah kubur, mereka mencium harumnya mawar dr dalam kubur. Kemudian suaminya menjelaskan bahawa isterinya itu semasa hidup selalu membaca surah Al-Mulk setiap kali mahu tidur. Sesungguhnya Surah Al-Mulk itu menyelamatkan dari siksa kubur.

Tahukah Kamu.
Ketika kita membaca ayat kursi setiap kali selesai menunaikan solat, maka tidak ada penghalang antara kita dan syurga kecuali maut.

Tahukah Kamu.
Bahwa para malaikat mendoakan kita ketika kita selesai menunaikan solat, dan kerana itu jangan terburu-buru untuk beranjak dari posisi asal duduk solat kita.

Translated by
Budak Pensel . November 21, 2016 .
Di Bilik IT

Saturday, November 19, 2016

Ketika Hujan Turun, Bergembiralah.


Kita selalu mengeluh apabila langit nampak mendung yang bermaksud hujan akan turun. Menjadi sinonim dalam masyarakat kita hujan itu membawa erti cuaca tak baik, cuaca buruk dalam kata lain makna yang negatif berlawanan pula jika cuaca panas. 

Tukarkanlah perspektif kita mulai hari ini. Disaat kita terlihat awan mendung yang akan berlakunya hujan sebentar lagi, bergembiralah. Bergembiralah kerana disaat hujan akan turun disitulah saat yang paling baik untuk berdoa. 

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. - Surah Al-Baqarah Ayat 164 

Dari Ummul Mukminin, ‘Aisyah R.A,
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika melihat turunnya hujan, beliau mengucapkan, ‘Allahumma shoyyiban nafi’an.‘.”. HR. Bukhari



Ketika turun hujan adalah waktu yang sangat mustajab untuk berdoa. Hadits Nabi SAW:

“Doa tidak tertolak pada 2 waktu, yaitu ketika azan berkumandang dan ketika hujan turun” HR Al Hakim, 2534, disahihkan Al Albani di Shahih Al Jami’, 3078

Marilah kita tukar perspektif kita terhadap hujan terutamanya kita berada di penghujung tahun di mana selalu berlakunya hujan. Jadikan detik hampir turunkan hujan itu menjadi persediaan kita untuk terus berdoa dan menanggap ia satu nikmat dan rahmat daripada Allah SWT.

Pautan: 

http://www.surah.my/

Written by 
Budak Pensel . November 19, 2016 .
Di Bilik IT

Friday, November 18, 2016

Kalau Kita Jadi Rakyat Muslim Rohingya

Cuma bayangkan, kalau kita menjadi rakyat Muslim Rohingya yang sekarang diancam dan dibunuh oleh puak pelampau-pelampau di Myanmar, dalam situasi kecemasan ini apa perkara yang kita minta daripada saudara Muslim di Malaysia dan di seluruh dunia? 

Berdiam diri, sibuk dengan rancangan realiti TV, sibuk dengan masalah domestik atau bersatu berjuang untuk memberi tindakbalas demi menjaga keselamatan saudara seagama sendiri? 

Tindakan kita adalah rahsia. Jawapan kita adalah rahsia. Jangan tuding jari kepada orang lain, jangan salahkan orang lain, bertindaklah sendiri. Allah sedang melihat kita, menguji kita. 



Photo sumber daripada internet. 

Written by 
Budak Pensel . November 18, 2016 

Wednesday, November 16, 2016

Maudy Ayunda - Untuk Apa.



Lagu ni dah lama cuma baru perasan. Perkara pertama yang membuatkan aku nak 'embed' video ni dalam post blog mungkin sebab video klipnya nampak menjiwai lagu ini.

Dan permainan tone video serta kobinasi hitam putih menjadikan ia lebih menarik. Senang cerita video ini ibarat masakan yang dimasak dengan penuh perasaan, menjadikan ia meninggalkan kesan yang baik jika you all betul-betul perhatikan keseluruhan video ini.

Ini bagi pendapat aku la, bagi korang bagaimana? Okey out.

Written by 
Budak Pensel . November 16, 2016 .
Siapkan kerja sambil layan Youtube

Monday, November 14, 2016

Qausyar & Hanaffi Resepsi



Kamera berhabuk. Selepas dibersihkan beraksi kembali. Kembali dengan semangat baru, jiwa baru, misi dan visi yang sangat baru. Acewah.

Sekalung tahniah kepada Qausyar dan Hanaffi. Semoga anda kekal bahagia, selamanya dunia dan akhirat. Amin.

Photograph & Written by 
Budak Pensel . November 14, 2016 .
Pakai Monitor Petak. Rindu pula 

Thursday, November 10, 2016

Kisah Dua Tahun

Aku rasa tahun 2015 dan tahun 2016 itu macam cepat sahaja berlalu. Tapi tahun 2016 ni aku boleh buat kesimpulan benda yang menarik adalah aku banyak memerhatikan perangai dan ragam orang sama ada di luar dan di dalam alam cyber.  

Untuk target tahun 2017 adalah tahun untuk membelanjakan sebilangan wang yang sangat besar untuk masa depan yang lebih gemilang serta memberi komitmen yang tinggi terhadap kerja harian seiring dengan cabaran masa kini. 

Dan yang paling penting untuk struggle dari segi ilmu yang berkaitan dengan benda yang aku hadap setiap hari. Lain-lain? Belum pasti.

Photograph & Written by 
Budak Pensel . November 10, 2016 .
Di Bilik Server sambil selfie satu dua tiga.  

Monday, August 15, 2016

Brainspark Studio.


Kepada kamu semua yang berada dekat dengan Pekan Benut, Pontian, Simpang Renggam dan berdekatan dengannya, bolehlah kiranya datang untuk jammed di studio ini yang baru dibuka. Lokasi di atas BSN Benut, Johor. Kalau ingin mencari menggunakan waze, cuma masukkan koordinat ini. 
1.649659, 103.259140

Akan aku kemaskinikan lagi info tentang studio ini. 

Photograph & Written by 
Budak Pensel . August 15, 2016 .
Astro dah buka semua siaran weh.

Friday, July 29, 2016

Raya 2016

Raya. Sambutan Raya untuk tahun 2016. Semakin meriah. Banyak juadah. Kali ini secara officialnya aku perlu tangkap gambar sepanjang majlis berlangsung. Lens 50mm 1.2 yang dah lama aku peram akhirnya bekerja dan expose kepada cahaya setelah lama duduk dalam kotak kedap. 


Untuk Raya yang lepas, aku tidak berkesempatan untuk merakam moment-moment sepanjang majlis berlangsung. Jadi untuk yang kali ini biarlah aku anggap ia akan menjadi kenangan untuk aku apabila aku tidak lagi bekerja lagi disini. Ya, aku tahu ketika ini memang aku akan anggap tiada apa yang menjadikan aku minat untuk simpan, tapi akan datang ia akan menjadi sesuatu yang berharga untuk aku pandang semula. 


Raya tahun ini berbanding dengan tahun lepas sangat berbeza. Yang pastinya pada suatu hari nanti aku juga akan tiada disini. Kalau ada jodoh yang panjang, aku harap ada sesuatu yang lebih baik dapat aku lakukan disini dan aku harap, cerita dari bandar ke bandar aku ini akan menjadi inspirasi kepada generasi yang akan datang, bila mereka membaca cerita blog ini sejak dari permulaanya.

Itu kisah yang takkan luput. Kisah bandar ke bandar, dunia sampai akhirat.

Photograph & Written by 
Budak Pensel . July 29, 2016 .
Overtime bilik IT

Thursday, July 28, 2016

Berdikari.



Paling utama untuk menjadikannya seorang yang boleh berdikari dan berilmu. Mengikut pengalaman aku, yang menjadikan manusia itu sukar untuk pergi lebih jauh dan boleh survival dalam masyarakat adalah sifat boleh berdikari dan berilmu. 

Biar susah hari ini, biar senang kamudian hari. Bersenang-senang hari ini dan tidak memikirkan masa depan yang lebih panjang hanya memudaratkan diri. Macam mana aku rasa semasa aku belajar dulu, pengorbanan tetap pengorbanan. Kalau tak buat dulu, buatlah pada waktu sekarang. Kerana semasa kita kuatlah kita mampu berkorban banyak perkara. Jangan sampai suatu ketika kita tak mampu untuk bekerja kuat, akhirnya meminta-minta menjadi amalan untuk meneruskan hidup. 

Berdikari dan Berilmu. Benarlah ilmu itu akan menjaga kita, bukan harta. 

Photograph & Written by 
Budak Pensel . July 28, 2016 .
Johor Bahru. 

Thursday, June 9, 2016

Cerita Bandar ke Bandar

Cerita Bandar ke Bandar. Dunia pelik. Manusia pelik. Santapan pelik. Lokasi pelik. Kehidupan yang serba pelik. 

Apa yang aku belajar tentang seni yang perlu soul dan solo. Cipta mencipta ideologi sedikit baru. Kalau tiada pilihan diluar sana, pelik serta unik adalah jawapan untuk itu. Tak perlu meniru, biar ditiru. 

Cerita Bandar ke Bandar. Mungkin aku akan kembali. Sebab tertinggal sesuatu yang belum aku habiskan. Iaitu penutup cerita. 

Photograph & Written by 
Budak Pensel . June 09, 2016 .
Mood bahagia 1.59 

Tuesday, June 7, 2016

Ramadhan Jangan Pergi

Alhamdulillah. Berjumpa lagi bulan Ramadhan. Setiap tahun Ramadhan membawa kisah berbeza-beza. Ramadhan jual air. Ramadhan kursus kahwin, Ramadhan mengandung, Ramadhan bawak budak kecik ni berjalan-jalan. Begitulah cerita sejak bertahun. Ramadhan memang bulan yang istimewa.

Masa berlalu sungguh pantas. Tahu-tahu sekarang dah pertengahan tahun. Memori mengiringi perjalanan usia. Lagi beberapa bulan tamatlah tahun ini. Tahun depan lebih mencabar. Tahun yang sudah menjadi panduan dan pengalaman serta nasihat untuk mereka yang bakal laluinya nanti.

Ramadhan. Bangun sahur. Waktu ambil berkat untuk hadapi seharian berpuasa. Pertama kali aku bersahur aku masih kecil. Rasa malas nak bangun. Tapi perlu juga untuk bersahur, walaupun sesuap nasi seteguk air. Sekarang aku pula mengejutkan orang lain supaya bersahur.   

Masa berlalu pantas. Ramadhan nan indah. Ramadhan membikin senyuman. Ramadhan sentiasa membisik nostalgia. Setahun penantian, dua belas tahun pemergian Ramadhan. Kisah lailatulqadar yang sukar aku lupakan. Tentang uniknya Ramadhan untuk setiap insan.

Photograph & Written by 
Budak Pensel . June 07, 2016 .
Mood : Nestum 3 in 1. 

Sunday, May 8, 2016

Semalam ke Legoland.

Semalam ke Legoland. Sebelum ni pun pernah pergi Legoland. Pertama kali pergi ke Legoland pada tahun lepas (2015) memang ada perasaan yang mengujakan. Terdapat pelbagai model Lego yang menyerupai bangunan-bangunan yang ada di Malaysia dan Asean. Maksud aku, pertama kali aku tengok bangunan lego dalam saiz yang agak besar !

Semalam ke Legoland. Atas jemputan event Family Day syarikat tempat aku bekerja. Ini merupakan family day yang pertama kali aku pergi sejak kerja dalam syarikat ini. Alhamdulillah. Semua ini rezeki.


Pada kali ini Iman dah lahir. Dah 6 bulan pun. Bila aku dapat pergi tempat ini balik, satu benda yang aku rasa nak sangat buat adalah tangkap gambar umie dengan Iman pada lokasi yang sama. 

Lokasi yang sama, tapi pemandangan telah banyak berubah. Lepas ni kalau ada rezeki anak lagi aku buat photoshoot kat tempat yang sama lagi. Haha.


Photograph & Written by 
Budak Pensel . April 08, 2016 .
Nak pergi AEON membawa boucher AEON.

La Familia




Family photoshoot di sebuah tempat yang asing. Janji ada pokok. Huhu

Photograph & Written by 
Budak Pensel . May 08, 2016 .
Dalam Rumah sambil tunggu drummet siap goreng.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...