kawan yang aku sayang
Masa tu aku tak berkawan dengan sesiapa..Aku pernah bekerja dengan sebuah syarikat arkitek di Jalan Gombak, Kuala Lumpur..Kerana aku tidak mempunyai kawan la aku terpaksa berjalan kaki dari wangsa maju, dan aku menunggu bas Leng Seng no 19 [kalau tak silap la] untuk pergi ke Jalan Genting Klang..Bangun pada pukul 5.30 pagi, dan keluar umah pada pukul 6.15 pagi untuk menunggu bas..korang nak tau kenapa aku bangun awal tunggu bas? wei! KL pagi2 dan busy la..
Kalau aku lambat sikit datang, mula lah bos aku membebel kat opis..bila hujan, terpaksalah aku meredah hujan sehingga lenjun baju aku..Nasib baik tuhan sayang aku, dia turunkan hujan pada lewat petang je..sehinggalah aku mempunyai duit yang cukup untuk mencari kawan.. Kalau korang orang KL la, korang mesti tau Court Mammoth kat Balai Polis Jalan Genting Klang tu..kat depan tu la ade Kedai Jual motor..
Tiap2 petang tunggu bas mensti aku usya jer kedai motor tu dari jauh..dan setelah aku cukup duit, dan aku mempunyai lesen L motor, tanpa berlnggah lagi aku membeli sebijik motor EX5 second hand..aku tak de la banyak duit nak beli motor baru, asalkan dapat jalan sudah..malangnya ku tak merasa untuk g kerja naik motor tersebut sebab aku start belajar kat Kolej Kemahiran Tinggi Mara PJ dalam bidang Multimedia..Tu la kawan aku, motor yang dah banyak berjasa kat aku... haha XD
No comments:
Post a Comment