Saturday, August 16, 2008

Seronoknya jadi kanak kanak

aku time kecik kecik

Korang mesti suka jadi kanak kanak kan. Sebab aper? Sebab bagi aku jadi kanak kanak ni tak payah fikir masalah. yang selalu fikir bila nak sekolah, buku sekolah dah kemas ke belum..Bila ke sekolah, belajar betul2.dan bila Sabtu je, datang sekolah untuk menyertai aktiviti Kokurikulum..

Best kan..Cam time aku dulu... Sekolah dekat Sekolah Kebangsaan Datuk Keramat, (kalau korang nak tau, ket depan LRT PUTRA Datuk Keramat, dekat dengan Pasar Keramat) ha kat situlah..Pagi2 aku berjalan kaki dari Lorong Keramat 2, berdepan dengan Kedai Tapa Baginda 2, sampai sekolah. Dengan suhu pagi kul 7 yang sejuk kat kat KL tu, pergh,,.... teringat kenangan masa kecil aku sebelum aku berpindah ke tanah arwah atuk kat Puchong yang sudah diberikan kepada abah..

Apa yang aku nak nasihat kat korang semua, kita xdapat kembali pada masa lalu, walaupun ia adalah sebuah kenangan yang indah bagi kita..yang hanya kita dapat lakukan sekarang adalah, hargailah setiap detik yang kita akan lalui sekarang. Lakukan lah sesuatu yang amat bermakna untuk masa hadapan tanpa rasa jemu..sekian..Live!

1 comment:

~mistixora~ said...

kamu sangat cumel mase kecik..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...