Tuesday, December 30, 2008

Perkahwinan Ika [ 27 & 28 Dis 08 ]





Kelas aku berakhir pada hari Rabu bersamaan dengan 24 Dis. Pada keesokan harinya aku akan balik ke Puchong untuk pergi ke rumah Ika di Damansara. Aku, Yus dgn Zai balik sekali pada hari tu. Nak ceritanya, aku kene pergi ke rumah Ika untuk mengambil gambar majlis pernikahan dia dengan hari majlis perkahwinan sekali pada hari Ahad..

Terletak di Bandar Sri Damansara, dah la aku tak tahu jalan nak pergi camne..Dengan menaiki Ninja zx150 rr, perjalanan yag jauh tu dapat menjimatkan masa..Aku bertolak pada hari Sabtu selepas Asar dan sampai ke sana dalam pukul 6 petang. Berpandukan Google Maps sebelum aku jalan, dapatlah aku membayangkan kat mane umah dia tu.. Thanks Google.

Pernikahan pada hari Sabtu tu bermula selepas Isya' dan majlis yang berlangsung pada hari Ahad berjalan seperti hari-hari biasa majlis perkahwinan.. Pada hari Ahad aku bertolak dalam kul 10.30 pagi dan sampai ke sana dalam pukul 11.10 pagi.. Kiranya pengantin pun belum bersiap lagi la kan..

Majlis berakhir dalam pukul 3.45 petang dan memandangkan hujan pada petang tersebut. Aku sempat balik pada pukul 6 ptg menyusuri highway LDP yang masa tu tak banyak kereta sangat..
At least, aku dapat menunaikan tugas aku sebagai biasa2nya photographer yang hanya menggunakan Nikon Coolpix jer.. Nak guna Nikon FM2, abah aku nyer..kalau dapat guna Nikon FM2, mesti gambar dia lebih menarik..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...