Sunday, August 29, 2010

Senyum untuk segalanya

Smiley
Aku rasa, aku telah mengambil masa yang lama untuk post kali ini. Mungkin aku ni jenis yang bila ada masalah, aku akan pendam untuk beberapa ketika, untuk mendapatkan sedikit mood bagi menulis post-post yang akan datang.

Untuk menulis adalah sama seperti bercakap. Mungkin kita harus menulis sesuatu perkara yang baik, yang boleh dikongsi bersama. Yang mendatangkan kebaikan, atau berkongsi sesuatu yang membuat kita gembira. Bukankah ia seperti bercakap juga. Mungkin masa banyak menentukan segalanya. Menghayati masa dengan perkara yang kita lalui seharian, adalah perkara yang berkaitan dengan muhasabah diri. Mungkin ia pengisian yang penuh kebaikan.
.
Truth
Kamu mesti pernah dengar kan perkataan memaafkan musuh lebih mudah berbanding memaafkan kawan sendiri. Itu memang hakikat, sebab manusia akan set dalam minda masing-masing memang musuh tu tak pernah melakukan sesuatu yang positif melainkan meminta maaf atas kesilapannya, jadi memang kita mudah untuk menerimanya dan memaafkannya.

Dalam satu aspek yang berlawanan, seperti sukar untuk memaafkan rakan atau orang yang dekat dengan kita yang telah melakukan kesilapan, seperti yang aku katakan tadi, bezanya ia adalah disebaliknya. Seseorang yang sangat kita percaya disebabkan kita tak pernah mahukan mereka melakukan kesilapan, sebab kita memang dah set dalam minda kita mereka yang terbaik.
.
Lonely amoi
Dalam perhubungan, manusia perlu selalu tidak mengharap yang terbaik daripada apa yang ada disekeliling, namun ada masanya kita tidak mampu untuk menerima sedikit kesilapan orang lain. Mungkin itu sebahagian daripada tanda sayang kita terhadap apa yang kita miliki di sekeliling kita. Memaafkan mungkin cara yang terbaik, namun memaafkan dengan rasa hati yang penuh ikhlas adalah satu perkara yang paling sukar, sebab ia merupakan pengorbanan yang terbesar dalam perhubungan.

Manusia itu tidak bersifat sama. Dan kebanyakan sifat sabar dan pemaaf itu adalah perkara yang sangat membezakan antara satu manusia dengan manusia yang lain. Manusia yang terbaik bukankah manusia yang mampu mengawal nafsu amarah?
.
Berbuka Puasa 2010
Namun, jika berfikir melalui wahyu, bukankah apa yang kita lalui ini hanyalah ujian daripada Yang Maha Penyayang. Kalau diuji sekalipun, anggaplah itu hanya sesuatu perkara yang menguji keikhlasan kita dalam menjalani kehidupan seharian kita. Bukankah kita diuji hanya dengan kemampuan kita dapat mengatasinya?

"Mencuba yang terbaik, lebih baik daripada menjadi yang terbaik. Namun sekadar mencuba realitinya seolah-olah melupakan peluang yang tak akan pernah datang untuk kali kedua" - Budak Pensel, Ogos 29, 2010.

Thursday, August 19, 2010

Janji Yang Paling Rahsia

Linked
Hidup yang bersendirian bukan bermakna hidup tiada kawan. Hidup yang tenang, dan menjauhkan daripada bercakap tentang hal dunia setiap hari lebih baik dengan melihat setiap ciptaan alam yang ada di muka bumi ini. Kerana dengan melihat kehijauan ciptaan-Nya lebih mudah kita merapatkan diri kepada hubungan dengan yang Maha Esa.

Semua orang mahukan ketenangan. Bagi aku, itu adalah perkara paling utama dalam diri manusia untuk hidup di muka bumi. Tak kira sama manusia itu seorang pelajar, pekerja, sebagai anak ataupun seorang yang telah berumah tangga.

Sebab itu kebanyakan musician di Barat dalam mencipta lagu hanyalah untuk mencari ketenangan. Ia boleh dijadikan contoh bagaimana mereka dapat membuat muzik yang berkesan disebalik tujuan penciptaannya.

Sunset
Hidup merupakan satu peluang untuk mencari sesuatu yang boleh dibawa pulang ke tempat asal manusia itu sendiri. Perlukah manusia untuk berkira melakukan kebaikan sedangkan hidup itu hanya peluang sekali untuk melakukan pelbagai perkara yang baik.

Maka manusia perlu selalu menghargai sebuah kebaikan yang selalunya kita melihat ia kecil, dan melupakan kesilapan orang lain. Kerana keburukan manusia lain itu hanyalah ujian dari Maha Esa bagaimana kita melihat atas kesilapan kita sendiri.

Manusia perlu sedar bahawa usia bukan penjamin hidup disebaliknya mati adalah sesuatu cerita yang paling realiti bagaimana usia hidup mewarnai permulaan sebuah pengakhiran - Budak Pensel, Ogos 19, 2010

Wednesday, August 18, 2010

Perbezaan kali ni macam air dan cahaya

bokeh
Semalam hujan. Kelmarin pun hujan. Ada satu waktu aku rasa puasa kali ini aku tak berapa lapar dan haus. Aku terlalu ngantuk walaupun aku tak buat kerja apa-apa. Hari-hari ngantuk.

Mengantuk sangat, seolah-olah aku ni raja tidur. Kelmarin check berat badan dah menurun 5kg sejak aku berhenti kerja untuk melanjutkan pelajaran. Aku tak buat apa-apa, tak pergi bersenam pun. Sepatutnya lagi banyak tidur semakin berat badan ada la.

Bercerita pasal ngantuk, teringat masa tahun 2004 di Lumut dulu. Pagi hari tu sangat ngantuk, cahaya siang tu sangat keputihan, semua orang sangat lesu pada hari tu. Tak sangka malam tu memang malam Lailatulqadar, sebab apabila aku terlihat pokok-pokok sujud ke bumi. Aku pernah cerita dalam post aku sebelum ni. Tanda kekuasaan Allah yang Maha Besar.

Mungkin aku dapat lihat benda tu dalam 15 minit, dan apabila aku leka sikit tengok benda lain, semua sudah berubah, pokok tegak seperti sediakala.

"Benda yang kita pernah idam, sebenarnya kita pasti dapat kalau kita tak pernah nak mengharap perkara atau benda yang kita idamkan." - Budak Pensel, Ogos 04, 2010.

Terima kasih kepada seseorang yang selalu ambil perkataan yang baik, walaupun aku hanya menulis bila aku rasa sedih dan gembira.

The VIP Coach

Peace no Speed

Saturday, August 14, 2010

Hidup Berkualiti

Aku balik kampung untuk ambil spec yang teringgal. Sakit mata pandang monitor lama-lama. Kalau ada pesanan, tinggalkan pada Shout Mix ok. Selepas ini mungkin ada cerita baru nak kongsi.

Dengar lagu ni, sebab sedap didengar. Bye :)

Tuesday, August 10, 2010

Budak Pensel dan Monte Carlo

IMG_6671
Ada la seseorang yang selalu tanya aku, kenapa aku tak update, jarang online Facebook dan YM. Masa tu susah nak jawab sebab aku sedang sibuk, bertembung dengan study dan kerja freelance ni. Masa tu pun aku agak celaru, bila Mara delay cek pinjaman perdahuluan untuk melanjutkan pelajaran. So terlalu banyak perkara nak difikir. Biar aku terangkan sedikit apa yang berlaku.

Masa aku pergi Broga Hill Sabtu lepas, aku difahamkan yang design aku sudah dihantar ke Monte Carlo, Monaco untuk diberikan kepada Datin Seri Paduka Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri melalui Pejabat Perdana Menteri di Malaysia. Tu jer yang aku diberitahu melalui call dan email.

Design untuk kad raya sebenarnya, beliau kan Penaung Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan. So buat untuk beliau la, memandangkan aku kena buat spacing dalam inlay kad untuk dia sign atas kad tu, kira dia sign atas design aku la. Ehehe.

Sebenarnya ini yang membuat aku sibuk. Kadang-kadang aku terpaksa on-call sewaktu nak masuk kelas. Benda aku tak kisah sangat pasal design-design ni. Sebab aku fikir apa-apa kerja yang boleh mendatangkan sedikit keuntungan, cukup la dapat mengurangkan sebahagian beban dalam waktu ni. Tapi agak gila jugak la. Sampai 9 kali design balik. Aku ni jenis abstrak, sebab tu design tu agak M.Nasir sikit.

Aku tak tahu pulak design tu nak kene hantar sampai Monaco, mungkin sebab dorang nak present ke ape ker. Tu pun aku diberitahu dorang akan cetak kat sana. Katanya dah tak sempat nak cetak sini, dorang dah kat airport. Tak laku la kedai printing kad raya di Jalan Pasar, KL tu. Keh keh

Design tak leh attach dalam blog, sebab goverment very confidential. Dalam bas masa balik dari Broga pun dapat call, dengar projek baru masuk.

Sunday, August 8, 2010

I Guess There is Japan - Broga Trip

IMG_7221IMG_7309IMG_7413
Second trip yang aku keluar semenjak aku belajar degree. Sebelum ni aku pergi felda Trolak, sewaktu Perdana Menteri merasmikan hari peneroka Felda di Trolak, Perak.

Banyak lagi trip sebenarnya selepas ni. Cuma trip untuk subjek yang aku ambil sekarang ni la. Mungkin banyak ke KL dan PJ.

Friday, August 6, 2010

Gambar, Filem dan Era Digital.

nostalgia 0701 copy
Mac 25, 2009. Gambar aku bersama rakan kelas di Ipoh, Perak.

Bila aku rasa semuanya yang hari ini, adalah semalam untuk hari esok. Kadang-kadang orang bertanya kat aku, "Kenapa kau ni selalu amik gambar? Kau tak ada kerja ker?."

Sebab aku buat macam tu, aku sedar masa ni cepat berlalu. Gambar hari ini sudah menjadi semalam, dan semalam tak akan muncul lagi buat selamanya. Gambar bagi aku, merupakan satu cerita yang akan kita kenang sehingga ke hujung hayat kita.

Pada suatu hari nanti orang yang sama akan cakap pada aku "Wah, best la gambar ni. Teringat masa kita belajar satu kolej dulu, tak sangka kau masih simpan lagi gambar ni." Nilai gambar yang aku atau kamu ambil pada waktu sekarang, tidak bernilai sehinggalah mereka sudah melupakannya saat setahun sudah berlalu.

IMG_1397 2
Sebenarnya, masa aku kecil lagi abah aku selalu ambil gambar aku. Aku pernah bertanya kat abah aku, "Kenapa suka amik gambar orang?", dan lantas abah aku akan jawab "Gambar kau kecil-kecil suatu hari nanti takkan ada lagi dah, sebab tu abah ambil gambar kau sekarang." Abah banyak mengajar aku tentang apa itu nilai sebuah kenangan bila kita semakin dewasa. Dan gambar kamera di atas merupakan kamera yang abah aku beli pada tahun 1992, dimana abah banyak mengajar aku tentang kamera filem, cara mengendalikan kamera yang sepenuhnya manual.

Abah seorang freelance photographer, selalu buat fotografi kahwin. Sejak tahun 1992, dah banyak abah buat kerja freelance ni. Sampai satu kampung tu, asalkan ada orang nak kahwin, mesti abah yang akan buat. Abah berhenti buat kerja kahwin, bila era kamera compact mula diperkenalkan. Orang kata pakai digital senang, tekan-tekan je. Kalau salah boleh padam.

Dulu, abah kira roll. Satu roll filem 36 frame, cas seratus. Biasanya pakai empat roll filem kalau satu majlis. Pernah gambar akad nikah satu roll rosak disebabkan filem tu dah damage sejak dikeluarkan dari kilang lagi. Tapi kalau kesilapan sendiri jarang berlaku, sebab kalau handling ok, tiada masalah.

Orang kampung panggil cameraman, tapi abah aku cakap cameraman pakai video. Kalau ambil gambar macam ni panggil photographer, tu lagi betul. Tapi orang kampung, tak pe la. Asalkan mereka faham sudah la. Nak sebut photographer dorang tak ada gigi. Betul jugak kan.

So, kamu macam mana? Bagi aku zaman sekarang ni tak kisah dah pakai kamera apa pun. Rakamlah kenangan hari ini, sebab hari ini adalah semalam untuk hari esok.

p/s : aku lebih suka pakai kamera compact, sebab senang bawak mana-mana.

Wednesday, August 4, 2010

The Aniv of Mine

IMG_7025
IMG_7036
Benda yang kita pernah idam, sebenarnya kita pasti dapat kalau kita tak pernah nak mengharap perkara atau benda yang kita idamkan. Dan selalunya benda yang kita harapkan, selalu tak menjadi kekal lama. Menjalani hidup dalam suasana manusia biasa lebih baik. Sebab dapat bergaul dengan alam, sebuah ciptaan penghias kehidupan manusia.

Tak suka menterjemah, sebab ia menjadikan sudut pandangan manusia menjadi sangat tipis. Tak suka untuk berfikir untuk orang lain, tetapi suka membuat manusia lain mampu berfikir dengan hanya melalui perkataan ringkas. Lebih baik dan menjimatkan masa.

Kadang-kadang naluri membataskan manusia untuk mengecap impian. Dan lebih baik manusia itu sendiri lebih melihat dirinya, berbanding mencari diri sendiri dalam diri orang lain. Dunia ini sebenarnya luas, tak pernah kecil. Hanya takdir yang selalunya membuat kita berkata "Dunia ini kecil sebenarnya."

Sebenarnya Yang Maha Esa itu yang mempertemukan seseorang yang kita tak pernah kita jangka, bukan kerana luas atau kecil ciptaan-Nya.

IMG_7115
Manusia sebenarnya sangat memerlukan takdir, sebab takdir sebahagian daripada punca perasaan. Namun, berserah pada takdir adalah kesilapan yang tidak memberi erti kepada manusia untuk terus hidup.

Tuesday, August 3, 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...