Mereka adalah kawan aku yang aku kenal melalui blog. Empunya blog sweetstoberi.blogspot.com dan Khairul Afandi yang merupakan rakan senior kolej aku ( Saifullani Mustaza ), masing-masing mempunyai hubungan sebagai rakan antara satu sama lain.
Aku menceritakan berkawan dengan penulis blog yang lain atas penulisan blognya, mengenali rakan kepada penulis blog yang juga rakan kepada pelajar senior kolej aku, yang juga seseorang yang baik dan ahli Majlis Perwakilan Pelajar semasa aku menjalani program Minggu Siratulrahim semasa intake Diploma tahun 2006 yang lepas. Agak complicated kan.
Sebenarnya ia sesuatu yang bukan disengajakan. Ia mungkin adalah cerita hidup manusia tentang apa yang kita lakukan sekarang adalah ketentuan yang Maha Esa.
"Kadang-kadang, kita tak mampu memiliki apa yang kita mahu, namun kita mampu untuk memiliki perkara yang lebih baik dengan keikhlasan." - Budak Pensel, Oktober 14, 2010.