Sunday, August 31, 2008

Java Crakers !?

Salam...kali ini aku nak review tentang kawan aku yang aku kenali ketika aku menuntut di IKM Lumut dulu..

Aku kenali dia seorang yang tidak menonjol pada mulanya. Dia same kelas dengan aku.. Seorang yang advance dalam bidang internet dan networking.. Sebagai clue, dia bukan budak IT..

Nak pendek kan cerita, dia ni seorang yang pandai cracking dalam apa jua Bahasa Programming yang penting.. Mempunyai minat yang mendalam tentang dunia programming walaupun dia tidak pernah belajar apa2 subjek programming..Mengikut sumber yang boleh dipercayai, dia mula bermain internet pada awal sekolah rendah..sekali lagi aku cakap, awal sekolah rendah..darjah satu.

Aku tak pernah jumpa lagi orang yang pandai dalam Programming tanpa dia belajar secara formal dalam bidang aturcaraan komputer, terutamanya yang melibatkan sistem jaringan komputer dan internet..

Aku taknak carita lanjut tentang kebolehannya, biar aku sendiri saja yang tahu.. tapi tulus iklas, belum ada orang yang aku jumpa dalam bidang craking networking dalam apa jua bahasa programming...

Belum aku jumpa selain dia lagi..

Jangan jeles..

crackers ?!

Tuesday, August 26, 2008

Multimedia Di KKTM PJ

kenangan MMT KKTM PJ JUL 2006
faizal Zulfadli Sais Fandy aku
Mera Tini Pn Saadiah Sya Iza

Aku belajar di KKTM PJ setelah aku habis di IKM pada pertengahan 2006.. memandangkan aku masih muda, time tu umur aku ialah 21 tahun... aku diinformkan oleh Faizal dan Sais yang mereka dapat tawaran melanjutkan pengajian jangka pendek dalam bidang Multimedia di KKTM PJ, kolej yang dinaiktarafkan daripada IKM PJ..

Aku tak melepaskan peluang lalu mendapatkan bantuan daripada IKM Lumut untuk kemasukan ke dalam kolej ni.. Borang perlu aku dapatkan dari Bangunan Mara Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur..

Kat sana dapatlah sedikit pengalaman tentang pelajaran yang dah lama aku tinggalkan, maksud aku berkenaan dengan komputer la.. Aku sempat belajar Photoshop, Illustrator, Microsoft FrontPage untuk membuat website, dan macam macam lagi la..

Kat sana lah aku kenali kawan2 baru yang datang dari IKM lain iaitu, Mera, Tini, Iza, Fandy dan Sya.. Yang lelain adalah Faizal, Sais dan Zul Cadok, member TSB dulu..

Kursus yang sangat pendek jangkanya ini lah aku banyak gunakan untuk mengetahui sesuatu yang aku tak focus sangat sebelum nie.. walaupun aku tak lah pandai sangat cam sesetengah orang yang tau segala - galanya tentang komputer amnya, at least aku banyak benda yang aku leh wat selain daripada bidang yang berkonsepkan komputer semata mata..Contohnya automotif, pendawaian elekrik, elektronik, fine art, manual photography , lukisan pelan banggunan dan macam2 benda yang aku rasa korang pun tak kenal lagi tentang aku.. aku pun tak nak bagi tau..haha

Sunday, August 17, 2008

Nostalgia IKM Jul 04 - Dis 05

di depan rumah sewa kami fasa 2F seri manjung, bersama sais

atas dari kiri
hai aku rahmad arwah (pali)
bawah dari kiri
harun alib boy remy
sewaktu presentation klas, yang tgh tiup tu, pali (arwah) 

Teringat pula nostalgia aku semasa aku sampai ke IKM Lumut ni.. Aku igt ia sebuah tempat yang indah pada mulanya. namun selepas abah aku pulang ke KL, tinggallah aku bersama-sama barang yang aku bawa. Seminggu orientasi pun sudah menyakitkan hati aku kerana undang-undang yang sangat ketat di IKM. Bayangkanlah kalau nak makan pun terpaksa pakai sampin, kononnya nak membezakan antara junior dengan senior.. Rokoll jangan cakaplah, mesti ada pelatih yang kena denda nyer.. 

Tapi aku bersabar kerana aku tahu, ini adalah pilihan yang paling tepat dalam hidup aku bagi menentukan masa depan aku walaupun aku masih samar dalam melihatnya.. Mengambil jurusan Architecture, sepenuh masa aku disana aku korbankan demi mencipta diri aku yang sebenar. 

Tanpa penat lelah aku belajar, siang malam aku bercekang mata demi menghabiskan subjek dalam 1 tahun setengah je..Bayangkanlah..5 waktu solat tak leh miss..Try la miss kat IKM, kalau korang nak kene pelempang warden try la..Tapi, aku sure kalau anak manja, takkan tahan hidup kat IKM. yela, dengan undang2 yang ketat, g surau pun pakai sampin, bersongkok dan berkad matrik lagi..g makan pun sama..adoi.. 

Kepala, hari first dah sume botak, berkolar jangan tinggal.. Dengan BPP (badan perwakilan pelajar) yang kerek, padahal aku pun lepasan mara gak.. (GiatMARA hehe)..tapi kenangan tetap aku kenang jua..Sampai aku mengenali ramai kawan..Boy, Sais, Rahmad, Alib, Cadok, Harun, Paizal, Hai dan ramai lagi la...Dan Pali, kawan yang banyak membantu aku dalam diam. Seorang yang sangat menemani kawan2nya tak kira wakti dan ketika.Walapun dia tak la sebijak yang lain2, tatapi hatinya sangat baik dalam membantu kawan2nya ketika dalam kesusahan. Telah pergi ke Rahmatullah pada April 2007..sama2 kita mendoakan kesejahteraan nya. Hanya Allah yang dapat membalas jasamu Pali 

..Al-Fatihah





Selamat Tinggal Esempi



Kenangan SMK Puchong Bt. 14 [2002]

Dari Kiri Atas
amir aku cikgu nisha zul romli alam
Dari Kiri Bawah
ferozam al-fala shahrul fadhil

Terkenang pula zaman persekolahan aku di Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Bt. 14..

Aku seorang yang amat exited bila berada di sekolah, bersama rakan2, makan kat kantin pun bersama sama dengan member...dan paling best g sekolah dan balik sekolah aku menaiki bas sekolah..

Dari awal pagi aku dah tunggu bas dekat depan rumah aku, menunggu abg (bas tok sulong) datang dan aku antara student yang dapat tempat duduk kosong dalam bas. Kebiasaan nya aku tertidur dalam bas sehingga lah bas sampai kat depan sekolah..

Aku yang suka membuat bising dalam kelas dan seorang yang happy go lucky... selalu berjumpa dengan Shahrul dan Zizi, 2 orang yang amat rapat dengan aku.. kat kelas, Shahrul, dan kat luar kelas Zizi memandangkan Zizi tidak sekelas dengan aku..

Antara Zizi dan Shahrul mempunyai karekter yang berlainan. Shahrul seorang yang nampak matang, tapi Zizi seorang yang suka tergelak walupun benda tu tak la klakar sangat.. Apela...Tapi mereka saling meminati satu benda yang sama, bermain alat Muzik.. Jadi tak hairan la mereka selalu g jamming kat studio yang berhampiran dengan kawasan di Puchong..

Aku ? aku tak minat sangat la nak berjamming sebab aku lebih suka menghabiskan duit berjalan jalan dengan Zizi.. kat mana? kat KL la...hehe

Romli, Haslam, Amir, Saiful, Ferozam, Al-Fala, Zul, Ayin dan ramai lagi yang telah mencorakkan cara hidup aku..Tak tertulis dan tertaip aku nak sebut semuanya sekali..Namun yang aku masih terigt detik2 kami bersama cikgu kami yang sporting, Cikgu Kamarunissya.. Erm..

Saturday, August 16, 2008

Seronoknya jadi kanak kanak

aku time kecik kecik

Korang mesti suka jadi kanak kanak kan. Sebab aper? Sebab bagi aku jadi kanak kanak ni tak payah fikir masalah. yang selalu fikir bila nak sekolah, buku sekolah dah kemas ke belum..Bila ke sekolah, belajar betul2.dan bila Sabtu je, datang sekolah untuk menyertai aktiviti Kokurikulum..

Best kan..Cam time aku dulu... Sekolah dekat Sekolah Kebangsaan Datuk Keramat, (kalau korang nak tau, ket depan LRT PUTRA Datuk Keramat, dekat dengan Pasar Keramat) ha kat situlah..Pagi2 aku berjalan kaki dari Lorong Keramat 2, berdepan dengan Kedai Tapa Baginda 2, sampai sekolah. Dengan suhu pagi kul 7 yang sejuk kat kat KL tu, pergh,,.... teringat kenangan masa kecil aku sebelum aku berpindah ke tanah arwah atuk kat Puchong yang sudah diberikan kepada abah..

Apa yang aku nak nasihat kat korang semua, kita xdapat kembali pada masa lalu, walaupun ia adalah sebuah kenangan yang indah bagi kita..yang hanya kita dapat lakukan sekarang adalah, hargailah setiap detik yang kita akan lalui sekarang. Lakukan lah sesuatu yang amat bermakna untuk masa hadapan tanpa rasa jemu..sekian..Live!

Best nyer kalau masih budak lagi..


kenangan ikm aku dulu (2005)
dari atas kanan
rahmad | pali (arwah) | boy (shahril) | aku | lecturer aku | hai(shahrul)

Seronok kalau masih jadi budak lagi..sekurang kurang nye jadi budak sekolah menengah..sebab kita tak payah nak fikirkan sangat masalah yang kita hadapi..selepas tu bila masuk ke alam IPT, barulah mula merasai tekanan yang dihadapi terutamanya bila kita berjauhan dengan ibu bapa..sebenarnya, alam IPT belum melambangkan kita telah berada di dunia luar yang sebenar-benarnya..sebab, kita masih bergantung harap pada belaian ibu-bapa [ Duit la, ape lagi] dan elaun Mara yang sentiasa akan shot walaupun telah membuat belanjawan atau belanja kawan dengan seadilnya.

Dunia luar tu, dirasai dengan sedalam-dalamnya adalah apabila kita berada di dunia pekerjaan..di situ, xde gang, xde gelak ketawa, xde nak gurau2 cam budak kecik kat kolej. Yang kita kene igt, keje mesti submit ontime... Kalau lewat? Lu jgn tye gua la, sebab lu akan rase sendiri..kene lak lu jaga konsultan yang mementingkan kesempurnaan tapi bagi masa nak siapkan macam nak rak, tak sempat makan pun biasa dah terjadi..

Baru time tu rasa camne nikmat tido selama ni.. Dulu time belajar kita gelak2, tak pernah nak serius.. Jumpa lecturer kalau tak buat lawak tak jadi hero.. Lecturer tu, bukan la bodo sangat..dia dulu pun camtu dak perangai..tapi dia sedar, ape yang pernah dia wat dulu, dapat kat dia balik.. bukan bermakna aku nak korang jangan x respek lecturer, tapi dah dalam Loh Mahfuz pun dah tercalit camtu, apa yang kita buat kita akan dapat balik..

Jadi fikir kan lah...kenapa zaman remaja kadang2 best untuk kita ingat..

Friday, August 15, 2008

Dua bulan terakhir

bermain dengan filem

Sebenarnya sudah masuk bulan Ogos sekarang nie dan bulan depan akan aku sambut bulan Ramadhan yang akan kunjung tiba... dengan assignment yang melambak nye, dan hari ni [15 ogos] adalah permulaan hari untuk semua student kolej bercuti..alahai bosan..minggu depan hari ahad baru la dorang kembali..aku tak balik sebab nak saving sikit money memandangkan krisis petrol yang melanda negara kitorang nie, membuatkanaku sentiasa berjimat cermat. Asalkan aku tau aper kelebihan yang aku leh wat kat Ipoh nie..

Kawan yang sangat aku sayang..


kawan yang aku sayang

Masa tu aku tak berkawan dengan sesiapa..Aku pernah bekerja dengan sebuah syarikat arkitek di Jalan Gombak, Kuala Lumpur..Kerana aku tidak mempunyai kawan la aku terpaksa berjalan kaki dari wangsa maju, dan aku menunggu bas Leng Seng no 19 [kalau tak silap la] untuk pergi ke Jalan Genting Klang..Bangun pada pukul 5.30 pagi, dan keluar umah pada pukul 6.15 pagi untuk menunggu bas..korang nak tau kenapa aku bangun awal tunggu bas? wei! KL pagi2 dan busy la..

Kalau aku lambat sikit datang, mula lah bos aku membebel kat opis..bila hujan, terpaksalah aku meredah hujan sehingga lenjun baju aku..Nasib baik tuhan sayang aku, dia turunkan hujan pada lewat petang je..sehinggalah aku mempunyai duit yang cukup untuk mencari kawan.. Kalau korang orang KL la, korang mesti tau Court Mammoth kat Balai Polis Jalan Genting Klang tu..kat depan tu la ade Kedai Jual motor..

Tiap2 petang tunggu bas mensti aku usya jer kedai motor tu dari jauh..dan setelah aku cukup duit, dan aku mempunyai lesen L motor, tanpa berlnggah lagi aku membeli sebijik motor EX5 second hand..aku tak de la banyak duit nak beli motor baru, asalkan dapat jalan sudah..malangnya ku tak merasa untuk g kerja naik motor tersebut sebab aku start belajar kat Kolej Kemahiran Tinggi Mara PJ dalam bidang Multimedia..Tu la kawan aku, motor yang dah banyak berjasa kat aku... haha XD
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...