Friday, January 23, 2009

Antiseptik

Diamku kerana antiseptik
angin berbicara ketulusan jiwa
terhalang oleh pedihnya antiseptik
antiseptik yang membuku kata-kata
seorang manusia mangsa
rakusnya antiseptik.

Pedih
umpana ubat perwatakan pedih
pedih menghalusi tiap tiap sel
pedih meracuni setiap darahku
membikin aku marah dalam kebencian
kebencian setiap racun
sel dan nafasku

Racuni jiwaku
dikala antiseptik yang membelakang
prinsip sosialisme harian
jerkah dalam sesuatu fenomena
idealogi dan fantasi
dalam sejauh usia yang jengkal
meracuni iris mataku
dikala antiseptik belum melihat
sesuatu realiti dan
mimpi

Musim Hero Dan Heroin

Menjelang tahun baru cina ni, ramai la orang Cina yang akan balik Ipoh, memandangkan ramai kaum Cina yang bekerja di KL rata-rata berasal daripada Ipoh, Perak dan Penang.. So ape yang korang akan fikir bila menjelang musim perayaan?

(Kemalangan Jalan Raya)

Aku tak kiralah ape bangsa sekalipun, aku masih tak berapa faham kenapa bila musim perayaan mesti berlakunya kemalangan di sana sini. Mungkin disebabkan perangai pemandu dan penungang kenderaan di Malaysia lebih suka tunjuk hero dan heroin (skill tekan pedal sampi ke lantai, cucuk belakang kereta lain, potong Q) di atas jalan bila menjelangnya musim perayaan..

Ye kot..

Yang naik kenderaan awam pun belum tentu selamat jugak memandangkan kebanyakan bas-bas ekspress pun seringkali kita melihat hasil kecuaian mereka di atas jalan. Bukan ke selalu kita dilaungkan (dilaungkan?) dengan perkataan-perkataan yang mengatakan menggunakan kenderaan awam lebih selamat daripada menggunakan kenderaan sendiri.

Ape guna kenderaan sendiri?

Mungkin dengan naik kenderaan awam kita tak perlu claim insuran bila berlaku kemalangan kot. Kalau naik bas, pemandu bas yang kene bertanggungjawab semua cepu emas (cepuk emas) yang diajukan oleh pegawai polis bila belaku ape-ape musibah..

Mungkin la..



Tuesday, January 20, 2009

Palestin, Zionis dan Kita ?


Apakah sumbangan kita terhadap saudara-saudara kita yang berjuang mati-matian terhadap kekejaman regim Yahudi di Gaza.. Kita melihat betapa sengsaranya umat Islam di sana di kaca televisyen dan setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan bertahun-tahun lamanya kita sudah menyedari bahawa Umat Islam Palestin tidak pernah mengaku kalah terhadap serangan Israel.

Dari zaman Yasser Arafat lagi kita melihat bahawa mereka mempertahankan tanah mereka daripada pencerobohan Zionis ini. Sehinggalah mereka dapat menawan hampir keseluruhan tanah Palestin dan tinggallah Umat Palestin di kelompok yang paling kecil, dan ini akan satu lagi episod hitam yang akan bermula iaitu : PEMBUNUHAN ETNIK BERAMAI-RAMAI OLEH ZIONIS.

**********************

Dari kisah tersebut, benarkah kata orang sekiranya kita menggunaan kuasa kita untuk memboikot barangan mereka, kita masih tidak mampu untuk mengalahkan mereka? Yakin lah saudara-saudaraku, ini adalah ujian dari Allah kepada kita untuk melihat sejauh manakah keyakinan kita kepada Allah. Gunakan lah kuasa yang telah Allah kurniakan kepada kita, hanya Allah sahaja yang mampu mengalahkan mereka.

Aku malu dengan saudara2 ku yang mengatakan sekiranya kita boikot sekalipun, kita tak mampu untuk menyelamatkan Umat Islam di Palestin. Sebenarnya kita lupa, Rasulullah S.A.W tidak pernah berperang dengan kuasa majoriti tentera dalam peperangan. Anda lupakah itu semua? Kemenangan berpihak kepada Rasulullah SAW.

Kita takkan kekal di dunia ini. Dunia bukan tempat kita. Namun, yakinlah saudara-saudaraku.. Ini ujian Allah terhadap kita. Gunakan anugerah yang Allah berikan kepada kita untuk selamatkan mereka di sana. Hanya Allah sahaja dapat membantu kita. Ini semua adalah syarat Allah kepada umat Islam di Malaysia. Hanya Allah Maha Mengetahui.

Kedai Makan Aliffullah


Tadi aku balik dari kolej sempat singgah makan jap dekat Kedai Makan Aliffullah, tempat biasa yang aku makan sewaktu ketika dulu (masa tgh jadi junior la). Memandangkan aku dah lama tak pergi makan disana, nak la order menu yang kirenya terbaikla kat kedai tersebut. Sampai kat sana, datang la seorang mamat (yang tak bape hensem amik oder)

Mamat : bang, minum bang?

Aku : bagi teh ais, dengan teh O ais..

Mamat : (menulis)

Aku : eh eh eh, tukar la bang, bagi nescafe ais (memain lak aku nie)

Mamat : (dengan wat muka selamber bodo, dia menulis). Makan bang?

Cey cey cey, time ni la aku nak order menu yang paling best kat kedai dia, ape yang dikatakan semua budak kolej aku la, Nasi Goreng USA (United States of America).

Mamat : Erm Nasi Goreng USA (United States of America) takde la bang, sori arr..

Aku : (tergamam cam orang bodo lak, petang2 baru bukak kedai dah takde menu ni ker?)

Mamat : Nasi Goreng Palestine adela.

Aku : (aku fikir dia ni cari gaduh dengan aku nie, memain lak dia..you drop my water face la.)

Mamat : (Mamat menyambung dialog dia lagi) Bukan la, kitorang tukar Nasi Goreng USA (United States of America) tu kepada Nasi Goreng Palestine la bang, kitorang boikot la..takkan tak tau kot isu semasa..(sambil tersengih kat aku, heee)


Aku : La ye ke, igt ape tadi (dalam hati aku nasib baik aku tak pelangkung leher dia yang panjang tadi)


Selepas dia nak blah amik oder tadi aku cakap kat dia, "Letak bom sekali tau bang,hehehe" (kononnya aku membalas serangan dia tadi la.. Dia leh balas kat aku "Nanti saya letak darah perang sekali".. Sempat dia off aku balik..Cit!

Saturday, January 17, 2009

Dosa Dalam Kehidupan

Dalam sebuah riwayat menyebut bahawa Rasulullah s.a.w menyatakan siapa yg memulakan suatu kejahatan, kemudian tersebar dan menjadi ikutan ramai, maka dia akan menanggung dosa tersebut berterusan seramai mana yang mengikut dan melakukan perbuatan tersebut. Kalau sifulan sudah mati pun, dosa itu tidak akan putus2 selagi ada org yang melakukan perbuatan yg dimulakan oleh sifulan itu.

Thursday, January 15, 2009

5min.com

Post kali ini aku nak kongsi sikit dengan korang yang mungkin jenis suka mencari video2 yang mengandungi pelbagai informasi di internet. Seperti yang korang pernah melayari Youtube, 5min juga adalah satu website yang mengandungi pelbagai video yang menarik untuk di"stream".

Kelebihan 5min.com ni, dorang hanya membenarkan upload video yang mengandungi informasi yang berguna sahaja berbanding Youtube yang terlalu benyak video yang merapek sekarang nie. Aku melayari Youtube pada awal tahun 2006, dan pada masa tu masih tak ramai yang tahu tentang Youtube tu sendiri (disebabkan aku masa tu tengah cari lagu Indon).

Berbanding dengan 5min, ia amat berguna untuk korang yang suka membuat skill atau trick2 yang berkaitang dengan street magik, masakan, muzik dan lain2.. Dan kebanyakan video yang di'upload' bukan tidak melebihi daripada 5 minit, ianya sekadar nama sahaja. Dan 5min ni masih dalam awal pembinaannya lagi dan masih berat berbanding dengan Youtube (aku jumpa 5min ni pun dalam awal tahun 2008).

Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk mencari2 video yang berkaitan dengan ilmu, korang leh cari dalam website ni. Untuk yang masih belajar di IPT, video ni sangat berguna untuk korang dalam membuat tugasan kelas dan melihat video2 yang menarik untuk menambah ilmu pengetahuan.

Friday, January 9, 2009

Formatting PC

bilik aku

Penghujung tahun 08 yang lepas, bilik aku tiba2 dimasuki komputer yang banyak sangat sampai aku pun tak ble baring kat lantai seperti biasa..alahai, bebudak hantar komputer untuk di format la..

Ni sume gara2 aku main YM then aku post kat situ yang ade offer free format laptop or pc.. Apelagi, bebudak yang slalu YM aku sume hanter laptop dorang kat aku.. ade gak yang anta pc siap dengan LCD Monitor yang dia baru beli..

Then adelah seorang akak TNB tu tau yang aku wat keje2 camni, dia pun bagila tau kawan dia selaku pekerja dalam company TNB tu..dia bagi laptop dia kat aku, first dia nak masukkan XP dalam tu, ade gak aku try, tapi xleh sebab laptop tu build for vista, so pakai Nlite la pulak kan.. Guna Nlite ni yang aku malas nak wat. Aku ade gak guna Nlite yang aku create untuk laptop wani hari tu, tapi xleh detect gak la. Then paling senang pinjam Vista sya untuk test bios dia.. Vista xde masalah untuk install, cuma serial jer la.

Last sekali seme sttel dan akhirnya aku x dapat jawab quiz IDB sebab xde masa nak baca nota disebabkan asyik format pc orang lain. Then selepas tu aku mula la cas sedikit wit, supaya aku pun same2 dapat untung .Sekurang-kurangnya ia dapat membuatkan aku rase kerja2 aku dihargai.. Betulkan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...