Tadi aku balik dari kolej sempat singgah makan jap dekat Kedai Makan Aliffullah, tempat biasa yang aku makan sewaktu ketika dulu (masa tgh jadi junior la). Memandangkan aku dah lama tak pergi makan disana, nak la order menu yang kirenya terbaikla kat kedai tersebut. Sampai kat sana, datang la seorang mamat (yang tak bape hensem amik oder)
Mamat : bang, minum bang?
Aku : bagi teh ais, dengan teh O ais..
Mamat : (menulis)
Aku : eh eh eh, tukar la bang, bagi nescafe ais (memain lak aku nie)
Mamat : (dengan wat muka selamber bodo, dia menulis). Makan bang?
Cey cey cey, time ni la aku nak order menu yang paling best kat kedai dia, ape yang dikatakan semua budak kolej aku la, Nasi Goreng USA (United States of America).
Mamat : Erm Nasi Goreng USA (United States of America) takde la bang, sori arr..
Aku : (tergamam cam orang bodo lak, petang2 baru bukak kedai dah takde menu ni ker?)
Mamat : Nasi Goreng Palestine adela.
Aku : (aku fikir dia ni cari gaduh dengan aku nie, memain lak dia..you drop my water face la.)
Mamat : (Mamat menyambung dialog dia lagi) Bukan la, kitorang tukar Nasi Goreng USA (United States of America) tu kepada Nasi Goreng Palestine la bang, kitorang boikot la..takkan tak tau kot isu semasa..(sambil tersengih kat aku, heee)
Aku : La ye ke, igt ape tadi (dalam hati aku nasib baik aku tak pelangkung leher dia yang panjang tadi)
Selepas dia nak blah amik oder tadi aku cakap kat dia, "Letak bom sekali tau bang,hehehe" (kononnya aku membalas serangan dia tadi la.. Dia leh balas kat aku "Nanti saya letak darah perang sekali".. Sempat dia off aku balik..Cit!
No comments:
Post a Comment