Thursday, July 9, 2009

Cinta dari Syurga

Muhasabah diri, penentang segala penyakit dalam diri. Dalam diri ada pelbagai penyakit. Antara penyakit itulah dinamakan penyakit batiniah. Penyakit batiniah yang mengundang kepada penyakit zahiriah.

Bersifat positif dan mengeluarkan perkataan yang baik merawat penyakit dalam diri. Dalam hidup, manusia tidak bersifat sama. Setiap manusia mempunyai paksi diri yang berbeza dan dasar pemikiran manusia yang mempunyai jurang yang berlainan.

Bersikap positiflah bila kita berhadapan dengan makhluk Allah setiap persekitaran kita. Sesungguhnya manusia yang baik itu, sentiasa berkata perkataan yang baik, dan memikirkan sesuatu yang baik. Dengan itu, manusia akan sedar akan setiap kesilapan sendiri dan menutup mulut untuk membicarakan kesilapan orang lain.

Maka, itulah salah satu pintu lorong yang akan menuju ke arah muhasabah diri. Semoga jalan itu terus disuluh dengan cahaya dan keterbukaan hati yang penuh luka dan hitam.

Hanya Allah Maha Mengetahui.

5 comments:

nana~ said...

menyentuh hati entry kali ini. semoga segala dugaan yang saya tempuh ada hikmah disebaliknya dan ia mematangkan saya

cik helena said...

dalam hidup manusia tidak bersifat sama..saya suke ayatni..

gud entry..buat saya terfikir2..

epullani said...

terharuu...

tp pasal x bersifat same tuh la kandang2 slaluu menyaketkan hati.. huuuuuuuuu

Budak Pensel Yazid said...

to cik nana : semoga anda tahu, anda tidak dapat mengubah pendirian seseorang, namun anda tahu bagaimana persekitaran anda memahami anda. Masa menentukan anda.

to helena : saya faham situasi anda menerusi post anda. Anda berhak mendapatkan diri anda. Masa depan anda, anda yang corakkan. :O

to epullani : dunia ini warna warni, kerana manusia tak bersifat sama. Anda juga warna warni kadang kala. :)

Anonymous said...

ya betul...saya sokong sesgt entry ni sebab setiap masa kita berdepan dgnnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...