Wednesday, March 16, 2011

Sesungguhnya

_MG_6706
Picture 728
Dalam kehidupan manusia seharian, tiada yang lebih baik daripada segala-galanya melainkan manusia itu sentiasa mengingati Allah sepanjang masa.

Dikala manusia itu berada dalam keadaan susah dan senang, tiada yang lebih baik daripada manusia itu sendiri mengucapkan rasa syukur kepada Illahi. Dan tiada yang lebih baik daripada mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu kita sebagai tanda syukur kepada Dia yang memberikan sedikit kesenangan kepada kita.

Kesusahan sering melanda manusia, dan tiada yang lebih baik daripada kehidupan yang lebih berpanjangan, seperti kehidupan di akhirat kelak. 

Antara kebahagiaan di dunia itu, melainkan manusia itu sentiasa bersikap setiap apa yang berlaku itu ada kebaikan yang Allah simpan untuk masa yang lebih baik. Bersedekah satu amalan mulia, dibawa hingga ke alam barzakh. Sesungguhnya sedekah itu sangatlah mudah, dengan hanya senyum untuk sesiapa yang memandang kita.

Dan sesungguhnya manusia yang bijak, dan tiada yang lebih bijak daripadanya melainkan manusia yang sering mengingati mati. Kerana apa yang kita cari di dunia, sudah pasti untuk bekalan di akhirat nanti.

Walau apa pun yang kita lakukan, sampaikan hanya sepotong ayat, demi kita mengingati sesama manusia kerana itu sesuatu yang paling mudah kita lakukan sepanjang hidup kita di dunia. Dan mendoakan kepada saudara-saudara kita doa-doa kebaikan walaupun mereka telah lama meninggalkan kita. Kerana suatu hari nanti kita juga akan meninggalkan orang yang kita sayangi buat selamanya.

Picture 773

"Manusia perlu meyakini bahawa kehidupan yang sederhana dan bahagia itu terletak kepada mereka yang hidup zuhud di dunia." - Budak Pensel, Mac 03, 2011.

2 comments:

Firol said...

Meletak dunia adalah hina...kerana akhirat adalah segalanya

Budak Pensel Yazid said...

firol : ya benar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...