Capture the moment. Bring your camera, even just with phone. Jangan tunggu nak bawak DSLR baru nak tangkap gambar. Nanti kalau takut-takut dan malu-malu, melepas macam tu je benda yang sepatutnya boleh dirakam. Gambar mempunyai nilai, bukan pada kualiti namun pada cerita dalam gambar tersebut, berapa lama detik itu telah berlalu. Ayat penuh artistik, kalau tak faham buat-buat faham sajalah.
Ini adalah gambar yang aku ambil rumah terbuka sempena Hari Raya Puan Nasrah (my lecturer) pada tahun 2010. Sebab aku rasa pada masa sekarang ni terlalu banyak masa yang boleh aku lakukan untuk kongsikan gambar itu dengan orang yang selalu buka blog ini. Orang itu selalu buka, cuma aku tak tau dia siapa.
Teringat minggu lepas kami sedang shoot wedding client Jangguttouch, client tu sendiri cakap kat aku "Budak Pensel dah lama tak update blog kan". Padahal aku baru first time jumpa dia. Akhirnya bila aku tanya macam mana dia tau semua ini, rupa-rupanya dia pernah google tentang 'Ipoh' dan masa tu dia jumpa blog ini. Baru aku perasan selama ni aku banyak post pasal Ipoh. Hebat tak kuasa blog? Rasa seperti Superhero bukan. Lalala.
Sampai sekarang aku masih mencari baju yang aku pakai macam dalam gambar ni. Aku suka sebab nampak simple, namun cepat kecut tiap kali basuhan. Maklumlah baju beli kat Tesco. Haha.
"Hidup adalah benda yang terancang, dilakonkan semula oleh manusia semula seolah-olah perkara yang berlaku di atas dunia ini seperti tak dirancang" - Budak Pensel, Oktober 04, 2012.