Thursday, October 4, 2012

Suka Hati .

Aku dulu masa buat Short Film Documentary untuk tugasan Media Project, aku ada cita-cita nak publish promo macam ni. Namun pada masa tu aku memang sedang kelam kabut. Nak buat satu benda pun kena fokus betul-betul sampai aku lupa nak upload benda ini.

Sekarang setelah aku menamatkan kursus ijazah aku, aku pun ada masa yang banyak untuk upload gambar ini. Jadi dengan cara inilah aku rasakan aku melalui kehidupan yang sangat susah untuk mendapatkan segulung kertas yang aku cari selama aku hidup berjauhan dengan keluarga.


Namun dengan cara inilah aku sedar bahawa kejayaan yang aku ada sekarang ini bukan milik aku sorang. Ia adalah kejayaan yang patut aku kongsi dengan rakan-rakan yang sanggup membantu aku ketika aku susah. Gambar di atas ini aku menggunakan lens kawan baik aku yang aku rasa dia sangat cool. Nanti aku nak belanja dia makan Nasi Goreng Ayam depan rumah dia.

"Kejayaan adalah satu titik mula dimana manusia diuji sifat bersyukur terhadap mereka yang membantu atas kejayaan itu" - Budak Pensel, Oktober 04, 2012.

2 comments:

Nia Ridzwan said...

cool! gambaq last lens apa?

Budak Pensel Yazid said...

10-20 sigma + 50 1.8

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...