Tuesday, December 31, 2013

Posto dari Ipoh .

Setiap hari belajar benda baru. Benda baru itu datang dari masalah. Kerana masalah itu perlu untuk mereka yang selalu inginkan perkara baru, setiap hari atau sepanjang masa.

2013 tiba ke penghujungnya.

Hanya tinggal masa sahaja. Masa tetap pergi. Usia bukan semakin muda. Dampingi usia dengan pengalaman. Itu yang termudah. Tak semudah untuk mendapatkannya. Perlu minat dan usaha. Dan percaya ia teristimewa dalam seribu perkara.

Dua tahun. Agak sekejap, merentas agak lama. Tahniah untuk diri sendiri. Terima kasih warga Jangguttouch. Posto dari Ipoh. Berjiwa dan seni.



Selamat Tinggal 2013. Tahun yang sangat bermakna.

Monday, December 30, 2013

Reuters & Apple 2013





Inspirasi buat masa yang lebih panjang.

Wednesday, December 25, 2013

Sunday, December 22, 2013

Sentiasa Percaya .



Situasi sekarang yang banyak menguji ketabahan demi masa yang sangat sedikit.

Sesuatu perkara yang kita selalu kena buat adalah, tak pernah terhenti untuk berusaha menjadi seseorang yang lebih berjaya daripada semalam. Just move on !

Believe Allah always with us.

Hari Satay !



Gambar di sekitar Karnival 1001 Rasa Sate Kajang. Karnival yang dibuat oleh Majlis Perbandaran Kajang yang menfokuskan pelbagai aktiviti untuk semua lapisan masyarakat. Aktiviti seperti pertandingan RC, futsal, paintball, dan tak lupa juga aktiviti untuk kanak-kanak seperti pertandingan mewarna. Aku tak berapa tau sangat aktiviti yang dijalankan, sebab tak baca aturcara majlis. Hahaha.





Nak dipendekkan kata, aku rasa seronok datang sini sebab dapat makan satay percuma, terutamanya bila kedai-kedai satay yang ada disekitar bangi dan kajang ini dtaja oleh Majlis Perbandaran Kajang untuk memberikan satay percuma kepada orang ramai.

Siapa tak nak benda free. Muahahahaha.

Thursday, December 12, 2013

Kulim Hujung Tahun

Cerita pertama kali datang ke Kulim. Lama tak datang kenduri orang. Kulim agak best walaupun death town aku kira. Hey! Malam memang ada free show Mat Rempit. Tak layan pun rempit-rempit. Janji dapat tengok apa yang ada malam tu sudah.

Selepas Kulim, singgah sebentar di Sungai Petani. Wow! Aku baru dapat tau perkara menarik tentang gadis-gadis Sungai Petani memang tak berapa nak pandang kat mamat-mamat yang pakai kereta. Diorang lebih suka naik motor. Fakta-fakta dan serta bukti sangat jelas dan tak perlu aku panjangkan cerita. Sangat pelik namun itu aku kira itu cool. Tanya Edzuan dan Sais, dorang yang cerita walaupun aku tak tanya sikit pun.
  
Malam kami pergi ke Baling sebab kena overnight kat sana. Sempat pergi hotspring pukul 11 malam. Aku baru tau kat area tu ada hotspring. Agak kalut. Ramai orang. Hero dan jejaka buat free show terjun kolam pun ramai. Mungkin itu cara mengoda gadis kat situ macam kucing yang selalu guling-guling atas simen cuba mengurat kucing betina. Imiginasi aku level tinggi ketika itu. 

Apa yang menarik yang ada di Yan? Pantai, air terjun, jeti nelayan dan sawah. Pergi ke tempat orang memang seronok. Sebab ia selalu memberi idea baru untuk orang yang macam aku ni. Kepala sudah tepu dengan kerja, perlukan sesuatu yang sesuai untuk merehatkan minda.

Pandangan yang baru, itu satu motivasi yang segar.

Friday, December 6, 2013

Teristimewa


Masa dan ketika. Tahu dan takut. Percaya dengan harapan. Walau kabur masa depan, semua adalah kenangan lalu yang semua perkara tadi pernah wujud dalam hati kamu.

Kamu tidak akan pernah percaya untuk perkara yang kamu ketawa hari ini adalah pentas cerita kamu sendiri. Kamu tidak akan pernah rasa apa yang kamu duka pada hari itu ceritanya terpadam apabila kamu berjaya cari apa yang kamu cari pada setiap permulaan perjalanan. 



Langit itu tinggi. Lautan itu luas. Mentari pagi sentiasa menghangatkan butiran air di pagi hari. Percayakah kamu setiap ketentuan Illahi itu menguji hati-hati kamu supaya memahami belajar itu bukan hanya pada buku. Belajar itu merupakan segala perkara yang kamu lalui untuk menghadapi sesuatu matlamat yang rahsianya adalah hati yang penuh kesabaran.

Masa itu pantas berlalu. Usia tak semakin muda. Kesusahan mematangkan pemikiran. Tiada kesusahan mampu diatasi dengan kesenangan. Kesenangan itu ibarat anugerah, yang kadang-kala ia sekejap sahaja kamu nikmatinya. Selebihnya ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik secara berselang seli.







Kamu akan dapat apa yang kamu cari. Kamu kehilangan sesuatu dalam perjalanan apa yang kamu cari. Semalam ketawa, hari ini bersedih. Sedih digantikan dengan kebahagiaan yang lebih panjang daripada kesedihan yang kamu lalui.

Dunia yang sangat luas. Gelap dan terang kerana cahaya yang tak pernah padam. Ia sentiasa di situ, meniti masa yang sama setiap hari. Bernafas dalam lena, hilang pejam melihat cahaya, melalui kehidupan indah dan duka sehingga penghujung masa.


Belajar jangan kecewa. Belajar terima kesilapan. Bersedia untuk berubah. Hari ini kamu jatuh, tak semestinya untuk selamanya. Kerana kejatuhan itu juga kamu akan belajar bagaimana untuk bangkit. Harus sentiasa memandang kehadapan, jangan toleh belakang. 

Kadang-kadang harus melihat belakang, kerana belajar dari kekalahan itu memberikan seribu pengertian daripada menerima kejayaan yang datang bergolek. Percaya usaha sebenarnya tiada batas untuk makin berjaya.





Keindahan itu adalah masa, yang berlalu dengan pantas. Merakam segala kenangan, menjadikan ia satu memori yang paling istimewa buat mereka yang sentiasa ada disamping kamu. Melakar sejarah bersama dengan pastinya kamu akan sentiasa ingat bahawa yang menjadi istimewa pada hari ini sudah pastinya adalah cerita yang duka untuk kisah lalu.

Setiap kejayaan adalah anugerah. Anugerah untuk kamu terus pergi lebih jauh, kerana kamu sudah tahu kejayaan selalu ada disebalik kesusahan. Usaha itu milik kamu, kejayaan itu milik Illahi. Selamanya indahkan memori dan nostalgia.  


Langit itu tinggi, lautan itu luas. Simpan duka dalam-dalam, kerana di setiap duka menyimpan luas dan tingginya kejayaan untuk kamu. Tahniah - Budak Pensel, Disember 06, 2013

Photograph & Written by
Budak Pensel . 2013

Video Yang Sangat Menyentuh Hati .



Teringat masa aku belajar dulu, untuk menjadikan video itu menarik ia memerlukan pelbagai elemen yang harus dimasukkan supaya setiap visual mempunyai flow yang cantik.

Bagaimana ia menjadikan satu video yang mempunyai storyline yang menarik walaupun ia tidak memerlukan dialog yang hebat.

Bila kamu faham, itulah seni.

Sunday, December 1, 2013

Akan Datang .


Photograph by : Budak Pensel .

Nantikan.

Tuesday, November 19, 2013

Just Back to Basic.

Benda akan jadi mudah bila kita selesaikan dengan cara yang sangat simple.

Dengan perkataan yang lain apabila kita berdepan dengan satu masalah, kita tak perlu lari dari masalah tersebut. Fokuskan pada apa masalah yang sebenar, cari punca dan selesaikan dengan seberapa mudah yang mungkin. Kalau salah, mengaku salah. Kalau benar, akui kebenaran. Kesalahan dan kebenaran tak perlu dilapik dengan sesuatu situasi dengan masalah di tempat yang lain kerana ia cuma menjadikan masalah itu menjadi lebih rumit atau complicated.

Di dunia ini banyak pilihan. Setiap pilihan itu ada kelebihan dan kekurangan. Tak perlu kalau kamu menyukai sesuatu benda itu dengan membandingkan satu kelebihan ke atas satu kelemahan setiap pilihan. Akui sahaja kalau anda suka akan kelebihan, terimalah juga kelemahannya.

Setiap hari kita berjumpa dengan masalah yang baru. Hanya penyelesaian yang terbaik akan berpihak kepada mereka yang mahu menyelesaikan masalah dengan jalan yang sangat simple, basic and not complicated. Tak percaya, simpan semua perkataan ini.

Just back to basic. 

Photograph & Written by
Budak Pensel . Nov 19, 2013 .

Thursday, November 14, 2013

Photography or Cinematography & Who You Are Actually ?

Antara yang terhenti dan bergerak, masing-masing mempunyai kekuatan untuk membuat mereka yang memerhati lalu menjiwai apa yang kita sampaikan.

Kalau buka balik posting aku sebelum ni, aku ada membahagikan manusia itu kepada 3 peringkat untuk sesuatu perkara. Mengetahui, Memahami dan Menjiwai.

Hanya Mengetahui tidak semestinya Memahami. Setelah Memahami tidak semestinya Menjiwai. Menjiwai lebih segala-galanya dari hanya Mengetahui dan Memahami. Apa yang terakhir itu adalah lahir dari diri sendiri tidak menyerupai dengan mana-mana yang lain. Disitulah apa yang Allah ciptakan manusia ini mempunyai satu identiti yang sangat berbeza.

Kalau ada sekalipun kamu rasa sama, ia hanyalah seakan-akan sama. Jiwa, nama pun Jiwa. Diri dan hati masing-masing. Kalau kamu rasa semua benda mampu untuk pergi seiring, percayalah kamu sebenarnya tidak faham banyak benda, malah kamu juga tak kenal siapa diri kamu, hanya sekadar mahu menjadi orang lain yang berjaya membawa diri mereka 'keluar' dan bersama dengan hati orang-orang yang lain.




Kerana yang terhebat dalam diri masing-masing adalah berapa ramai yang suka dengan kamu bukan dengan apa yang kamu ada seperti kemewahan, rupa paras dan pangkat. Tapi berapa ramai yang mampu rasa jiwa kamu seiring dengan apa yang kamu mahukan mereka merasainya setiap kali kamu melakukan sesuatu untuk mereka tahu.

Dan disitu kamu menang dari dalam, bukan sekadar luaran.

Photograph & Written by
Budak Pensel . Nov 14, 2013 .

Wednesday, November 13, 2013

Malam Memainkan Lagu

Malam dan siang. Malam yang gelap, sunyi, sejuk dan tenteram. Malam untuk istirehat. Pemulih azam untuk hari yang seterusnya. Ayat macam power.

Siang aku kerja, kerja opis sebagai pelukis plan. Kalau ketika dahulu siang bagi aku adalah malam dan malam itu merupakan siang, kini siang tetap siang dan malam sudah bukan malam lagi. Senang cerita macam dah wujud erti malam siang. Cuma bila aku tidur hari itu hanya untuk beberapa jam kemudian aku dah tak boleh tidur.  Waktu tidur aku hanya pada pukul 8 malam hingga 11.30 malam. Selepas tu, aku berjaga sampai subuh. 

Apa masalah pun aku tak tau.

Masa yang sangat pantas berlalu. Dan kini setiap hari aku perlu menulis semua perkara dalam sebuah buku nota. Setiap hari aku belajar benda baru. Dan selalunya aku akan lupa perkara semalam jika aku tak tulis. Siang aku buat kerja lain, dan malam aku buat kerja lain. Selalunya bila kerja tu berselang-seli, sangat mudah untuk aku lupa teori yang aku cuba ingat terutamanya untuk kerja siang, selalunya.

Jadi, aku wajib menulis segala teori dan fakta dalam buku nota. Setiap hari.

Mungkin badan aku boleh tahan untuk bekerja, cuma otak tak cukup rehat. Namun dalam masa yang sama aku tak mampu nak ingat semua benda dalam satu hari, sebab hampir 70 peratus apa yang aku belajar semalam aku akan lupa balik.

Pernah aku tidur awal, cukup 8 jam tapi dah macam tiada beza, tetap jadi pelupa. Melainkan aku berhenti buat dua kerja yang banyak pakai memori dalam sehari. Tak pun aku pergi beli Kismis Minda Ustaz Ismail Kamus satu lori. 

Nampak menulis tu macam bodoh kan, benda simple-simple pun nak tulis. Senang cerita pernah tak kau dua hari tak tidur, esok kau terbangun kau tak tau masa tu hari apa. Kau pun tak tau masa tu pagi atau senja, dengan baju yang masih tak tukar.

Short term memory lost.

Photograph & Written by
Budak Pensel . Nov 11, 2013 .

Monday, September 23, 2013

Tahun Semakin Habis


Hari semakin hari, 2013 macam sudah hampir untuk menutup tirainya. Kali ini aku rasa macam perlu bekerja keras untuk memastikan semua benda yang aku nak capai dalam tahun ini, paling tidak pun aku sudah bersedia untuk menghadapi tahun depan 2014.

Cipta azam awal sedikit.

Tuesday, August 27, 2013

Berdiri Atas Kaki Sendiri .

Buktikan pada diri, buktikan pada semua. Buktikan sahaja jika anda meminati sesuatu, anda melakukan sehabis baik yang anda mampu lakukan. Walaupun ramai orang tak sedar bahawa anda seorang yang komited dalam melakukan sesuatu perkara, biar sahaja.

Anda tidak perlu gusar bila orang tak menyedari anda seseorang yang sangat bersungguh-sungguh untuk kerjaya, minat dan masa depan anda.

Anda tak perlu mengukur kejayaan orang lain. Anda cuma perlu mengukur kejayaan anda dengan orang yang tidak mengetahui apa-apa dengan apa yang anda buat.

Anda hanya perlu komited untuk melaksanakan tugas, kurang bercakap namun berjaya membuat portfolio dengan mereka yang lebih arif dan berjaya dengan bidang yang anda minat.


Anda tak seharusnya menjadikan manusia menilai diri anda dengan jujur. Cukup sekadar anda inginkan Allah memberikan penilaian terhadap apa yang anda usahakan selama ini dan diberikan peluang untuk dimasa yang akan datang. 

Don't give up. 

From Ipoh To Another Chapter .

Yup. Aku tak berada di Ipoh. Demi kerjaya dan masa depan, bukan pergi kerana tak memiliki apa-apa. Sebab terlalu banyak memiliki, perlu buat sedaya mungkin hanya untuk buktikan aku sebagai seorang yang multitasking person.

Multitasking, benda yang abah aku dari dulu serapkan supaya aku boleh buat pelbagai bidang yang berlainan. Asalkan benda yang kita buat itu halal, mudah bukan. 

Seseorang bertanya aku "awak belajar tinggi, kenapa awak nak kerja dalam bidang ni?"
Aku hanya jawab "asalkan kerja itu halal, itu rezeki yang memang tertulis, asalkan jangan malas untuk bekerja"

Asalkan aku multitasking, cukup. Tak perlu ulas panjang. Bertindak lebih utama dari cakap banyak tanpa membuktikan apa-apa. 

"Jangan jadi malas untuk usaha, jangan jadi kejam untuk tidak membuktikan apa-apa." - Budak Pensel, Ogos 27, 2013.

Tuesday, August 6, 2013

Farisya + Syaridan Reception . Wayang Pacak . Jangguttouch



WAYANGANS | Yazid . Nazrin . Muiz
MAKMALWARNA | Gondo . Syaiful
TUKANG-OLAH | Yazid
LOKASI | Assam Kumbang , Taiping
WAYANG PACAK | jangguttouch.com

Monday, July 29, 2013

Farisya + Syaridan by Wayang Pacak, Jangguttouch .


FARISYA + SYARIDAN . RASA CINTA from Jangguttouch on Vimeo.

WAYANGANS | Yazid . Nazrin . Muiz
MAKMALWARNA | Gondo . Syaiful
TUKANG-OLAH | Yazid
LOKASI | Assam Kumbang , Taiping
WAYANG PACAK | jangguttouch.com

Tuesday, July 16, 2013

Nokia Pro Camera . Masa untuk bertukar !



Discover the new Lumia http://nokia.ly/Lumia1020 
Capturing stunning images is easier than ever with Nokia Pro Camera on the Lumia 1020. Take your photos to a new level by adjusting focus, shutter speed, white balance and more with easy and intuitive controls. 

Soundtrack: "Heart" performed by MMOTHS. Artist appears courtesy of SQE Music. Written and composed by Jack Colleran (IMRO).



Nokia Pro Camera on the Nokia Lumia 1020 lets you take photos in super high resolution and zoom in close to your shot after you've taken it.

Zoom in, zoom out, rotate, reframe, crop and share new images as many times as you want.

Soundtrack: "Over You" performed by MMOTHS. Artist appears courtesy of SQE Music. Written and composed by Jack Colleran (IMRO).

Kadang-kadang antara sebab aku dah malas nak bawak DSLR bila keluar sebab faktor saiz dan berat. Dalam masa yang sama kalau nak pakai phone pada waktu sekarang mungkin qualitinya tak seberapa.

Bila keluar phone yang mempunyai camera 41MP, rasanya masalah yang aku sebut ni sudah mula selesai. Asalkan gambar yang aku ambil tu, mampu untuk aku share dalam blog dengan qualiti yang agak baik.

Walaupun hanya bersaiz blog.

Thursday, July 4, 2013

Canon Commercial 2013 - EOS 700D & EOS 70D



Sangat berminat dengan dua jenis kamera ini, sebagai pemudah kerja .

Tuesday, June 25, 2013

Freelancer .

Aku tak pernah expect bila aku belajar bertahun-tahun akhirnya benda yang aku selalu buat dan aku suka ialah menjadi freelancer. Kerja tak tetap, tapi buat benda yang aku minat. Ada benda yang best, dan ada benda yang kita kena tanggung risiko itu sebagai bekerja tidak tetap.

Itu satu benda yang aku suka beritahu orang lain, walaupun benda itu terlalu umum sangat. 

Tapi apa yang seronok sebenarnya ialah aku tak rasa aku bekerja dengan orang. Macam seperti masa aku baru tamat IKM Lumut dulu. Asalkan ada sijil, mesti kena apply kerja dengan mana-mana syarikat swasta atau mencuba nasib untuk berkerja sebagai kakitangan kerajaan. Hidup makan gaji, setiap hari mengadap kerja yang menjamin gaji tetap setiap bulan. 

Walaupun aku kerja macam orang gila sekalipun, kadar overtime memang sudah boleh dijangka untuk masa sebulan itu. It's okay if you all memang already as goverment servant or pekerja swasta. Go on, tiada masalah.

I'm just want to say what actually i'm doing now. Daripada seorang pekerja kilang kotak, pekerja 7 Eleven, Petrol Pump, KFC, selepas itu menjadi seorang draughtsman as Maybank and RHB consultant, draughtsman pencawang tranmitter untuk Celcom, DiGi, Maxis dan Media Owner and Advertiser. Semua itu membuat apa yang aku tulis untuk post kali ini. Ini yang aku belajar. (Terima kasih kepada Sais kerana banyak kasi lubang kerja.)  

Sebagai freelancer, ada benda yang mengajar aku supaya usaha yang keras sebenarnya menjanjikan kadar pulangan yang lebih besar daripada bekerja dengan orang. Benda yang berkaitan memulakan perniagaan sendiri, walaupun kecil namun pulangan itu akan bergantung kepada berapa banyak usaha yang kita mampu lakukan dalam masa sebulan itu. 

Tapi aku rasa perniagaan bukan dikira sebulan kot, mesti dalam range seminggu. Betul tak? For short term target it's okay la





Nanti aku ceritakan pulak bagaimana perasaan menjadi seorang pengajar sementara masa aku kat UPSI dulu. Itu pun dikira freelancer jugak. Banyak positive side yang aku dapat. Serius !

Photograph & Written by
Budak Pensel . June 2013 .

Monday, June 24, 2013

Remember June .


Remember June. 

Kerja banyak. Tugas banyak. Memilih untuk bertukar dunia, yang lebih mencabar supaya berusaha mendalami hidup yang lebih ori.



235 jarak bercampur 3 masa. Pandangan kelam, jiwa dingin. Jalan lurus tak pernah pergi. Masa berlalu sepantas-pantasnya. Hati mahu pergi, walaupun pertama kali. Kalau tak tahu tetap akan tahu, walaupun pengalaman hanyalah budak-budak baru.

Jangan tanya betapa susah, sebab perginya berjalan jauh sentiasa tempuh sesuatu susah yang tak dijangka. Hidup tak pernah sempurna, yang hanya dibezakan bagaimana kita menyesuaikan dengan masalah.

Apa yang dimaksudkan dengan hidup ini satu perjudian. Tak faham buat-buat faham.

Photograph & Written by
Budak Pensel . June 2013 .

Wednesday, June 19, 2013

Wayang Pacak | Sheril & Shazni .


SHERIL DAN SHAZNI . SDE from Jangguttouch on Vimeo.

Same day edit by Wayang Pacak. Berminat ? Call my number ! 

Friday, May 24, 2013

Ohho ! Ayat Paling Best Daripada Seorang Lecturer.


Seorang lecturer aku pernah memberitahu tentang satu perkara berkaitan dengan fotografi. Walaupun beliau bukanlah penggiat bidang ini, namun kata-katanya sangat bermakna untuk aku sampai sekarang. Beliau merupakan seorang lecturer yang sangat 'detail' dalam menterjemah seni visual tak kira sama ada 'static photo' ataupun benda yang melibatkan visual yang bergerak.

Nak tahu apa yang dia pernah cakap?

"Kalau awak nak belajar 'photography', awak perlu belajar bermula dengan gambar hitam putih. Di situ awak akan faham banyak perkara yang akan memastikan gambar awak berkualiti ataupun tidak."

Untuk memahaminya, aku perlu memakan masa sehingga dua tahun baru aku nampak apa yang dia nak maksudkan. Ya, kata-katanya betul. Jadi kat sini aku boleh melabelkan beliau memang mempunyai jiwa seni yang mendalam.

Tak sangka beliau boleh mengeluarkan satu fakta yang aku sendiri kena faham sehingga bertahun-tahun. Wokey, fine. Aku dah tau benda apa yang dia maksudkan.

Haish. 

Photograph & Written by
Budak Pensel . May 2013 .

Tuesday, May 21, 2013

Review Filem Kil .

Hampir dua tahun filem ini sejak ia tamat dihasilkan, akhirnya ia menemui penonton di pawagam pada 30 May ini. Dilaporkan filem ini hanya memakan bajet yang sangat kecil dan hanya mengambil masa selama 11 hari untuk disiapkan. Ia filem yang sangat baik. Memaparkan kemunculan Nik Amir sebagai pengarah filem. Dibintangi Redza Minhat dan Cristina Suzzane. Dibantu oleh Harun Salim Bachik (ehem), Hasnul Rahmat dan ramai lagi.

Sinopsis
Filem ini mengisahkan Akil (atau dikenali sebagai KIL, sebagai tajuk filem) yang mengalami tekanan hidup dan bertekad untuk membunuh diri. Selepas beberapa percubaan gagal, dia memutuskan untuk mendapatkan bantuan. Namun, bukan bantuan untuk dia terus hidup, namun untuk mati. Walau bagaimanapun,  beliau bertemu seorang gadis misteri datang ke dalam hidupnya dan menyentuh hatinya dalam sepanjang perjalanan hidup beliau. Adakah terlalu lewat untuk beliau mengubah fikiran untuk mati? Cewah. 

Skrip.
Filem bunuh diri adalah filem yang jarang ditayangkan di pawagam Malaysia untuk filem tempatan. Bunuh diri, satu perkara yang sangat menyentuh sentimen peradaban untuk rakyat negara ini. Grand Brilliance sangat mengambil risiko yang sangat besar namun filem KIL ini adalah satu filem yang mengalami pengolahan jalan cerita supaya nampak lebih menarik. 

Filem ini adalah bukan Linear, dimana filem-filem Linear akan bermula daripada babak 'awal' sehingga 'akhir'. Namun dalam babak filem ini, waktu akhir dimulakan pada babak tertentu, yang sangat jarang kita lihat untuk filem-filem tempatan amalkan dan ia banyak dilakukan oleh filem-filem luar seperti Hollywood. 


Pelakon.
Kil dilakonkan oleh Redza Minhat (Akil) dan Cristina Suzanne (Zara). Harun Salim Bachik, yang membantu watak Akil, merupakan peranan sokongan yang sangat membantu untuk pelakon-pelakon utama.

Penggambaran
Segala shot sinematografi yang dilakukan dalam filem ini boleh dikatakan cantik walaupun tidak memakan kos yang sangat tinggi untuk menjadikan ia hebat setanding dengan filem-filem luar. Segala pergerakan kamera sangat menarik dan tona filem yang hebat dan ohsem. 

Pacing.
Boleh dikatakan ia adalah drama, sangat perlahan. Perlahan yang ingin membawa penonton bersama. Anda akan terasa ia draggy, namun kemasukan sedikit komedi yang akan memastikan anda sentiasa fokus, dan membuat audience tidak bosan. Hmmm. 

Tone.
Sepertimana yang dikatakan dalam sinopsis tadi, ia berkaitan dengan membunuh diri. Menjangkakan perasaan kecewa dan sedih namun anda akan berpuas hati bagaimana filem ini disampaikan melalui sinematografi yang cantik.



Downside.
Perlahan dan banyak bercakap. Namun kaki wayang harus mampu untuk menyerap dan terus mengikuti perjalanan filem itu sampai ke babak akhir. 

Upside.
Nilai pengeluaran. Untuk filem yang dihasilkan dalam bajet yang rendah dan difilemkan dalam masa 11 hari, ia seharusya tak nampak seperti ini. Ia lebih daripada jangkaan jika dibandingkan dengan kebiasaan dan masa untuk menghasilkan filem. Wow, kene pergi ni.



'For a film that was produced on a low budget and filmed in eleven (11) days, it doesn't look like one. Roles were well portrayed by the actors. Beyond expectations.' -Feris Othman

'The raw performances, inspired direction, beautiful cinematography and soundtrack marks "KIL" as one of the best local films in recent years and a promising leap forward for director Nik Amir.' - Cinema Online

KIL screened at the Marche du Film at the Cannes Film Festival on 20 May 2013, 5:30pm for buyers, agents and distributors of international films around the world !

Ditulis semula  
Budak Pensel .
May 21. 2013

Monday, May 20, 2013

Hasilkan Timelapse Yang Sangat Lembut .


Bulb Ramping Tutorial from Joel Schat on Vimeo.

Bulb Ramping is a method of using an intervalometer to make minute changes to a camera during a timelapse capture sequence–and of course this needs to be done in bulb mode. It will overall make the video that you’re trying to create have a smoother transition if you’re shooting from day to night. 

Alternatively, you could set the camera to an auto mode and then try to de-flickr in post, but that will overall be very taxing on your computer’s video memory. The video above shows you how to do that and tries to educate the viewer more on the method, but it also tries to pitch a new product: the PromoSystems Controller.

Make sure you have a good and fast memory card too, as they tell you to shoot RAWs.

It’s worth it to check out the entire video.

Tuesday, May 14, 2013

Nostalgia Bas Ekpress .

Balik kampung. Perkataan yang digunakan dalam bahasa Melayu yang sehingga kini membawa maksud "pulang ke rumah Mak Ayah atau rumah Atuk dan Nenek". Walaupun hakikatnya kampung aku di Kuala Lumpur, disebelah Putra LRT stesyen Damai. Tiada maksud kampung disitu dari segi pemahaman manusia urban.

Pulang daripada mengundi di Puchong. Tiket sudah dibeli awal-awal semasa di Terminal Amanjaya Ipoh. Menanti bas Plus Liner tiba di belakang Tesco Puchong. Bas agak lambat. Masa sudah pukul 10.30 malam Kepala penuh dengan titisan hujan renyai kerana asyik tersilap pergi ke bas, yang sangkaan bas itu akan pergi ke Ipoh. Titisan hujan itu memberikan perasaan 'blues di hati'. Tak tau sebab apa.  

Bas yang aku naiki, lewat lebih dari 35 minit, pukul 11 lebih. Dipenuhi dengan orang-orang yang berbicara pasal esok perlu masuk kerja. Aku ingat mereka akan ke Ipoh, rupanya mereka ingin pulang ke Putrajaya. Baru aku tahu bas ini baru tiba dari Ipoh dan akan kembali ke Ipoh semula. Bas kehabisan minyak dalam perjalanan ke Putrajaya. Penumpang yang akan ke Putrajaya menukar ke bas bantuan, sementara pemandu membeli minyak. Hmm.

Hanya tinggal aku dalam bas itu. Baru aku tahu hanya aku seorang yang akan ke Ipoh. Malam miniti hari, seperti air hujan yang meniti cermin-cermin tingkap. Duduk keseorangan dalam bas. Teringat masa mula-mula belajar naik bas express. Masa tu belajar di IKM Lumut. 

Perasaan mula-mula menaiki bas sangat menggamit rasa. Rasa rindu mahu berjumpa Mama dan Abah sangat kuat. Tinggal lagi mata tak mampu dipejamkan, hanya terus melihat cahaya-cahaya jalan sepanjang perjalanan. Suasana sejuk dalam bas, kadang-kadang menjeling kepada jam tangan bilakah bas akan sampai ke Kuala Lumpur. Aku masih teringat.


Sejak daripada peristiwa itu, alangkah kuat di hati tentang pengorbanan keluarga yang selama ini memberikan kita hidup supaya kita belajar berdikari apabila mereka tiada nanti. Setelah kerap kali pergi dan pulang ke kampung hanya menaiki bas express, aku rasakan bahawa kali terakhir aku di Lumut adalah pengalaman paling manis, yang mampu menutup segala kepahitan belajar jauh di negeri orang.

Malam makin kelam. Hujan masih tak berhenti minitis di tiap-tiap sisi cermin. Terus membuat aku teringat bagaimana aku datang keseorangan ke Ipoh pula untuk menyambung pengajian. Aku tiba di Ipoh lewat malam, sepertimana aku duduk keseoarangan dalam bas ini.

Di situ aku belajar berdikari, walaupun aku ingat-ingat lupa asrama aku pada ketika itu. Hanya mengharapkan pakcik teksi menghantar aku ke Cherry Apartment. Waktu malam. Naik tangga apartment, ketuk ketuk pintu mengharapkan penghuni buka. Rupanya silap asrama. Ketuk asrama perempuan pulak tu. Eeww. Macam mana tak silap kalau datang pun dah malam. Akhirnya jumpa juga, cuma salah blok. Harap perempuan itu lupa akan wajah jejaka kacak itu.


Tak kenal sesiapa dalam rumah itu. Bermula pertemuan muka-muka baru. Buat kawan, menjadi peneman hati. Walaupun hati ini rasa berkarat untuk mengingati kisah lampau, dan mengharapkan pengajian kali ini boleh melupakan segalanya. Masa bersilih ganti, hari bertukar hari, jam terus berdetik. Tik tik tik bunyinya.

Jiwa sepi akhirnya tidak lagi. Menongkah masa terus mengaji. Belajar menyibukkan diri sampai suatu masa kejayaan terus dicari. Untuk sekian lama bulan terus berubah, sampai sahaja penghujung waktu pengajian aku rasakan itu kali terakhir menggunakan bas express. Rasa-rasa memang macam begitu. Walaupun dalam hati tetap rasa aku akan menaiki bas ekspress lagi sehingga bila-bila.

Hanya tekadkan dalam hati, supaya diri menjadi siapa aku, dan untuk apa aku buat semua ini. Semuanya demi masa depan yang selalu kurang pasti. Kan. 


Pakcik bas sudah datang. Mengisi minyak yang sudah kering. Hujan sudah berhenti sedikit, walaupun renyai kejap-kejap ada. Selepas 15 minit, bas kembali bergerak. Menusuri jalan yang tiada kenderaan. Sekali-sekala kereta memotong. Aku terus membaringkan diri di dalam bas yang tidak berpenghuni. Fikiran melayang kembali.

Bertahun-tahun aku belajar di tempat orang. Sampai satu ketika ia ibarat menjadi rumah nombor dua. Rumah yang menjadi pelindung aku supaya menjadi manusia yang sentiasa berfikir. Manusia yang sering menghargai sesuatu, walau mereka jahat sekalipun tetap wujud rasa terima kasih untuk tempat yang sentiasa menyediakan waktu berguna.

Mestipun perjalanan ini terasa jauh, namun hati tetap terasa dekat. Walaupun kejap aku bangun, kejap aku tertidur. Rasa bagaikan semua selekoh yang aku rasa sebati walaupun tak sebati mana. Aku serius. Macam kelakar tapi tak berapa kelakar. 



Bukan jauh bererti aku melupakan semua. Biar aku jauh, dan suatu hari nanti aku akan pulang membawa apa erti jauh itu sebenarnya. Selagi semua yang aku cari selama ini tidak jumpa, selagi itu rasanya aku tak salah melakukan segala-galanya. Apa yang aku mahu, aku dapat sejuta ilmu baru, walau hakikatnya orang nampak aku ni macam biasa-biasa. Orang kata kalau pandai, jangan nampak sangat. Belajar benda yang kita tak tahu sepanjang masa. Baru rasa semakin banyak belajar rupanya diri kita ini semakin bodoh. Agak kasar tapi itu realiti.

Jangan berhenti mencari diri. Jangan biarkan hati kita hilang keyakinan. Pupuk ia bersama kepercayaan, bahawa Tuhan memang sudah sediakan pelbagai cabaran, iaitu cabaran yang mampu kita tempuhi supaya kita menjadi seorang yang berjaya demi ibu-bapa, agama, bangsa dan tanah air. 

Hanya tunggu bila masanya walau ia masih jauh. 

Bas berhenti di Terminal Amanjaya tepat pada pukul 4 pagi. Tulisan panjang.

Photograph & Written by
Budak Pensel . May 2013 .

The Contender .



Balik kampung. Dah lama tak bawak motor ni. Bila sekali bawak, oh ! Rasa tersangat janggal sekali. Apatah lagi cubaan memecut 100 kmh dalam masa kurang daripada 3 saat. 

3 saat mungkin tak cukup pecutan berbanding dengan lagi satu superbike yang memecut 100 kmh dalam masa 1.9 saat. Cool !

Photograph & Written by
Budak Pensel . May 2013 .

Saturday, May 11, 2013

Husna & Adli - Resepsi .



"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang.

Surah Ar-Rum , Ayat 21 .

Credit & Thanks to H.Akira .

Photograph & Written by
Budak Pensel . May 2013 .
Matang, Perak . 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...