Saya tak faham poligami. Saya hanya tahu poligami itu beristeri lebih dari satu dan maksimum 4. Saya difahamkan poligami itu penuh dengan risiko. Tapi saya seorang yang positif. Jadi saya tuliskan apa yang positif dalam poligami.
Kerja semakin mudah
Ya. Kalau dulu hanya seorang saje yang masak nasi dan lauk, sekarang kerja itu boleh dibahagi dua. Isteri no 1 masak nasi, isteri no 2 masak lauk. Mungkin yang selainnya boleh kemas rumah dan basuh pinggan. Menyidai kain pun juga satu kerja yang membakar kalori.
Isteri ada teman berbual
Ya. Sebagai surirumah, kadang kala boring itu datang kerana tiada apa yang hendak dibuat melainkan tunggu suami balik kerja di waktu petang. Namun, jika ada isteri yang lain, sekurang2nya ade la teman untuk bersembang gossip artis ke, main anak patung ke, main nyorok-nyorok ke.
Tidak perlu melahirkan ramai anak
Ya.. Perempuan zaman sekarang tidak mahu melahirkan ramai anak disebabkan ingin menjaga bentuk badan yang ramping. Cuma lahirkan seorang, kalau darab dengan 4 isteri, dah 4 orang anak untuk satu round kasih sayang. Belum second round lagi.
Banyak kampung halaman
Jika anda orang bandar, hanya bandar la kampung anda bila tiba hari raya. Bayangkan jika anda mempunyai 4 kampung, utara, selatan, pantai timur, pantai barat, ataupun Sabah Sarawak. Bukankah sesuatu yang menyeronokkan memandangkan anda tidak perlu melancong dalam Malaysia lagi dah. Balik kampung pun dah dikira melancong bersama isteri-isteri yang solehah.
Ada kawan untuk bersenam Poco Poco
Bersenam Poco-Poco seorang diri kadang kala dilihat bagai orang gila dan runsing di rumah tatkala suami bekerja. Terfikirkah anda jika mempunyai ramai isteri, tarian Poco Poco tersebut bertambah happening dan lebih menarik.
Anda berpeluang memiliki kenderaan besar
Mungkin anda akan memiliki kenderaan besar seperti van penumpang ataupun bas kilang bila anak anda mula ke sekolah kelak. Ini bergantung sekuat mana kasih sayang anda terhadap para isteri sehingga melahirkan anak yang sangat ramai.
Ini adalah pendapat bagi saya. Jika anda rasa ia sesuatu yang membahagiakan, anda boleh cuba. Someone has told me "Jika anda suka berhadapan dengan periuk, kuali dan pinggan terbang, mungkin itu risiko kecil yang tidak 'menyakitkan' bagi anda". Hahaha. Saya setuju
1 comment:
huh? cuba try satu dulu. tengok buleh pegi jauh mana..
Post a Comment