Friday, April 30, 2010

Mesej untuk Melayu sahaja

Aku mahu bagitau orang Melayu adalah bangsa yang Allah anugerahkan pelbagai keistimewaan dari pelbagai aspek dan sudut.

Contohnya, ramai dikalangan orang Melayu adalah orang-orang yang mampu berjaya dalam bidang seni, khususnya. Dari segi lukisan, muzik, seni mempertahankan diri dan perkara-perkara yang sangat berkait rapat dengan seni.

Aku mahu bagitau sekali lagi, dari kamu ( Melayu ) menghabiskan masa dengan membuat perkara yang tidak berfaedah atau jenayah, lebih baik kamu build up skill kamu dalam bidang yang berkaitan dengan seni.

Satu amoi pernah bagitau aku dulu semasa pameran kolej yang berkaitan dengan seni grafik, " Saya tengok ramai orang Melayu kalau diberikan satu kertas A4 sekalipun, dia boleh bikin kertas itu menjadi sesuatu benda seni yang paling menarik, saya tengok bangsa u memang talented, terutamanya dalam seni lukis".

Bangsa lain sendiri pun cakap macam tu, terpulang kepada kamu. Rasa teruja dan terharu pun ada. Percaya? :)

Wednesday, April 28, 2010

Rasa bila April akan berakhir ( Rasa Kuih )

Kepada blogger-blogger di luar sana, aku nak ucapkan terima kasih sebab kamu masih membaca blog aku yang biasa-biasa ini, walaupun ada dikalangan kamu tidak meninggalkan sebarang jejak, tapi aku suka bila ada orang membaca artikel aku-aku ini ( ayat baru ).

Aku rasa macam aku jual kuih la, pastu ada orang beli. Tapi ada dikalangan pembeli tu bagitau kuih aku sedap, jadi aku pun suka la. Macam tu juga orang yang meninggalkan komen, membuat aku suka. Tapi kalau dia sekadar beli kuih pun, aku dah untung.

Bezanya aku terlalu kurang update untuk bulan-bulan lepas, dan tiba-tiba aku kembali menulis. Tak ke pelik namanya. Ibarat jual kuih jugak la. Mula-mula biasa je, lepas tu dah dapat pelanggan, pelanggan lak suka datang beli. Sampai satu hari tu aku terus jarang-jarang jual. Tapi yang manisnya ada orang datang beli jugak bila aku jual balik, macam pelanggan tetap la.

Asalkan kamu faham yang aku mahu 'share' sesuatu, sesuatu yang aku fikir kamu perlu tahu. Dan perkara-perkara yang menasihati orang lain.

Apa-apa pun, terima kasih juga kerana terus membaca, kerana membaca itulah permulaan segala ilmu.

Senyum.

Tuesday, April 27, 2010

Seandainya masih punya waktu

Seandainya masih punya waktu, aku akan cuba untuk terbang jauh ke awan, menggapai langit biru-Mu yang indah, bersama nafas yang dingin ke seluruh ragaku.

Sandainya masih punya masa, akan ku renang sedalam mana laut biru-Mu, menyelami kesejukan dunia ini, walau sejuta tahun perjalanan manusia.

Seandainya masih punya peluang, akan ku berdiri selautan manusia, dalam keramaian dosa dan doa, demi memahami apakah maksud segala yang tersirat, disebalik titis air mata mereka.

Dan seandainya ditakdirkan ku hidup keseorangan di dunia ini, aku mengharapkan kamu terus bahagia, bersama doa dan linangan air mataku, agar kamu menempuh hidup walau seribu tahun lamanya.

Sunday, April 25, 2010

Buat-buat tak nampak jahat orang

Jangan pandang seseorang pada luaran, sebab luaran belum tentu mencerminkan apa yang ada di dalam.

Dan seandainya apa yang kamu lihat luaran itu indah, jangan sesekali mengharapkan seperti yang indah juga didalam.

Sebagai manusia, sebaiknya kamu utamakan yang di dalam tak kisahlah kat luar itu cantik atau sebaliknya. Pepatah orang putih pernah mengatakan, 'Don't judge a book by it's cover'. Sedangkan Allah juga tidak melihat rupa dan pakaian, dia melihat hati dan amalan.

Maka, bersihkanlah hati kita kerana bersihnya hati, akan terpancar pada perbuatan. Dan lebih baik kita mengkritik hati kita dahulu, daripada menilai hati dan perbuatan orang lain. Menyedari kesilapan diri adalah lebih baik, untuk kebaikan diri sendiri dan bukan untuk orang lain.

Rasulullah juga berpesan hati yang baik akan terlihat pada sikap dan perbuatannya.

Blogger yang Tandus

Ada beberapa perkara yang aku mahu cerita tentang blog.

Bagi aku, blog adalah tempat untuk berkongsi artikel untuk pembaca, berkongsi penulisan dan apa-apa yang menarik. Namun kat sini, ada beberapa perkara yang mungkin kamu perlu tahu, kenapa blog tidak macam blog.

1. First sekali, big downloading time yang sangat lembab sebab terlalu banyak animation di dalam blog. Biasanya, user akan menekan butang pangkah bila blog tersebut masih loading untuk lebih 20 saat.

2. Pengguaan short form yang melampau. Ia sangat menyukarkan user untuk membaca dengan pantas. Kadang kala aku fikir dia uploadkan SMS, bukan artikel blog.

3. Terlalu banyak iklan yang agak mengganggu mata pambaca. Berpada-padalah meletak iklan, jangan sampai iklan itu sendiri memberi sumbangan terhadap blog menjadi lebih lembab.

4. Layout yang sangat 'menarik' sampai font dalam blog tu pun dah payah nak baca. Aku kurang faham, yang dia mahu sampaikan penulisan dia atau layout dia. Mungkin Deviant Art tempat paling sesuai untuk golongan seperti ini.

5. Cerita yang sangat peribadi. Blog dijadikan diari umum, sampai selesema pun nak bagitau. Ada penulis blog yang post apa yang mak dia masak tiap-tiap hari. Apa tujuan dia sebenarnya?

6. Blog gambar. Dia upload gambar-gambar menggunakan kamera DSLR yang agak mahal tu la, then gambar-gambar dia aku rasa sangat la besar, sampai internet kelajuan tinggi pun ambil masa sampai 5 minit nak fullpage blog dia. Tahu guna photoshop, tapi tak tahu nak kecilkan file untuk tujuan uploading and download. Blog fotografi la konon.

7. Penyalahgunaan Shout Mix. Kat sini aku malas nak panjang lebar. Cuma kalau sekadar nak bagitau blogwalking atau salam ziarah untuk blog yang sakit tak guna jugak. At least, kalau komen kat ruangan komen setiap artikel tu memadai la juga. Sekurang-kurangnya penulis rasa dihargai atas penulisannya.

8. Penulisan yang baik tentunya menjadi pilihan pembaca. Blog yang baik tak semestinya perlu ada gambar, tetapi macammana penulis tu dapat buat orang suka baca blog dia, seperti Blog Anak Mat Nor, leh try tengok macammana.

Sebenarnya jika kamu avoid perkara-perkara dia atas, setidak-tidaknya orang akan faham apa yang kamu mahu sampaikan. Itu lebih baik lebih-lebih lagi kamu dah penat-penat taip, tapi bila orang baca satu perenggan rupa-rupanya kamu mahu cerita pasal kamu selsema.

Biar tiada komen, asalkan kamu bagi benda betul dan berfaedah. You must to realize, kelajuan internet di Malaysia, belum sama macam di Jepun lagi.

Just share knowledge. Anything?

Sunday, April 18, 2010

Realiti Sebuah Nombor

Permulaan segala perkara ialah nombor kosong. Selepas itu barulah wujud nombor satu. Nombor satu nombor yang kekal lama, sangat istimewa. Kemudian muncul pula nombor dua. Nombor dua disebaliknya, tak kekal lama sudah pula bertukar kepada nombor tiga. Nombor tiga terpulang, kadang-kadang bertukar empat dan lima dan seterusnya.

Nombor satu sifatnya istimewa. Terciptanya nombor satu hasil dari nombor dua sebenarnya. Peliknya nombor dua tidak wujud selagi nombor satu belum ada.

ANDAINYA nombor lima nombor terakhir, nombor tersebut akan mula terhenti untuk sekian lama. Dan mula kembali dengan nombor empat, dan kemudian tiga. Akhirnya tinggallah nombor dua. Sama! Nombor dua tidaklah kekal lama, nombor dua akan hilang dan tinggalah nombor satu di akhir sekali.

Pelik bukan. Tapi itulah reliti nombor ciptaan Illahi.

Asalnya kita bermula tanpa roh dan jasad. Apabila Allah meletakkan roh dalam jasad kita, maka terciptalah kita sebagai nombor satu. Nombor satu itulah diri kita, yang memegang watak sebagai hamba Allah selama belasan tahun dan puluhan tahun.

Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Menghadiahkan pasangan hidup untuk kita tidak bersendirian selamanya. Hidup berdua, berpasangan seperti yang pernah dijanjikan-Nya iaitu manusia ini hidup berpasang-pasangan.

Allah yang Maha Kaya dan Maha Memberi. Setelah di takdirkan bertemu dan menjadi pasangan, dihadiahkan pula cahaya mata, agar hidup berpasangan itu tidak terasa sunyi. Diberikan lagi cahaya mata demi cahaya mata, untuk kita lebih bersyukur ke hadrat Illahi. Allah Maha Kaya, memberi rezeki tidak pernah putus, selagi hambanya masih bersyukur pada-Nya.

Setelah puluhan tahun, dan usia dewasa mula berada di penghujung cerita kita, anak-anak kita ini mula meninggalkan kita. Mereka juga mula mendirikan rumah tangga, seperti mana kita lalui dahulu, dan mula meninggalkan kita bagi menjalani kehidupan seterusnya.

Kita mula tua. Hidup berdua kembali bersama pasangan kita. Sepertimana sekiranya nombor lima akan kembali ke empat dan tiga. Tapi hidup berdua juga tidak kekal lama. Segala-galanya hanyalah anugerah. Anugerah adalah pinjaman semata-mata dan Allah Maha Berkuasa, mengambilnya dia dari kita, setelah lama kita merasakan segala kehidupan dan nikmat ciptaan-Nya.

Tinggallah kita sendirian, hidup tanpa teman, setelah berpuluh-puluh tahun menempuh hidup. Dan akhirnya tiba giliran kita untuk pergi buat selama-lamanya. Persemadian yang terakhir, hanya untuk keseorangan, kesunyian tanpa pasangan yang dicintai. Hanyalah berbekalkan amalan baik, sedekah dan doa anak-anak yang soleh.

Sebagaimana bumi berputar, begitu juga nombor. Ia juga akan kembali kepada permulaan. Tinggallah kita bersama bekalan untuk berada satu ruang yang agak sunyi. Sempit dan keseorangan.

Kamu, aku berpesan untuk diri aku juga, sayangilah diri kita, dan mereka yang masih dekat dengan kita. Lafaskan tiap perkataan itu, perkataan yang terbaik di sisi-Nya. Dan berselawatlah sentiasa. Bersedekahlah untuk bekalan kita suatu hari nanti.

Kisah nombor bagi aku. Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Al-Fatihah untuk semua hambamu disana.

Tak perlu nampak suci sangat

"Nobody Perfect!", satu daripada perkataan yang selalu orang sebut apabila merujuk kepada kesilapan.

Aku, manusia macam kamu. Yang tak mampu diharapkan 100% perbuatan aku adalah sangat tepat, sharp dan perfect. Manusia yang buatlah kerja perfect mana pun, belum tentu benda tu macam yang orang lain mahu.

Tapi, sekurang-kurangnya setiap benda tu, sesuatu perbuatan yang dilakukan, tiada siapa nak melakukan sesuatu itu menjadi teruk. Tiada orang pun yang tidak mahu buat kerja nampak buruk, kalau boleh, biarlah cantik.

Namun, bagi aku janganlah harapkan yang sangat tepat dari aku. Aku bukan tuhan, tu 'kau' kena ingat la.

Namun, "STOP BLAMMING PEOPLE. Aku tak suka 'Kau' jugde aku macam 'Kau' ni bagus sangat. Yang buruk tu semua aku, yang bagus-bagus tu semua kau."

Kalau kamu rasa-rasa selalu kena bahan dengan seseorang, mulakan perkatan seperti dia atas ok.

Kamu rasa bagaimana?

Wednesday, April 14, 2010

Politik Malaysia kian gila

Sampai sekarang, aku mula menyampah dengan politik negara kini.

Tiap-tiap hari Jumaat, orang Islam khususnya bangsa Melayu akan memenuhkan masjid untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam. Ini baik, bagus dan aku suka.

Tapi realitinya orang Melayu telah berpecah dan tidak bersatu kerana kepercayaan politik masing-masing. Ini aku akur. Sebab biarlah aku melihat dari mata aku sendiri, dan bukan melihat dari pancaindera orang lain. Kalau pergi kenduri pun, kadang-kadang nak salam pun pilih-pilih tangan. Betul, biar Dia yang mengetahuinya.

Bila tengok bangsa Arab khususnya, kita selalu cakap yang mereka tak membantu walaupun sesama agama. Kes Palestin tu satu contoh dimana bangsa Arab sangat mementingkan diri sendiri dan tidak membantu menyelamatkan saudara sendiri. Pendek kata, bodoh.

Tidakkah sama apabila kita melihat situasi di Malaysia?

Mungkin ada blogger yang akan fikir aku ingin memenangkan satu pihak politik. Sorry, aku golongan yang mahu umat Islam di Malaysia bersatu, bukan bersatu dalam politik atau parti, baik pihak kerajaan atau pembangkang, tetapi bersatu menguatkan ummah hanya kerana kita ini bersaudara. Bersatu kerana kita ini hamba Allah.

Aku tulis bukan kerana parti atau pejuang slogan, tetapi kerana umat Islam kian ditindas kini walau di Malaysia mahunpun di dunia. Kepada pemimpin-pemimpin politik, sudah-sudah la bertikam lidah antara sesama saudara. Kalau anda semua pejuang Islam yang mahu diredhai, bukan jalannya untuk bergaduh.

Hentikanlah slogan-slogan perjuangan yang nampak manis, sebenarnya Islam itu semakin berpuak-puak.

Tak perlu komen, sebab komen hanya mengeruhkan keadaan.

Sunday, April 11, 2010

Semalam sangat bosan

Bila Selangor gagal ke final piala FA, itu cukup membuat aku sedikit kesal. Ya, aku memang fans Red Giant, secara automatiknya tak boleh terima kenyataan bola sepak boleh guna tangan selain dari penjaga gol.

Takpe, mungkin abang Syukor ada kelebihan macam Maradona, hand of the match.

Bila Negeri Sembilan lawan Kedah, aku rasa masing-masing juga layak ke final. Tak kisah, aku tetap support local football.

Cuma aku rasa kenapa tak sampai 20 saat mesti bola out, lepas tu dapat kat bola, mesti clear jauh-jauh. Bukan sekali buat macam tu, dari minit pertama sampai habis masa tambahan.

Main bola tak guna sepenuhnya padang, main depan VIP jer. Aku ingat penontong bahagian seberang kena pakai teropong. "Pakai teropong nampak", macam sedutan filem P.Ramlee. Haha

Last-last sekali ayat aku mesti aku sebut " ini training ke ape?"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...