Thursday, July 16, 2009

Abang, abang ni hensem la.

Pernahkah anda ditahan abang polis semasa memandu atau menunggang motorsikal?

Inginkan beberapa tips yang berguna?

Kisah satu

Suatu malam, aku ditahan oleh abang polis yang hensem (kurang sikit daripada aku) mungkin la. Jadi, tips ini aku gunakan. Semasa dia menahan aku, aku memberi isyarat ke tepi dan memberikan kunci motor aku kepada dia.

Dia tergamam. Sebenarnya roadtax aku telah tamat tempoh, dan aku berkata kepadanya sebelum dia meminta apa yang patut. "Encik, minta maaflah encik, roadtax saya dah mati, tapi saya tak sempat nak buat baru. Saya masih belajar ni cik. Kalau dah masuk bulan, InsyaAllah saya buat. Maafkan saya encik, saya salah" sambil memberikan lesen yang tamat tempoh. Dia melihat lebih kurang dan bertanya "Belajar di mana ni?" "Saya belajar di Kolej Poly-Tech Mara cik" sambil me'encik-encik' dengannya.

"Ok, takpelah" sambil memberikan segala kad-kad ic, lesen dan roadtax tu. Tak lupa juga "Terima kasih ye encik, saya gerak dahulu" kata aku sambil menghargai kerja dia.

Kisah dua

Sorang polis berpangkat pakcik menahan. Aku memberi isyarat ke kiri dan memberikan kunci kepadanya. Dia menolak sambil berkata "Takpe". Sebelum dia meminta dokumen yang patut, aku berkata "Tuan, maafkan saya, roadtax saya dah mati ni tuan. Baru lagi. Saya belajar lagi ni. InsyaAllah bila wang ada, saya buat segera, kebetulan saya baru pulang ziarah orang sakit ni. Saya minta maaf tuan, saya salah." sambil memberikan IC, lesen dan roadtax.

Polis tersebut memegang bahu aku dan aku terkejut, seraya dia berkata "Bagus! Kamu tak ada roadtax tapi kamu berbudi bahasa. Orang macam kamulah perlu selalu ada. Jangan jadi golongan muda yang lain. Sudah salah lagi kurang berbudi bahasa. Kami bukan mahu saman, tapi kami ingin menjalankan undang-undang. Sekalipun kamu melakukan salah, saya masih boleh lepaskan kamu kerana budi bahasa kamu.".

Dan aku lepas untuk kali yang keberapa pun aku tak tahu.

So ambil tips ini. Mungkin ia berguna kelak :
  1. Menghentikan kenderaan secara sopan.
  2. Minta maaf sebelum menyatakan kesalahan.
  3. Memberitahu kesalahan.
  4. Memanggil Tuan atau Encik. Jangan sesekali panggil 'abang'
  5. Memberitahu anda tidak akan ulang kesalahan.
  6. Beritahu jika anda mahu meneruskan perjalanan.

Tips ini 99.9 peratus berjaya. 0.01 tidak akan berjaya jika mood abang polis tu tak baik masa tu.

Anda bagaimana?

11 comments:

Firol said...

HAAH SETUJU..SEBAB PERNAH KENA BUAT CAMTU..MEMANG LEPAS....

nana~ said...

owh.. saya kene tahan jpj saya marah dia balik. errr.. bukan marah, tapi membebel kat dia. saya tak salah dia tahan saya sape suruh kan. hihihihi

tapi memang penah kene tahan dengan polis sebab langgar lampu merah. time tu mintak maaf berpuluh2 kali. muahahha

cik helena said...

eh saya panggil abg..tak kire berape pun unur dier..tak penah kene saman..hehehehe

squesha said...

haha.best2.ble try nnt kalau kena tahan polis.

tp better lg kalau kita avoid dr buat apa2 kesalahan.kan?

hehe :p

Live LiFe..LoVe LiFe.. said...

setuju..mmg berkesan..

Kinjunx said...

huhu
nice nice..
boe gune pkai niy..
tq kpd anda

epullani said...

insyallah saya mencuba..
tp tataw la kene ke x..
cz aku nek ngan azad selaku anak polis..
so kalo kene tahan tuh..
paham2 je la..
knfm lepas..
hakhakk

Budak Pensel Yazid said...

to firol : ya, anda telah lepas..berape kali ek? :|

to cik nana: amboi, jgn marah JPJ ye, silap2 nanti lesen kene tarik..ha, amik ujian rabun warna balik.. :P

to helena : dia panggil abang nanti dia fikir lain lak :O

to nursyahidah : bukan tak leh, tapi kalau kene tahan, itulah tipsnya.. penting tuh.. :)

to All about my life : anda pula berapa kali? :>

to kinjunx : tapi jgnla tiada lesen, kalau tiada tu, silap2 pergi balai noh... :P

to epullani : dengan azad leh la panggil abang polis.. :P

Anonymous said...

aku suka gaya tulisan ini. ringkas tapi berjiwa. salam singgah

Rashila In Da house said...

nak wat cam tu leh wak...tapi mesti pastikan kalo nek motosikal mesti pakai helmet.kalo nek kete mesti tali pinggang kledar.kalo ckp baik cammana pon sure kene saman gak kan...

Budak Pensel Yazid said...

kepada Huzaiba : Terima kasih kerana sudi membaca penulisan ini. Semoga, anda juga berjaya dalam Fotografi :)

Kepada toma tomel : Kalau tak sengaja tu takpe la. Tapi kalau sengaja cari hal, mungkin abang polis tu yang tak segaja tersaman pulak.. Haha :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...