Sunday, July 5, 2009

Krisis Seorang Remaja

Semasa zaman persekolahan aku, aku tiba-tiba menjadi sedikit hyper-active. Aku suka untuk men'join' trend yang ada disekeliling. Rasa macam bagus mula membara.

Zaman aku, aku tengok kawan-kawan semua tempah seluar saiz besar di bahagian bawah. Mula-mula dorang buat 18 inci, lepas tu ade yang berani 20 inci. Sampai kat aku, aku tempah sampai 23 inci. Aku rasa kucing betina prengnant pun boleh sorok kat bawah seluar aku.

Setiap petang, kawan aku nie buat tarian break dance kat sekolah. Mula-mula aku tak bape minat. Tapi jujur la, aku pun buat break dance skali akhirnya sebab terikut-ikut. Dengan memasang lagu Too Phat yang popular dengan lagu anak ayam tu, tajuk aku lupa, terkinja-kinja la kami macam lipan masuk dalam underwear. Agak bodoh bila aku fikir balik.

Banyak kali dah kami di'sound' cikgu disiplin. "Dey, you ingat ni pentas ke? Pergi dance luar sekolah la" kata cikgu yang aku dah lupa nama dia. Kami ni nama je pengawas, tapi kami jugak la yang selalu menyanyi nasyid tiap kali menyambut sambutan Maal Hijrah, Maulidur Rasul, dan Pertandingan dalam daerah. Gila punya Multi Tasking.

Zaman sekolah aku ni nak glamer je lebih. Orang kata poyo-poyo. "Ala, biarla orang kata poyo, bukan kau kacau mak dorang berak pun" kata Al-Fala merangkap kawan sekampung aku.

Korang? Mesti ada kenangan gila jugakkan. Meh kongsi.

6 comments:

nana~ said...

mak aih... 23 inci. bole wat kipas tu. zaman skolah dulu, kawan2 sume pakai kain skolah menyapu lantai. nsb baik tak terikut2. tapi menyetan kat benda lain la. seronok dok hostel. dok dgn kawan2. makan megi dalam plastik, gado dengan monyet. kenangan sume tu kan?

Budak Pensel Yazid said...

ohhh... bila duduk hostel, tipu la tak kuat makan maggie..hahaha..
Setuju setuju..

HanaKimi said...

..(^^)..

epullani said...

aku dlu skola jd ketua mcm2..
tp x pnah pon menjalan kan tanggung jawab selaku ketua.. hakhakk..

aku de jd ketua uma sukan..
tp aku ckit pon x besukan..
masuk kan name owang je ganti kan aku..
waakkaka
maleh la aku..

Budak Pensel Yazid said...

to hanakimi : :)))))
to epullani : anda memang camtu ker?

countess_anne said...

bila sebut pasal zaman sekolah.. ada maacam2 perkara yang bermain2 dalam fikiran saya.. tp paling saya xboleh lupa, saat sy hilang diri sy.. terperangkap dalam pencarian yang saya sndiri sebenarnya tak tau.. semuanya gara2 hilang nya kekuatan yang ada pada saya... bila rasa rendah diri menguasai saya, kebencian dan kemarahan saya satu kan.. saya salah kan keadaan.. mujurlah bila saya cuba lari dari masalah tu, keluarga beri saya kekuatan untuk hadapi.. segelintir teman masih lagi mendekati.. mujurlah.. hari ini.. saya menjadikan itu sebagai satu pengajaran.. dan melalui hidup ini dengan lebih bnyak kekuatan.. terima kasih allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...