Thursday, December 31, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru

Dan selamat kembali ke sekolah kepada adik-adik sekalian. Hehe

Thursday, December 24, 2009

Dialog Hospital

Setelah berminggu-minggu menanti, tiba saatnya Harun dibedah.

Harun : Doktor, saya takut kerana ini saat pertama kali saya dibedah.

Doktor : Saya faham perasaan awak. Saya pun pertama kali membedah.

Wednesday, December 23, 2009

Kenyataan Gila

Ketika berada di sekolah rendah dulu, aku membuat kawan-kawan aku percaya kenyataan aku ini sangat benar! Berbunyi seperti ini..

"Dunia ni semakin lama semakin mula berwarna-warni. Zaman dulu mana ada warna, kau tak tengok ke cerita P.Ramlee semalam? , hitam putih je kan." lafas aku dengan penuh bangga.

"Orang zaman dulu beli baju raya putih dan hitam je kot!" tambah aku sambil ketawa. Aku sangat percaya yang zaman dulu kala manusia hanya melihat setiap objek hanya berwarna hitam putih setiap hari.

Aku merasakan begitu sebab aku terselongkar album kahwin mak abah aku, gambarnya agak kekuningan dan mula ada sedikit warna berbanding dengan filem P.Ramlee yang sepenuhnya hanya hitam putih.

Aku merasakan perkahwinan tersebut berlangsung ketika dunia mengalami tranformasi warna secara perlahan-lahan.

Dan semakin lama semakin pekat.

Dulu mana ada warna

Wednesday, December 16, 2009

Tak perlu curang

Sang suami terkejut apabila semasa beliau menyongkar laci almari baju, terjumpa gambar yang membuatkan dia sangsi terhadap pasangannya.

Suami : Kenapa ada gambar lelaki dalam laci awak, awak curang ya..?

Isteri : Tak, sebenarnya itu gambar saya sebelum saya menukar jantina..

Suami : ?!!

Tuesday, December 15, 2009

Filem 2012 tu apa masalahnya.

Sejak aku sedar yang sebenarnya dinosour itu tiada langsung dalam kitab, segala cerita rekaan Hollywood termasuk UFO aku tak percaya satu percent pun.

Sekarang tiba-tiba keluar Filem 2012. Kamu rasa perlu ke aku percaya macam zaman belum ada internet broadband?

Saturday, December 12, 2009

Aku lelaki terkaya dalam Malaysia ?

Semalam aku jumpa Faizal. Faizal adalah kawan baik aku sejak aku belajar di IKM Lumut daripada tahun 2004 lagi. Sekarang masing-masing dah kerja.

Seronok bila kita jarang-jarang jumpa kawan seperjuangan dulu. Jumpa selalu tak best, tapi jarang-jarang tu lebih seronok, sebab berbual pelbagai cerita.

Tak kisah la cerita apa pun. Dalam bual-bual tu, aku lebih suka kalau ada kawan Faizal datang nak join sama. Tibanya dua kawan Faizal ni, seiklasnya aku sangat friendly dengan mereka. Bertanya pasal tempat kerja, tempat tinggal. Itu namanya berkenalan.

Aku tak kisah. Tengah sembang-sembang tu, mamat 'A' ni tiba-tiba open bisness. Bisness pelaburan la katanya. Cerita mesti nak gempak, sehari boleh cecah pendapatan sehingga RM500, dan sebulan RM 15,000, amacam?

Dia bekata lagi...

Kononnya berbeza dengan MLM lain. Untuk pendaftaran kena register sebanyak RM549. Kemudian kena bina binary piramid seramai 2 orang, dan aku kena pastikan setiap seorang ini mencari lagi 2 orang seperti berikut.

Kemudian aku 'mampu' menjana pendapatan sebanyak RM15,000 sebulan. Kemudian si mamat 'C' ni lak tanya aku, ada masalah tak dengan benda ni? Ya, aku jawab aku ada masalah kewangan. Mamat 'C' leh suruh aku pinjam mana-mana kawan sampai aku cukup RM549 untuk buat pendaftaran tadi. Untuk kuatkan hujah dia, dia start buka surah la, firman la, kalau nak kaya mesti kena mencuba, bla bla bla.

Sepanjang dia bercerita tu, sebenarnya aku semakin panas. Tapi aku diam. Diam kan intelligen!

Sebenarnya MLM ni ramai takkan berjaya. Sebab MLM ni cuma mampu buat orang paling atas dan second level je kaya. Awal-awal lagi aku dah tau. Sebab, jika aku monitor network downline aku pun, aku cuma mampu jaga first line je. Second line aku takkan dapat monitor lagi sebab aku dah tal kenal orang tu.

Kat sinilah ramai orang gagal untuk bina dan maintain network.

Kamu bayangkan aku kena daftar sebanyak RM549, dan downline bawah aku pun kena bayar sama juga. Kalau dijumlahkan, aku termasuk 8 orang x RM549 = RM4941.

Kan lebih baik aku cari 8 orang, aku suruh 8 orang ni belakon jadi network aku, dan aku registerkan semua sekali berjumlah RM 4941 guna duit aku untuk memastikan aku dapat RM15,000. Daripada aku pinjam RM549 daripada kawan-kawan, lebih baik aku pinjam RM 4941 kat Ah Long. Lihat gambarajah di bawah.

Kamu rasa, kenapa si 'A' dan si 'C' sendiri tak buat macam ni kalau tujuan sebenar MLM mereka ni nak makan duit-duit register ahli yang gagal bina network piramid masing-masing. Apabila kamu telah daftar, kamu telah terperangkap untuk mendapatkan kembali wang kamu dengan mengajak rakan-rakan sertai sama. Perkataan 'mampu' menjana RM15,000. 'Mampu' disini bermaksud belum tentu.

Dan apabila kamu berjaya sekali pun membina network, kamu sebenarnya perlu melakukan kerja lain untuk memastikan kamu benar-benar dibayar RM15,000. Ia tidak disebut pada mula-mula kamu register sebelum ini. Sangat mustahil ada syarikat yang kamu bayar RM 4941 kepadanya dan syarikat tersebut membayar kamu RM 15,000 tanpa kamu melakukan apa-apa.

Kalau betullah boleh kaya, dah lama si 'A' dan si 'C' sudah kaya sekarang.

Kesimpulnya, kalau ada sesiapa yang offer kamu, kamu tolak dengan mengatakan kamu tiada masa, kamu banyak kerja, atau apa-apa sahaja yan berkaitan dengan masa. Jangan sesekali kamu mengatakan kamu tiada modal. Check Mate!

Thursday, December 10, 2009

Soalan Ali

Suatu petang yang mendung bagaikan senja, Ali bertanya satu soalan kepada kawan karibnya, Sukeri.

Tanya Ali kepada Sukeri " Sukeri, kalau kau bemimpikan kau terjatuh dalam kandang harimau, apa yang kau buat?".

"Matila aku" jawab Sukeri yang sedang menggaru perutnya yang tidak gatal.

"Kan senang kalau kau bangun je dari tidur " sinis Ali.

Wednesday, December 9, 2009

Ia menjadi kenyataan

Agak ringkas, kemas dan nampak mudah. Menggunakan tingkap jenis tinted gelap, dan warna papan yang agak light brown. Bertujuan semata-mata untuk mengekalkan corak semulajadi urasan kayu atau papan.

Menjadi lukisan 3D setelah rumah ini sepenuhnya disiapkan. Walaupun pembinaan agak memakan masa, ia dibuat oleh ahli keluarga sendiri. Tujuannya, memanfaatkan segala kemahiran yang ada serta ia lebih menjimatkan kos.

Dan ini merupakan penambahan rumah atau 'renovation' yang siap sepenuhnya pada pertengahan tahun ini, cuma aku tak pernah cerita sebelum ini untuk berkongsi bersama kamu.

Mungkin aku suka hold satu story sampai waktunya baru aku post sesebuah artikel walaupun ia cerita yang sudah lepas.

Sebuah post yang aku terlewat publish

Kemalangan boleh berlaku dimana-mana sahaja. Walaupun di tempat awam, adik Faris dan Faiz tetap menjadi mangsa kecuaian seorang Pak Gad yang terjatuhkan pump gun sehingga tertembak dan menyebabkan cedera parah kanak-kanak ini.

Motivasinya, janganlah cuai sehingga boleh menyebabkan kecederaan orang lain, yang tidak bersalah.

Mesej untuk mereka

Sekiranya tiada cinta insani untukmu, cukuplah cinta Allah penyuluh hidupmu. Kelak, akan ada cinta dari insan yang mencintai Allah sepertimu.

Monday, December 7, 2009

Blogger macam aku

Rasanya aku dah lama tak menulis, sejak beberapa minggu ni. Setiap kali aku meniti hari, aku selalu dapat informasi baru, menghayalkannya dan menyusun untuk dijadikan penulisan dalam blog. Cuma, nak menjadikan kenyataan itu, merancang lebih mudah dari melaksana.

Dan saat ini, aku selalu merasakan tiap-tiap cerita itu, adalah satu cerita yang kian menjadi nostalgia yang amat panjang, jika ia dituliskannya, dibaca oleh pembaca setianya. Menjadi sebuah diari hidup walau sering dilihat blog itu seakan-akan mati. Coretan yang tulus dari hati seseorang yang menempuh hidupnya setiap hari.

Masa itu berlalu. Cerita bertukar cerita, setiap perkataan penuh dengan coretan warna warni dan kejujuran. Dan setiap saat itu, lahir seorang penulis yang menulis di dalam dunia blog ini, menulis sebuah cerita yang tujuannya sama, berkongsi dengan pembaca dan penulis yang lain. Yang membezakannya hanyalah 'cerita' dan informasi yang disampaikan itu.

Aku manusia, yang suka menulis, bercerita dan bercerita sepanjang masa. Menulis, untuk memberikan kamu sebuah cerita, hidup ini penuh harapan dan sesuatu yang sangat baru. Aku mahu explore bersama kamu, walaupun hidup ini penuh seribu penyesalan dan air mata, namun sejuta cahaya dan senyuman selalu ada di penghujung duka. Dan percayalah.

Dunia ini penuh dengan kenyataan. Dunia tempat untuk kita tempuh, duka dan gembira, yang segalanya adalah perhentian, untuk kita kembali ke kampung halaman yang lebih kekal selamanya. Seandainya kamu merasakan hidup ini adalah harapan buat kamu, maka percayalah sebenarnya tuhan sangat sayang kepada kamu.

Friday, November 20, 2009

Tengok ni! Tiba-tiba dah terlepas.

Kenapa aku terlepas daripada jemputan ini. Ops, masa ni aku sedang praktikel lagi la.

Wednesday, November 18, 2009

It Become Better

Minggu ni aku paling sakit. Mana tidaknya, selepas minggu lepas aku bekerja tanpa henti termasuk Sabtu Ahad, minggu ni pula terpaksa aku bekerja lebih masa sehingga saat aku tulis post ini, sebenarnya aku telah bekerja lebih 24 jam tanpa henti.

Dan sekarang ini hari Rabu, bermakna aku telah 10 hari tidak berehat sepenuhnya. Mental perlu kuat, dan anggaplah bukan kehendak kita. Anggap saja ia cabaran dan ujian Maha Esa. Semudah itu mampu aku sinopsiskan.

Pagi tadi, mak aku ter'sound' aku.

"Ko minggu ni kerja lagi ker?". Dan aku cuma mengiakan saja. "Kerja lah, kerja tengah banyak". Dengan penuh konfidennya aku menjawab, memandangkan ini jawatan pertama aku selepas tamat belajar. Sudah tentu cuba menunjuk kebagusan sebagai pekerja.

"Ko tak tahu ker jiran ko dah nak kawin minggu ni? , tu la, kerja siang malam." balas mak aku yang sedang melipat kain.

Mula-mula agak terkejut la, tapi bila fikir balik, agak kelakar. Sebab aku bukan ada pape pun dengan Nana, ( beliau merupakan anak dara jiran aku yang akan berkahwin ahad ini ). Cara mak aku bercakap tu macam Nana kecewa pada aku sebab asyik kerja.

Macam la, atau seakan-akan, atau hampir-hampir.

Atas sebab kejiranan niat mak aku tegur sebenarnya. Bukan pasal Nana tu duk syok kat aku sebelum ni. Jarang usya Nana tu pun. Tengok pun tak nak. Tutup pasal Nana sekarang.

Aku sekarang sedang sibuk mencetak iklan bagi Produa Alza. Semestinya aku perlu masa bekerja. Bukan kecik, 80 kaki x 10 kaki x 4 unit. Satu unit printing makan masa 4 jam.

Agak-agak, cantik tak MPV pertama Produa ni?

Cuba komen sedikit..


Thursday, November 12, 2009

Kongsi Bersama Kamu ( Baca Ler )

Ramai pembaca dan penulis blog tertanya-tanya mengapa aku agak slow mengupdate blog akhir -akhir ini ? Ya, aku rasa memang patut kamu tanya sebab ke'busy'an kerja setelah tamat belajar di Ipoh dulu. Aku rasa, sudah tiba masa aku kongsi bersama kamu apa yang aku buat sekarang.

Bekerja dengan syarikat advertising ni, memang padat jadual kerjanya. Client selalu hantar design, suruh edit itu ini, buat color proof, kemudian hantar kat dia sampai dia setuju dengan kemahuan dia.

Tak semua FA yang diberikan client sama dengan hasil printing kami. Jadi secara teknikal, kami perlu perbetulkan warna supaya hampir seratus peratus sama menggunakan large format printer kami. Kami print berskala kecil, dan bandingkan warna yang mereka print dari printer kecil mereka.

Setelah dua-dua pihak setuju, cetakan saiz sebenar perlu dijalankan. Seorang dari kami perlu menjaga kualiti cetakan supaya sekiranya ada sedikit masalah teknikal terhadap warna cetakan, kami perlu cepat hentikan printer dan buat ape yang patut. Satu cetakan paling minima biasanya 1 jam. Setakat ni faham ?

Setelah cetakan siap, finishing akan dilakukan atas kehendak kedua-dua belah pihak. Sambungan biasa dilakukan kepada visual yang lebih besar dari saiz material atau vinyl ( kanvas ). Sebagai contoh, kami terpaksa menyambung hasil cetakn sehingga visual mencapai sehingga 100 kaki! Lihat gambar atas lama-lama.

Setelah semua perkara tersebut siap, pemasangan dijalankan pada waktu malam dengan permit polis (bukan permit pendatang yek). Ini bagi mengelakkan lalu lintas sibuk la. Dan gambar diatas adalah hasil yang telah dilakukan mengikut proses yang telah disebut tadi. Cuba lihat saiz manusia di belah kiri-bawah visual. (lokasi, Jalan Istana KL)

Aku perlu curi-curi masa untuk menulis blog sekarang. Dan bagus juga aku dapat kongsi kepada kamu semua.

Aku harap, kamu semua suka.

Suka tau.

Tuesday, November 10, 2009

Kamu Tak Akan Jumpa Noktah

Seseorang yang telah mengubah menjadi lebih sepi. Walau sekecil mana pun perasaan aku waktu itu, itu cuma perasaan. Bak pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Perasaan yang halus, diam, dan sunyi, walau aku tak tahu kenapa.

Jangan takut pada tiap-tiap cabaran baru setiap hari. Tuhan tak akan beri sesuatu perkara yang kita tidak mampu lakukan. Bukankah itu selalu aku pesan kepada kamu selalu.

Dan percayalah pada diri kamu, lalu senyumlah.

Thursday, November 5, 2009

Cuba Kamu Bayangkan...

Cuba kamu bayangkan, kamu masuk pejabat pukul 9 pagi, dan pukul 9 pagi tu kamu breakfast sekejap di warung dengan kawan kamu.

Pukul 9.30 pagi, kamu masuk pejabat, sembang-sembang dan main game sampai pukul 11 pagi. Kemudian tengok movie sekejap sampai pukul 1.

Pukul 1 petang, bos kamu panggil makan semeja sesama staff sepertimana hari-hari biasa. Rasanya breakfast pun masih kenyang lagi, tapi nak buat camne, bos aku tu pangkat Datuk, tak boleh la tolak pelawa dia. Suka hati je.

Selepas Zohor, main game lagi, tak pun tukar movie lain (kononnya mengisi waktu kerja) sampai pukul 3.30 petang camtu. Kalau mengantuk time tu, boleh la tidur sekejap.

Pukul 5 petang, seolah-olah nak bersiap balik, padahal pejabat tutup pukul 6 petang. Kalau Datuk tiada, mungkin balik lebih awal pun boleh jadi

Bayangkan kalau setiap hari selama sebulan macam tu.

p/s : Sumber daripada General Manager aku bila dekat-dekat hujung tahun selalu tiada projek

Wednesday, November 4, 2009

Mesej Untuk Kamu

Setiap pagi, kamu bangun dan bersiaplah untuk memulakan hari kamu.

Mulakan pagi itu dengan mengucapkan perkataan paling Allah suka. Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar.

Jika kamu masih mempunyai ibu-bapa, tak salah jika kamu mencium tangan mereka, kerana jari jemari mereka adalah jemari terakhir dalam hidup kamu. Setelah itu, teruskanlah perjalanan kamu mencari rezeki di dunia ini.

Dalam perjalanan kamu, ucapkanlah selawat ke atas Rasul, dan yakin dan percayalah pada Allah, Allah akan sentiasa menyelamatkan kamu dalam perjalanan itu.

Setelah sampai ke destinasi, jumpalah dengan sesiapa pun, hadiahkanlah mereka seukir senyuman dan mulakanlah perkataan yang baik. Nescaya kamu mudah untuk berurusan dengan mereka. Bukankah ini janji Rasullullah juga.

Jika anda ada sedikit kesenangan, berikanlah sesiapa sahaja yang lapar dan dahaga sedikit makanan dan minuman. Pastinya anda terasa sedikit gembira di hati dengan melihat mereka hilang sedikit kesusahan.

Dan tiada lain yang aku mahu, selain kamu menjadi seorang yang menjadi insan yang bersyukur dan boleh membuat insan lain tersenyum. Dan tiada yang membuatkan aku gembira, melainkan kamu sebagai pembaca, telah membaca mesej ini.

Aku sangat berharap kamu menjadi lebih gembira dan menjadi penawar segala duka sekalian manusia yang kamu temui tiap-tiap hari. Sememangnya kamu insan yang bermakna. InsyaAllah.

Saturday, October 31, 2009

Dan Terima Kasih, Ipoh

Kita manusia yang punyai impian, cita-cita dan matlamat. Manusia yang penuh mimpi, dan realiti. Dan impian itu kadang kala seakan berlari jauh, dan adakala ia seakan diam atau mendekati kita, antara pelahan dan cepat.

Kejayaan itu sememangnya bukan urusan kita menentukannya. Adanya masa, kejayaan itu milik kita, dan ada masa ia hanyalah sekadar cita-cita yang selama ini hanyalah sekadar arah tujuan.

Dan selagi diberi masa dan tempoh, hanya usaha ikhlas sekiannya menjadi sebuah cerita yang penuh warna. Usaha selalunya penuh dengan pahitnya liku perjalanan. Bukankah ubat juga pahit?

Kejayaan seharusnya berbalas dengan kesyukuran. Kejayaan milik Maha Esa, dan menjadi milik kita hanyalah usaha. Kejayaan adalah hadiah, anugerah atas usaha manusia.

Terima kasih kepada sesiapa yang pernah mengucapkan perkataan baik, nasihat, dorongan mahupun ilmu yang sedikit. Kerana setiap perbuatan baik kamu, menjadi sebahagian daripada apa yang telah aku capai.

Terima kasih kamu semua. Setiap perbuatan baik itu, walaupun sebesar zarah, pasti akan dibalas baik walaupun kita tidak melihatnya.

Tuesday, October 27, 2009

25 Oktober

Ada cerita sedikit tentang 25 Oktober lepas.

  • Buat pertama kalinya dua pelumba Malaysia menyertai kejuaraan dunia MotoGP
  • Aoyama menjulang juara dunia kategori 250cc di Sepang
  • Rossi mengesahkan juara dunia ke-7 MotoGP di Sepang, dan untuk ke-9 untuk semua kelas.

Dan pada hari itu,

  • Aku mendapat dua tiket VIP untuk tayangan teater Cuci The Musical di Istana Budaya, daripada syarikat aku bekerja.
  • Abah aku pergi ke Litar Sepang bersama rakan-rakannya menonton live MotoGP.
  • Tiket teater tu, aku beri kepada mak dan kakak aku.

Dan aku pula ?

Menonton televisyen di rumah. Aku sungguh happy pada hari tu. Cukuplah hanya sekadar orang yang pernah melahirkan aku, rasa gembira pada hari tu. 25 Oktober yang sungguh bermakna.

:)

Saturday, October 17, 2009

Baca sekejap, nanti kamu faham

Sejak aku mula kerja, masa aku semakin terhad. Tapi, terima kasih kepada beberapa orang pembaca yang sudi komen post-post yang lalu. Aku suka belajar dari komen kamu semua.

Mungkin aku terlupa beritahu, aku sekarang bekerja dengan sebuah syarikat advertising di Sg. Besi, Kuala Lumpur. Bekerja sebagai Large Printer Operator, memang masa terlalu pendek untuk 8 jam bekerja. So, menjadi sedikit sebab kenapa lewat update blog ini.

Terbaru, iklan Cuci the Musical yang dorang sibuk nak pasang kat atas Jalan Istana tu, sampai pukul 3 pagi print tak habis-habis. Mamat Hans Isaac ni memang kerja keras betul la.

Rupanya, Leo Burnett selalu hantar design dia untuk color proof kat sini da. Kalau kamu kenal graphic designer Yasmin Ahmad, mesti kamu tahu mamat Leo ni siapa.

Sunday, October 4, 2009

The Day for a Thousand Smile

Manusia sukakan hadiah. Hadiah sentiasa membuat kita tersenyum. Dan sebaik-baik hadiah adalah hadiah yang kita beri kepada diri kita sendiri, yang membuat orang lain tersenyum.

Apabila kita cukup berusaha dan menderita, kegembiraan selalu menanti di penghujung cerita itu.

Maka, semalam aku telah melihat selautan insan yang bergembira untuk penghujung cerita mereka.

Sunday, September 27, 2009

Melihat Sebuah Abstrak Hidup

Salam Hari Raya kepada semua.

Setelah sekian lama aku berehat menulis blog, ada kalanya masa tersebut aku gunakan untuk melihat suasana sekeliling untuk mencari ketenangan.

Suasana abstrak adalah cantik walaupun ada kalanya kita rasakan ia tak se'perfect' mana.

Banyak lagi akan aku kongsikan bersama kamu. :)

Saturday, September 5, 2009

Lailatulqadar

Aku mulakan ceita ini dengan lafas bismillah.

Siang itu terlalu panas. Cahaya matahari tidak lagi kekuningan, malah cahayanya putih. Tidak seperti hari biasa.

Cerita Lailatulqadar, tiada siapa yang boleh menjangka bila waktunya. Bahkan, tiada siapa yang akan menyangka hari itu adalah harinya, dimana berlakunya Lailatulqadar lebih baik daripada seribu malam.

Peristiwa ini berlaku pada penghujung tahun 2004. Masa itu aku menuntut di IKM Lumut dan bulan Ramadhan jatuh pada penghujung tahun tersebut. Aku semester satu waktu itu.

Hari itu amat letih. Tak hairanlah aku terlajak tidur sampai bangun pukul 11 pagi di bilik rehat (bilik mengulangkaji) aspura. Aku masuk ke kelas pun disaat semua pelajar sedang sibuk mengikuti kelas Cik Bahrin.

Bila malam menjelma, menjadi tabiat aku tak suka tidur malam. Memandangkan bulan Ramadhan, aku lebih berani untuk study seorang di bilik rehat kebiasaannya. Sebab tiada sebarang gangguan setan dan iblis. (padan muka kena ikat).

Pada pukul 2 pagi, datanglah Fairus, kawan aku dari kursus yang berlainan, menyapa aku di bilik itu. Oh, malam itu aku berteman. Memang aku dengan sorang mamat ni je la yang tak tidur lagi. Dia kata malam ni panas, so tak boleh tidur.

Tiada yang lebih menarik, selain berborak dan ketawa-ketawa.

Tiada yang lebih menarik, selain berborak dan ketawa-ketawa.

Tiada yang lebih menarik, selain berborak dan ketawa-ketawa.

Aku masih ingat, perbualan kami terhenti pada sekitar 3.30 pagi. Pada fikiran aku mengapa suara perbualan kami yang perlahan menjadi semakin kuat. Seolah-olah kami berada di bumi yang tiada nyawa, tiada bangunan dan seolah-olah berada di padang jarak. Setiap patah perkataan semakin kuat, dan jelas.

Suhu pada waktu itu sudah bertukar menjadi sejuk. Waktu itu, aku tak menoleh langsung ke tingkap. Semakin aku pelik, tiada lagi bunyi cengkerik, sisipan daun dan angin yang selalunya mengiramakan setiap malam. Udara juga bagaikan terhenti. Segala alam ini terhenti. Hanya bunyi kipas dan suara perbualan kami yang mendominasi suasa malam itu.

Fairus, tersentak apabila terpandang sesuatu yang sangat luar biasa padang diluar bilik. Melihat matanya terbeliak seperti biji petai itu, seolah mengajak aku cepat-cepat pandang sama.

Tatkala aku melihat, betapa terkejutnya apabila pokok-pokok yang ada diluar, merunduk, menyembah bumi. Seakan mimpi, bila aku memandang, seolah-olah pokok itu sujud ke bumi. Pokok-pokok itu bukannya rendah, tapi bagaimana malam itu ia meluruhkan dedaun dan dahannya.

Aku dan Fairus berjalan keluar melihat lebih dekat semua ini.

Dan sekali lagi aku terkejut apabila terdongak, melihat langit bagaikan tiada penghujung. Langit yang aku lihat malam itu sangat luas, lurus, tembus sehingga ke cakerawala. Tiada batasan. Langit yang sangat hebat. Melihat langit yang tak pernah terbatas. Berbeza dengan selama ini yang aku melihat langit berbentuk 'curve'.

Hanya satu perkataan yang boleh aku ungkapkan pada Fairus ketika itu "Adakah ini yang pernah diceritakan tanda-tanda Lailatulqadar?"

Hanya mata yang mula berkaca itu yang dapat mentafsirkan segalanya.

Wednesday, September 2, 2009

Tatkala Kamu Mencorakkan Dunia

Sesungguhnya manusia itu penuh perasaan suka dan benci, bangga dan kecewa tiap-tiap sisi perjalanan hidupnya.

Saat kamu melihat dunia, kamu merancang sesuatu kebaikan bagi diri kamu untuk di masa yang akan datang. Memikirkan masa depan yang lebih baik, daripada apa yang kamu miliki ketika itu.

Namun, tidak semua perancangan itu sama dengan saat dan ketika waktunya.

Setidak-tidaknya, kamu akan rasa kecewa apabila takdir tidak menyebelahi kamu. Mengharapkan sesesuatu pada realitinya 'belum pasti' merupakan satu pertaruhan hidup-hidup.

Hidup memang satu pertaruhan. Manusia yang berjaya itu, manusia yang bangun setelah jatuh. Tiada kenangan manis akan dikecapi, tanpa sesuatu kisah perjalanan yang penuh dengan titik-titik hitam.

Apabila kamu tidak menghadapi pahitnya kehidupan, mustahil kamu mampu merasakan kesudahan diakhir sebuah cerita.

Tatkala kamu mencorakkan dunia, sebenarnya Allah itu selalu bersama kamu dengan merancang sesuatu yang lebih baik untuk kamu, itulah qada' dan qadar, sebuah cerita yang sudah tertulis.

Tuesday, September 1, 2009

Nabi Palsu Yang Mempunyai Blog

Jika kamu seorang muslim, sila 'Flag'kan blog makhluk yang mengaku sebagai Rasul Allah yang diturunkan dikalangan bangsa Melayu ini.

Lakukan Flagging kepada blog link di bawah ini.

http://messengerofgodtoday.blogspot.com/

Kamu boleh membaca petikan yang agak 'mereng' darinya dengan mengikuti link ini

http://messengerofgodtoday.blogspot.com/2009/08/bukti-kebenaran-tuhan-menurunkan-al.html

Sesungguhnya apabila kamu telah terbaca post ini, menjadi kewajipan kepada kamu melakukan yang terbaik untuk agama kamu.

Sumber asal daripada - http://konotasi.blogspot.com//

Sunday, August 30, 2009

Bila sebut tentang 'Fly'

Antara yang menarik semalam adalah demonstrasi membuat insect lure oleh Dron, seorang penggiat Fly Fishing di Malaysia ini.

Gambar ini aku kongsi bersama kamu, bagaimana insect palsu ini dibuat menggunakan tangan sepenuhnya sebagai umpan pancing layang.

Ikan selalu kena tipu kan.

Thursday, August 27, 2009

Blog Pintu Akhirat

Beberapa hari ini aku ada sedikit sibuk, walaupun hanya membuat kerja-kerja di rumah.

Walaupun sebenarnya kerja itu tidaklah sebanyak mana, tapi dalam Ramadhan ini kadang kala perbuatan itu membataskan kita, terutamanya kerja-kerja yang membuatkan kita mudah haus.

Ya, bulan puasa bukan cerita tentang lapar, tapi cerita tentang dahaga. Kita minum air dahulu baru menjamah makanan tiap kali berbuka. Tak tahulah orang lain.

Bercerita tentang blog, terima kasih kepada penulis entri yang menyampaikan sedikit ilmu, tak kiralah ilmu apa pun, asalkan bermanfaat.

Aku suka baca blog seperti ini. Aku harap kamu juga suka.

Sekurang-kurangnya kamu menyahut seruan kerajaan supaya selalu membaca bukan?

Dalam agama juga diajar ilmu itu selalu hampir kepada mereka yang selalu membaca.

Teruskan menulis, mana tahu saya akan baca.

Sunday, August 23, 2009

Krisis Tidur

Baru-baru ni, aku cepat rasa mengantuk.

Asalkan selepas makan di waktu pagi je, aku akan tertidur tak kira la depan tv ker, kat kerusi ker ataupun laluan ke dapur.

Selalu tertidur sampai 3 jam. Tengahari ataupun pukul dua baru bangun. Kadang kala adik aku dah balik sekolah pun aku tak perasan. Seolah-olah aku ni macam anak kucing. Kucing pun jeles la tengok aku.

Dulu aku jenis tak tidur malam. Tinggal seorang kat First Garden, Ipoh dulu, movie la teman kebosanan aku. Hidup yang sunyi itulah, sebenarnya kenangan yang paling sukar dilupakan, sebab ia penguji ketabahan berdikari tau. Cewah.

Ada tak mesin yang boleh campak aku ke 4 bulan lepas. Kalau ada, jual kat aku sekarang.

Friday, August 21, 2009

Bulan yang Ceria

Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan ” “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
  • Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada).
  • Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri.
  • Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kitabayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Jadi, kesempatan ini, saya memohon beribu-ribu ampun maaf sekiranya saya pernah melakukan kesilapan kepada anda, sebagai pembaca blog ini, mahupun kenalan-kenalan saya di luar sana. Sesungguhnya kita manusia yang tidak lepas melakukan kesilapan.

Semoga Ramadhan kali ini kita isi dengan setiap amalan yang penuh makna, disisi Allah S.W.T. InsyaAllah.

Wednesday, August 19, 2009

Ramadhan al Murtabak

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang bakal jelma nih. Kepada anda semua sebagai bloggers, teruskan menulis di bulan yang baik ini. Kepada pembaca juga, terima kasih banyak-banyak.

Penulisan yang berguna, membawa pahala yang bertimbun. InsyaAllah.

Jangan lupa juga bila bulan Ramadhan, ramailah ke bazaar membeli murtabak daging dan ayam.

"Walaupun bulan Ramadhan bukan bulan makan" tapi individu yang berkata demikian juga adalah mereka yang sebenarnya kuat ke bazaar.

Bak kata Khulafa Ar Rasyiddin "Manusia itu berselindung disebalik lidahnya"

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, semoga kita kian erat sesama muslim. Semoga Ramadhan kali ini mengeratkan sesama Islam di Malaysia. Ewah ewah.

Tuesday, August 18, 2009

Secara taktikal

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

Motivasinya : Kalau kita tak pandai, tak salah bertanya.

p/s : nak ambil buah cempedak perlu ke pakai galah?

Surat Cinta Untuk Si Mabuk

Manusia semua ada sabar. Nah, posmen bagi surat.

Apa kata bila kamu bercinta, kamu jangan terlalu poyo romantik sangat.
kepada mereka yang frust menonggeng sebelum, semasa atau selepas putus.

Apa kata kamu jangan meletakkan harapan tinggi kepada cinta.
kepada mereka yang terlupa tentang ibu bapa lagi penting dari boy/girl friend.

Apa kata kamu lebih gentelmen menghadapi masalah cinta, bukan meleleh airmata manjang.
kepada lelaki luar sana yang bajet awek dia perempuan terakhir di dunia ni.

Apa kata kamu lebihkan kepada ibu-bapa kamu dari boy/girl friend kamu.
kepada mereka yang takut ditinggalkan cinta, 24 jam bergayut cam mo*ny*t.

Apa kata kamu ada sedikit selfish kepada diri.
kepada mereka yang terlupa peperiksaan PMR, SPM dan golongan baru dapat kerja.

Apa kata kamu jangan percaya pada cinta.
kepada mereka yang semakin tak tahu nak uruskan diri, tak mandi pagi dan makin melawan cakap orang tua.

Apa kata kamu fokus belajar atau kerja dulu.
kepada mereka yang masih mak belikan seluar dalam, makan dan minum tiap-tiap hari.

Ada pape nak tambah, oder oder..

Wednesday, August 12, 2009

Dari Kaca Mata

Semua orang ada minat. Minat manusia berbeza-beza. Antara dua objek ini, yang mana menjadi jiwa diri anda?

Sportcar

Superbike

Monday, August 10, 2009

Sedikit Silap Manusia

Kamu ada rakan, rakan yang kurang baik dan rakan yang sangat baik. Logiknya, kamu akan suka pada yang baik, dan menjauhkan pada yang kurang baik.

Kamu suka berpolitik, mungkin membincangkan politik hari-hari. Pada masa yang sama, kamu terguris hati rakan yang mungkin tidak sealiran dengan isu politik kamu.

Rakan kamu memberikan pendapat, walau sebenarnya pendapat itu salah, jadi kamu membidas pendapat mereka.

Ini adalah sedikit kesilapan, kamu tidak menjadi hebat walaupun satu peratus.

Dekatkan diri pada rakan kamu yang kurang baik, kerana kebanyakan mereka ini, adalah rakan rapat kamu suatu hari nanti. Pepatah, "Seorang rakan yang baik, adalah rakan yang pernah menjadi musuh kamu suatu ketika".

Kamu tidak perlu bercerita politik, untuk dikalangan majoriti yang kamu tidak kenali. Kamu hanya perlu perjuangkan kebenaran. Kebenaran tidak pernah memihak sesiapa. Kamu tidak perlu hilang rakan kerana politik semasa. Bak kata "Kerana Politik, Lawan jadi Kawan, Kawan jadi Lawan".

Seorang rakan memberi pendapat yang salah. Biarkan saja. Manusia yang berpendapat, tidak suka dibidas, melainkan dia mahu komen dari kamu untuk pendapatnya. Ingat"Seorang rakan yang baik, membenarkan rakanya berkata-kata".

Itu kerana Rasullullah mahu kita bersikap baik, positif, dan menerima seadanya. Kerana sedikit kesilapan, anda mahu rasa hebat, tetapi ia sebaliknya terjadi.

Kamu positif? Apa kata kamu pula?

Tuesday, August 4, 2009

Rentak Yang Pop!

Tak tahu bermain bowling? Suka melihat orang bermain bowling? Ingin bermain bowling?

Post kali ini, adalah untuk pembaca yang ingin bermain bowling, yang tak pernah dan jarang bermain bowling. Pernah rakan-rakan anda ajak bermain bersama, namun disebabkan anda 'kurang berkeyakinan dan malu' untuk bermain, jadi anda leburkan niat anda begitu saja.

Ayuh, kalahkan rakan anda! Sahut cabaran rakan anda itu dengan beberapa tips yang berguna ini. Tips ini sangat berjaya untuk anda yang 'tak pernah bermain bowling' selama ini. Apa yang anda akan lakukan adalah 'membuat saingan sengit kepada mereka'.
  1. Gunakan bola yang paling ringan, dan lubang jari yang luas, bagi memudahkan anda melepaskan bola itu nanti.
  2. Walaupun anda orang baru dalam arena ini, anda perlu berlagak sedikit gaya melepaskan bola, lebih-lebih lagi gaya menyilang kaki.
  3. Semasa anda melepaskan bola, pastikan bola anda 'landing' betul-betul atas lantai, elakkan bola tercampak dan akhirnya ke longkang.
  4. Tips paling penting atau key dalam strike pin-pin yang ada, JANGAN SESEKALI MELIHAT BOLA semasa anda ingin melepaskan bola. Daripada anda berdiri, berlari, anda HARUS MELIHAT PIN tengah-tengah sahaja. Otak anda akan mengawal pergerakan anda seterusnya bola yang dilepaskan akan melanggar pin tengah tersebut. Tips ini 90% akan berjaya.

Sebagai fakta, pin tengah hanya perlu bergerak beberapa cm untuk menjatuhkan pin-pin yang lain.

Cubalah! Mungkin anda akan lebih kerap ke tempat bowling selepas anda mencuba tips ini untuk pertama kali. Semoga anda semua berjaya.

Wednesday, July 29, 2009

Tiga Jenis, kamu jenis mana?

"Tak semua manusia macam aku." Ini adalah ungkapan yang selalu aku sebut, ingat dan menjadi 'key point' dalam penulisan blog. Mungkin kamu boleh kongsi perkataan ini.

Tiga jenis. Ada orang ramai kawan, ada orang tak ramai kawan. Ada yang tak perlu kawan. Macam-macam.

Yang ramai kawan, selalu cakap "Bila kawan ramai senanglah bila kita susah." Takpun "Kalau ade ape-ape hal, senang contact." Selalu dengar kan.

Golongan ni selalu 'High Profile', sukakan populariti. Berani bila ramai, bila sorang-sorang, jadi penakut. Banyak ketawa, dan expectation tinggi. Jenis sukar berpisah. Suka mempertahankan hak, cepat mengamuk.

Yang tak ramai kawan selalu kata "Kawan ramai buat apa, bila senang je datang, bila susah semua lari." Ni pun selalu dengar.

Biasanya kawan-kawan dia golongan yang 'Low Profile', jenis yang tak power sangat, biasa-biasa saje. Tapi berbakat super. Kadang-kadang sukar diajak keluar lepak, jiwa sastera, bercakap pun nak grammar. Cuma sedikit bosan.

Jenis yang tak perlu kawan ni, biasanya pendiam. Pernah dia bagitau aku "Aku ni jenis buat hal sendiri, malas nak mengharapkan orang lain."

Ini adalah golongan paling jarang di muka bumi ini. Lagipun dia ni adalah golongan 'anak lot'. Semua dapan mata. Ramai orang nak berkawan dengan dia, tapi jenis memilih. Bajet bagus.

So, disinilah aku beri sedikit point untuk rujukan kamu.

Sunday, July 26, 2009

Perakam Waktu

Ia datang dan pergi. Manusia lahir untuk mengenal dunia. Dunia yang penuh cerita, impian dan cita-cita. Sebuah halangan yang akan ditempuhi dengan akal dan secebis kesabaran serta ketabahan.

Selagi manusia berusaha, dia tidak akan jatuh diatasi manusia lain. Selagi manusia hidup, selagi itu manusia akan berjalan untuk mencari diri, mengenal diri yakni kenapakah dia dicipta oleh Maha Kuasa.

Apabila manusia berusaha, manusia itu akan bertemu dengan segala kesukaran. Kesukaran itu merupakan antara syarat yang harus ditempuh untuk berjaya. Tiada jalan untuk ke arah kebaikan sekiranya manusia masih tidak mengenal diri.

Hidup manusia lebih berkisar tentang 'siapakah aku'. Seandainya manusia itu menyedari sebuah hakikat, manusia itu lebih berani untuk menempuh segala psikologi manusia lain yang hanya menjadi 'tukang komplen' di dalam diary perakam waktu sesebuah kehidupan.

Wednesday, July 22, 2009

Detik ia berlalu

Segalanya sudah lama tamat. Cuma dikala saat terakhir itulah kadang kala manusia seperti aku menafikan takdirnya. Saat ia pergi berlalu, aku seolah-olah memikirnya ia tak pernah berlaku.

Manusia semua sama. Manusia memiliki perasaan benci dan cinta. Detik apabila anda terpisah pergi daripada tempat yang memberikan seribu kenangan, tawa dan tangisan. Sebenarnya ia adalah nostalgia dan cerita yang sangat panjang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...